Monday, November 15, 2010

Majlis Perkahwinan Haji Nurzihan & Masyita-Part 1
















Majlis persandingan Merpati Dua Sejoli ini telah diadakan pada hari Ahad yang lalu iaitu bertarikh 14 November 2010 di rumah pengantin lelaki.Sebelum itu majlis pernikahan telah diadakan pada 12 November 2010 bersamaan dengan hari Jumaat yang mulia kira-kira jam 3.15 petang waktu Malaysia di rumah pengantin perempuan yang terletak kira-kira 3 kilometer dari rumah pengantin lelaki.Keesokkan harinya,bertarikh 13 November 2010 bersamaan hari Sabtu,telah berlangsungnya majlis persandingan di belah pihak perempuan.Kedua-dua mempelai mengenakan baju berwarna merah terang.Namun begitu,pengantin lelaki turut tidak ketinggalan menyarungkan pakaian ala-ala coat yang berwarna kuning pada badannya.Majlis di mulakan dengan perarakan kedua-dua mempelai diikuti oleh upacara melontar duit kepada kanak-kanak dan seterusnya majlis persandingan di atas pelamin.Pelamin yang menjadi tempat bersemayam kedua-dua mempelai juga berwarna merah terang seperti mana pakaian pengantin.Selepas upacara persandingan,pengantin telah di bawa ke meja makan untuk bersantap.Antara menu yang menjadi santapan pengantin dan ahli keluarga pihak lelaki adalah udang goreng yang dihias cantik,ikan goreng yang sungguh lembut dan beberapa menu yang tidak diingat.Tetapi kesimpulannya,makanan yang dihidangkan sungguh enak.Seterusnya,acara memotong kek perkahwinan diadakan.Kek yang disediakan juga berwarna merah terang bagi memberi persamaan kepada warna tema perkahwinan ini.Setelah selesai majlis makan,pihak pengantin lelaki memohon kepada pihak pengantin perempuan undur mengundurkan diri bagi mempersiapkan kerja-kerja yang masih berbaki bagi menghadapi tetamu yang bakal berkunjung ke rumah pengantin lelaki keesokan harinya.

Itulah antara peristiwa menarik yang berlaku semasa majlis persandingan di pihak pengantin pompuan..Itu belum citer lagi bnda yang menarik sewaktu majlis persandingan di rumah pengantin lelaki....tunggulah sambungan citer ini nnty...inilah blog MY LIFE STORY.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...