Sunday, February 24, 2013

#113:Potong Betul La!

Bismillahirrahmanirrahim..

25/2/2012(1.58AM)

Malam ni,duk lepak..buat mini project,agak-agak rasa mcm dh tenang jer hati tengok mini project dh ada bentuk sket,sambung study FiFA 13..aku kalah beberapa match..ceyt,kena study lagi FifA 13 ni..aku kajp menang,kejap kalah..kiranya tak kosisten usaha tu tuk berjaya menang lawan semua gamer rumah aku ni..hahah..okay la,aku Semi-Pro kot..mana nak challenge Profesional dgn World Class..so,jawabnya,usaha lebih sket main FiFA 13 ni..

Dalam kepala aku tengah duk pusing pikir nak ulas tentang satu tajuk ni aku terbaca dalam satu blog..tapi rasanya tak produktif pulak kepala ni nak cari idea tuk ulas kenyataan tu..yelah..kena guna critical thinking kalau nak ulas secara cepat..tapi tak per la..aku rasa bukan sekarang tuk ulas..

Jadinya,aku nak citer sket apa yang jadi semalam punya pagi(maksudnya malam sabtu,pagi ahad)..pukul 12 lebih pagi semalam,aku duk penat bilik sebab baru balik "exercise" katanya..tiba-tiba lapar la pulak..turun bawah,bukak peti ais mcm biasa,then tengok ada sosej tuk dikekahkan..goreng 4 batang,lebih simpan..habis makan,lapar lagi..ceyt,,aku pun apa lagi,start enjin kete,pergi cari kedai 24 jam kat tepi Tesco Cheng..beli maggie pastu masuk kete balik...masa tu dah terpandang dah motor bnyak-bnyak dh berkumpul depan Tesco,Mcd and etc..walaweiii..ada game ka kat tempat aku ni?tak penah tahu pun...tempat yang mereka-mereka berkelah dengan asap motor ni mmg jalan lurus..aku pun tak penah tahu yang depa lepak situ...jadinya,aku pun cepat2 masuk kete,den masuk kat taman aku...pastu parking hampir dengan jalan raya yang lurus tu..turun kete pastu tenung la kumpulan2 motor tu..perkhhh..gempak seyy..aku punya agakkan la,semalam ada lebih 100 motor kumpul tepi jalan tu..tapi berkelompok la..wahhh,syok pulak aku tengok..

Jalan yang depa duk lepak tu,mmg jalan besar...bawah flyover..so,mmg ada traffic light...mereka-mereka yang mempunyai roda 2 yang baru lepas traffic light bila tngok geng-geng motor ni ramai,mula la nak membakar minyak..giler la..bila ada satu dua motor yang bakar ekzos,mula la scene kejar mengejar..hohohohohoho....aku dapat tengok secara LIVE..satu kelompok start race...berdesuppppppppp itu motor lari

Tengah-tengah duk tengok bakar ekzos,race and bunyi memekak,tiba-tiba aku ternampak satu kete kotak masuk dari arah Stadium Hang Jebat...adoiiii..sekali Black Maria sudah mai..potong mood btol la Black Maria ni...apa lagi,,berdesup motor-motor yang ada kat depan Tesco tu start enjin motor lari..pantas sey diorang blah,...berdesup desup motor tu blah..aku dh nampak Black Maria tu,aku pun apa lagi,chow la..cepat-cepat aku masuk kete and  blah..ada apek yang naik motor,sama-sama tengok kejadian tu pun cabut jugak...fuuuuuuhhhh..nasib baik selamat..

Dalam aku duk tengok motor-motor duk race tadi..aku terpikir,masyarakat kita pandang apa pada mat-mat motor ni selain daripada "orang yang kurang berguna"?Adakah kita rugi anak-anak Melayu kita jadi mat rempit?kalau dari sudut negatifnya memang jawapan YA..tapi dari sudut Positif aku,aku rasa negara kita kerugian RIBUAN malah mungkin RATUSAN RIBU perlumba berbakat dan juga yang Hati Kering!...lupakan sekejap perbuatan-perbuatan mereka yang tidak bermoral spt bertaruh,mungkin juga aktiviti minum mereka dan perkara-perkara tak bermoral lain...tapi pandang cara tuk menarik mereka ke arah perkara yang betul..sampai bila kita nak hina mereka ni?tapi kita sendiri tak ada cara nak tunjukkan mereka ke arah yang betul..Cakap Senang Laaa..

P/S: Menteri Besar Ngori Sembilan,mungkin dianggap salah seorang yang berjaya menangani kes mat motor di N9..inisiatif beliau wujudkan bnyak court Futsal kat N9 nmpaknya berjaya ubah haluan mat motor kepada Futsal player..walaupun tak dapat nak ubah semua..sikit pun syukur la :D

END FOR #113 POTONG BETOL LA!

Monday, February 18, 2013

#112 Awesome Chuck

Bismillahirrahmanirrahim..

YES!! aku baru lepas abiskan episod terakhir CHUCK Season 5...dah nak dekat sebulan aku duk marathon citer dari Season 1 lagi..citer ni sangat exciting sebab bnyak giler action...aku salute tuk pengarah tv series ni sebab idea dia bawak sangat unik...aku bnyak belajar daripada cerita ni...belajar code rahsia,cara tuk peka dengan bnda yang jadi kat sekeliling..belajar tuk paham yang semua bnda jadi kat sekeliling kita hari-hari ada kaitan dengan sesuatu...belajar jadi berani tuk hadap orang ramai,belajar tuk jadi ego untuk certain situation and bnyak lagi...yea..bile minit-minit terakhir citer ni nak abis,rasa mcm sket sedih jugak la sebab aku just mcm janggal bile tak ada sambungan lagi citer ni..and ending dia pun sangat tacing bagi aku..

Lepas ni aku akan rindu dngan Chuck,Sarah Walker,John Casey,Morgan Grimes,Ellie,Devon(Awesome),
Lester,Jeffrey,Big Mike and ramai lagi yang dalam citer tu yang aku tak boley nak sebut..citer ni tak ada la berat sangat mcm CSI,dia ada selingan tuk part-part lawak bodoh tuk imbang apa yang berlaku dalam citer ni..apa yang penting,aku akan rindu  dengan semua yang ada dalam citer ni sepanjang 5 season ni..

CHUCK IS AWESOME

Dari Kiri : John Casey,Sarah Walker,Chuck,Ellie,Devon Woodcomb,Morgan Grimes

END FOR #112 AWESOME CHUCK

#111 Mana Silapnya Ni?

Bismillahirrahmanirrahim..

Jumaat malam aritu,aku lepak kat kedai makan dengan Kaizal..then,tiba2 terdetik nak call kawan aku sebab ada maklumat nak sampaikan malam tu..aku pun guna la no celcom aku,,,tapi bnda pelik pulak yang jadi..aku kol no kawan aku tu,orang lain pulak yang angkat.."Marliana" katanya..haish..tak kan aku salah no kot...baru aja khamis aku mesej kawan aku ni,esok malamnya takkan pulak tiba2 no tu boley bertukar tangan...ajaib ni...

Aku tak puas hati bile dengar orang lain angkat..aku pun tukar no Maxis aku,then call no yang kawan aku yang sama..tapi resultnya,"Marliana" tu jugak yang angkat...aku dh pelik giler malam tu...prank ke apa ni...aku hantar mesej kat no yang sama kata ada bnda nak bagi tahu malam tu tapi tak ada nak reply...pelik-pelik..

Pastu esok malamnya aku dh sampai rumah,bukak twitter,aku tnya pasal budak "Marliana" dengan no tipon tu pada kawan aku tu,pun tak dijawab...mana silapnya ni?aku ada buat salah besar ker apa sampai tak nak jawab twitter aku,tak nak jawab mesej aku,tak nak jawab call aku?kalau ada boley cakap kot..tak ada la maklumat yang aku nak bagi malam tu tergantung jer...apa pun "peluang yang terbaik cuma datang sekali sahaja"..jadinya maklumat tu sepatutnya diberitahu malam tu,tapi tak dapat sampai,so mmg tak ada siaran ulangan..kira burn mcm tu aja maklumat tu sebab mood aku pun dah lari..FULL STOP!!

#111 MANA SILAPNYA NI?

Monday, February 4, 2013

#110 KUDRAT

Bismillahirrahmanirrahim..

Kepada AHLI Briged Sukarelawan Khidmat Negara (BSKN),kudrat dan pengorbanan anda diperlukan:

Event: Gotong royong bersama Kumpulan 1 Siri 10 2013 
Tempat :Taman Negara Tanjung Piai,Johor
Tarikh: 16/2/2013
Tarikh/Masa Lapor: 15/2/2013 (5 ptng)
Tempat Melapor: KEM PLKN NASUHA PAGOH (Rempah Mak Siti)

20 orang ahli BSKN diperlukan...sekiranya berminat untuk menyertai aktiviti ni, sila berhubung dengan Cikgu Sukmawati(019-6575902)



*time ni tak silap aku tengah dalam minggu cuti CNY..so pada sapa2 ex Pagoh yang rasa rindu sangat nak balik KEM MAK SITI sila la antar message confimation pada Cikgu Sukmawati(no ada kat atas) kata nak ikut dtng kem...kalau cikgu kata dh penuh tuk 20 orang tu,pandai2 la guna soft skill pujuk kata nak join jugak(kalau btol2 nak balik kem la)...bukan senang nak ada masa dtng kem...yelah,masing2 tengah belajar...


KEPADA E'A GOMEZ: hang kata nak join kan?cpat confirmkan dgn cikgu sukma..bincang dengan dia mcm mna hang nak datang aktiviti ni.. :D


1 HASRAT 1 SEMANGAT 1 TEKAD


END FOR #110 KUDRAT

Saturday, February 2, 2013

#109 OP OP OPPA BABY CUTE

Bismillahirrahmanirrahim...

terjumpa video yg awesome td kat FB..cepat2 aku download and naikkan kat sini...kalau dh tengok video ni,sila lihat dari sudut kecomelan baby ni and bukannya duk komen negative pasal parents dia..please okay..


END FOR #109 OP OP OPPA BABY CUTE

#108 KE"GENIUS"AN

Bismillahirrahmanirrahim

3/2/2013 (3.30 a.m.)

Kul 7 nnty ada majlis perarakan Maulidur Rasul peringkat Kampung Bertam Hulu Melaka....aku sngat excited dgn perarakan ni sebabnya dh 6 tahun aku tak dapat ikut majlis ni kat kampung sebab setiap kali kampung aku buat majlis ni,aku berkelana kat asrama + taun lepas aku kat PLKN PAGOH......

Rancangan nya aku nak bawak dua tiga orang budak umah aku kat UTeM tuk join majlis ni sebab nak bg diorang rasa cara tempat aku...lagipun depa kalau duk umah pun boring jugak..okay kembali kepada tajuk asal : Ke"Genius"an.

Dulu masa aku kecik,zaman-zaman Sailormon,Dragon Ball, aku ni suka makan makanan ringan mcm cikedis(btol ker aku eja?),Rota,Super ring,choki-choki,Mamee and etc...then aku still ingat lagi bila makan keropok masa budak-budak dgn geng-geng taman aku dulu,mesti ada satu dua keropok yang bersepah atas jalan or tanah..then,bila keropok tu dh jatuh,rasa mcm tak nak la makan kan sebab rasa bnda tu dh kotor atas tanah...but,aku dgn budak-budak taman aku takkan biarkan makanan tu mcm tu jer atas tanah or jalan tu..sebab dulu kita orang pegang ayat ni

"Wei,keropok yang dah jatuh tu kita kena pijak,kalau tak pijak nanti syaitan makan"

So,bile dh dengar macm tu,mmg kita orang tak bagi can la kan pada syaitan nak makan pasal kecik-kecik lagi dh mmg tahu syaitan tu jahat...so,kita orang akan pijak keropok yang secebis dua tu sampai lunyai...bile dh lunyai tu kira mcm puas ati la sebab syaitan tak dapat bnda tu...

Tapi,satu hari,aku tak tahu la aku ni lurus bendul ker apa kan,aku gi buat experimen tuk cari "Btol ker kalau kita tak pijak makanan yang jatuh tu,syaitan akan makan?" Jadinya,aku pun beli satu keropok then aku jatuhkan 2 keping atas jalan...satu aku pijak sampai lunyai,satu lagi aku tak pijak...then aku tunggu kat situ nak tengok ada tak kesan gigit ker,atau keropok yang aku tak pijak tu tiba2 ilang ker...tunggu punya tunggu,tak ada apa pun yang jadi...haishhhhh...memang tak la kan kita nak nmpak benda mcm tu..

Tettttttttttttttttttttttttttttttttttt...itu saja dari aku... :D

P/s:Pengajarannya,hanya ALLAH S.W.T. saja yang mengetahui perkara ghaib

END FOR #108 KE"GENIUS"AN


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...