Friday, December 28, 2012

#101 : Skandal?Apakah?

Bismillahirrahmanirrahim..

27/12/2012(KHAMIS)

Aku baru lepas sarapan kat kafe..makan nasi goreng,sambal tumis,kentang goreng dgn roti telur. (AMARAN! JANGAN KATA AKU MAKAN BANYAK)..pastu masuk kelas Prinsip Elektronik..dalam tu aku dah mamai dh..mmg ngantuk tak terkata la sebab malam sbelumnya tido lewat pasal main futsal+kaki luka+online fb...so,secara tak sengajanya tertido-tido ayam..abis jer kelas tu dgn muka mamainya aku naik makmal kejuruteraan FKEKK...sampai kat situ,ada sorang classmate aku(si A) pulangkan aku punya tablet PC yg dia pinjam..dia(si A) pas kat sorang lagi budak pompuan ni(si B) tuk  bg kat aku...tiba2 dia tnya

Si B  : Cang,ko ada Skandal dgn budak FKE ea?
K.Kacang : (--' apa kejadahnya budak ni tnya mcm tu) Mana ada...
Si B: ko ada skandal dgn ....... kan?
K.Kacang: mana ada doe..budak tu kan gf si ............

Aku blur bila Si B ni cakap mcm tu..rupa2nya bukan dia sorang jer cakap mcm tu,ada gak kawan2 dia yg memback up kenyataan tak logik dia tu...mana datang la citer ni..adoyai...aku mmg ada kawan pompuan pun kat FKE tu..tapi just kawan..sapa la rajin sangat karang novel citer pasal skandal2 ni...masak2...beb,student engineering ni hati keras beb,(kdng2 ada jugak lembut dia..hahah)..mana nak layan cintan cintun universiti ni sngt.....rasanya belum sampai serunya lagi...tapi bila dh sampai,apa boley buat...so please..jgn buat citer bukan2 pasal skandal2 ni lagi boley?kesian pulak orang yang kena skandal tu..tak tahu apa2 tiba-tiba kena...tuk pihak aku tak berapa nak kesah sngt la layan citer mcm ni..yg aku tahu,aku tak buat so buat 'kurang pandai' sudah..buat apa nak sesak kepala pikir sngt pasal bnda ni...main FIFA 13 lagi bagus..

END FOR #101 : SKANDAL? APAKAH?




Monday, December 24, 2012

#100

Bismillahirrahmanirrahim...

   Lama sangat dh blog aku ni tak update post baru...bukan apa,.ni post yg ke seratus aku dalam blog ni(baru nak 100?iye cik kak and cik abg..)..so bila dh jadi mcm ni,aku seboley-boley nk update benda yg btol2 kira mcm 'BERNILAI' tuk post yg ke-100 ni..mcm2 aku nakciter..pasal gi stadium la..pasal Malaysia tersingkir AFF 2012 la..pasal Ultras Malaya yg AWESOME la..(aku fanatik Ultras Malaya skang)..tapi terlampau lama sangat tertangguh sebab kononnya tak nak membazir nilai 100 ni...lastly,aku buat keputusan tuk wish ni :


aku rasa ni lebih better kut supaya idea aku tak tersangkut lagi lepas ni sebab duk pikir sangat nak yg terbaik tuk post ke 100 ni...hahahah,,

*P/S : salah satu sebab kenapa aku FANATIK dgn Ultras Malaya:-


ni lg satu








Congrats to : Muhammad Imran Zainal @ King Kacang @ SW @ DS @ GE..

END FOR #100

Thursday, November 15, 2012

Al Fatihah

Bismillahirrahmanirrahim..

Pada 1 Muharram 1434H telah kembalinya Almarhum Abu Zahar bin Dahlan (bapa kepada Mama saya) pada jam 8.40 malam kepada Maha Pencipta..pemergian beliau pada ketika kita sedang menyambut tahun baru Hijrah amatlah tidak diduga..Alhamdulillah,jenazah arwah telah selamat dikebumikan pada jam 11.00 pagi tadi di Kampung Paya Dalam,Melaka..kepada sesiapa yg membaca post ini,sekiranya tidak keberatan,saya memohon untuk disedekahkan Al-Fatihah kepada arwah..thanks :')

END FOR AL-FATIHAH

Monday, November 12, 2012

Eiffel... I'm In Love

Bismillahirrahmanirrahim..

aku tak tahu apsal aku boley buang tebiat pagi tadi...aku mula2 saja jer cari lagu Melly Goeslow kat youtube..tiba2 aku teringat citer Eiffel..I'm in Love ni..hahaha..citer ni aku mula2 tengok masa darjah 6 kalau tak silap...masa tu aku tengok dgn kakak aku + adik aku..so,dh 6 tahun tak tngok citer ni full...pukul 4 lebih pagi tadi secara rasminya aku buang tebiat tengok citer ni sampai la pukul 8.36 pagi...


kepada yang tahu citer ni,mesti rasa citer ni best..untuk yg tak tahu citer ni,apsal ko tak tahu ek?citer ni aku rasa top kot masa dulu..hahaha..kalau rajin naj tengok,just tekan jer video kat atas ni..then dia akan berterusan bagi link tuk part seterusnya sampai abis...


END FOR EIFFLE...I'M IN LOVE

Sunday, November 11, 2012

Speechless

Bismillahirrahmanirrahim..

dh lama tak update blog ni..dh bersarang nmpak gayanya..post kali ni aku tak nak citer panjang..just nak tunjukkan satu status kawan aku yg buat aku terdiam tak terkata..

yup..kwan aku sorang dah sampai ke France sekarang..aku pun tak tahu dia amik kos apa..and kalau perasan,komen yg kat bawah tu jugak kawan aku...dia pun dh fly..dia kat universiti Alexendria..
,mmg seronok bila dgr kawan2 dapat fly luar negara awal..tapi yg buat sedih nya,bila kita pula yg masih kekal kat sini..aku mmg ada cita nak fly,tapi mgkin belum ada rezeki..

SO! kepada kawan2 yg seangkatan dengan aku yg ada cita2 jugak nak fly luar negara,insya-Allah,pastikan masa sementara kita masih ada sekarang ni di bumi Malaysia diisi dengan manfaat untuk diri dan juga orang lain sebelum kita ke sana..Siapa berusaha,dia berjaya..bukan semua perkara mustahil :D

END FOR SPEECHLESS

Monday, October 29, 2012

Terharu :')

Bismillahirrhamanirrahim..

Tadi ada sorang junior aku kat MRSM AG add aku..aku pun g la usha wall dia...pastu saja2 la komen kat status kawan aku ni..pastu tengok2 balik,junior aku komen seperti di bawah ini : )  


Hahaha..rasa mcm terharu la pulak bila dia cakap "berkat kene mrh ler sye jdi pelajar yg brdisiplin tau"...actually,aku tak berapa ingat budak ni yg mana satu..tapi kira okay la dia ingat aku penah marah dia pasal lmbt masuk prep...aku tak berapa nak ingat sangat sapa yg aku marah sebab ramai yg kena marah dengan aku masa kat AG..haha

entah la..aku mmg ada sikap berkeras dgn orang bab disiplin bila aku pegang jawatan..mcm sekolah rendah pengawas,and masa form 4 & 5 LDP..tapi aku tak ada la 24 jam mcm tu..aku ada masa gak boley huha huha dgn budak bilik aku..aku boley duk lepak dgn roomate aku minum milo dgn nescafe satu cawan and borak sampai kul satu pagi...bukan nak belajar pun masa tu..duk borak bnda kosong..gelak2..pastu agak-agak dh tak ada modal,semua pakat2 tido..haishhh..seronok nya masa tu..

aku tak berapa ada bnda yg menarik sangat la kat AG sebabnya bnyak masa aku habis bertekak dengan budak-budak yang kategori pailang..jadinya aku bnyak konfrontasi dgn budak2..pagi2 buta lagi aku dh bikin panas ketuk pintu kosongkan asrama.. yg best and masa yang sangat gembira ialah kat dalam bilik+kelas...kat kelas boley jer gelak sesuka hati,buat bnda yg bukan-bukan..tapi kat luar kelas,aku dh start dgn muka serius,suara tegas..hahha..tak bley bla la masa tu..aku boley berubah muka dalam masa bbrapa saat jer...

entahla...yang mana perkara baik yg berlaku kat AG dulu,aku boley simpan,and yang buruk pun aku boley simpan sebab semua bnda tu sejarah and boley dijadikan bahan gelak tuk masa and generasi aku masa depan,Insya-Allah kalau ada rezeki kat situ..

END FOR TERHARU :')

Friday, October 26, 2012

Bola Naga

Bismillahirrahmanirrahim..

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 2012 semua!!

Hari raya korban taun ni jatuh hari Jumaat,,so kaum2 adam akan berasa agak lemau sket pasal kena dengar 2 khutbah,,hahaha..tapi jgn anggap benda tu terpaksa,,,yg kita tak suka tu kadang2 manfaat dia lagi besar berbanding dgn bnda yg kita suka...

Aku ingt lagi masa kecik2 dulu..aku kurang gemar kalau2 hari raya sama ada aidiladha or aidilfitri jatuh pada hari Jumaat,Sabtu and Ahad...aku tak brapa gemar hari raya masa Jumaat sebabnya seperti di atas la..tapi tuk hari Sabtu dgn Ahad ada sebab yg menarik..hehehe..jap aku story..

Kampung aku biasanya bila solat raya,dia akan start pukul 8.30 pagi..so masa dulu aku ada satu kampung jer pasal mak ayah aku kan sekampung...pagi2 raya biasanya family aku mesti singgah umah nenek aku dulu pasal biasanya pak cik makcik aku akan berkampung kat situ dulu pagi raya and then berkonvoi g masjid jalan kaki..sebab keduanya aku g umah nenek aku pagi tu ialah confirm-confirm la nak sebat duit raya drpada pakcik2 aku..pagi tu buat la muka tersenyum-senyum depan depa...ko bayangkan dalam masa satu pagi sampai la abis solat raya aku boley kumpul bnyak duit raya,,,pasal family belah mak aku besar..sekarang ni pun sepupu aku dh cecah 40 lebih..ko bnyangkan la mcm mna pening ker idak pak cik makcik aku nak bg duit raya..tapi kanak ribena mcm aku jer la yg dapat....

Atuk belah mak aku,dia ni bekas Imam kampung,,jadinya bila pagi raya,,dia mesti pergi masjid awal sebab nak takbir raya..kalau aku pergi masjid nak solat raya,jgn harap la nak jumpa atuk aku ni kat tngh masjid ker apa..port dia mesti kat depan sekali...so biasala,pagi raya ada orang lead takbir guna microphone...biasanya yang lead takbir ni orang yg duk saf paling depaaaaannnnnn sekali...jadinya,masa ikut takbir raya,aku duk meneka ni suara orang yang lead takbir ni...time tiba turn atuk aku yang lead,bukan main suka+bangga lagi..biasa la,,siapa tak bangga suara atuk sendiri berkumandang satu kampung..hahah

Berbalik pada sebab kenapa aku tak brapa gemar raya hari sabtu or ahad ialah kebiasaannya solat raya tempat aku akan mula 8.30 sperti mana yang aku cakap tadi and then lepas solat raya ada khutbah...khutbah tu start dalam lebih kurang 8.50 or 9.00 pagi something la...so,bila abis jer solat raya,aku dh mula resah...aku dah tak senang duduk dah asyik pandang jam....pasal apa?pasal dulu masa aku kecik2 citer Dragon Ball start around 9pagi or 9.30 pagi..aku pun tak ingat dah...aku jarang miss citer 7 bola naga tu..jadinya kalau khutbah abis lambat,aku akan terlepas citer tu dan rasa menyesal tak sudah..tu yg tak duduk diam dalam masjid masa khutbah raya..haa,,begitulah ceritanya...


  Keluarga SuperSaiya!


END FOR BOLA NAGA

Sunday, October 21, 2012

BADAR UTeM Osem 2012

Bismillahirrahmanirrahim...

aku dok belek2 fb td..terjumpa pulak video ni kat wall kawan aku....jemputla tengok..moga2 ada manfaat..







END FOR BADAR UTeM OSEM

Critical Thinking Driver

Bismillahirrahmanirrahim...


There's a story about how Dr. Albert Einstein was traveling to Universities in his car , delivering lectures on his theory of relativity. During one journey, the driver remarked " Dr. Einstein, I have heard you deliver that lecture about 30 times. I know it by heart and bet I could give it myself."

"Well, I'll give you the chance", said the Dr. "They don't know me at the next University, so when
we get there, I'll put on your cap, and you introduce yourself as Dr. Einstein and give the lecture."

The driver delivered Einstein's lecture without any mistakes. When he finished, he started to leave, but one of the professor stopped him and asked a complex question filled with mathematical equations and formulas. The driver thought fast. "The answer to that problem is so simple," he said, " I'm surprised you have to ask me. In fact, to show you just how simple it is, I'm going to ask my driver to come up here and answer your question".




END FOR CRITICAL THINKING DRIVER

Saturday, October 13, 2012

Sapa Kata?

Bismillahirrahmanirrahim....



Kalau dulu,artis pompuan tak nak bertudung sebab takot tak ada job tuk artis pompuan yang bertudung...la ni tengok Shila Hamzah yg bertutup litup ni menang Asian Wave baru-baru ni...ingt!tak ada sapa yang boley kata bile tutup aurat,job tak ada..rezeki semua datang daripada Allah...kalau tutup aurat dengan sempurna,berganda-ganda kelebihan dapat...dapat perlindungan Allah,maruah terjaga...terhindar drpda perkara-perkara yg tak baik..tapi semua bergantung pada kekuatan diri sendiri..aku pun tak boley nak kata bnyak pasal aurat pompuan ni sebab nnty takut ada yg kata "Kau Boley La..aurat Lelaki just atas pusat sampai bawah lutut jer,cuba ko jadi mcm kita orang yang pompuan ni"..bab tu aku kalah la kan..apa pun,mcm sejuk jer tengok artis pompuan yg berhijab..lepas ni tak boley la nak bg alasan lagi ikut fashion artis yg tak tutup aurat sebab contoh artis yg berhijab dh ada...semoga dipermudahkan penghijrahan yg sangat penting ni tuk semua..termasuk keluarga aku sendiri..

*please luangkan masa sket tuk tengok video kat atas ni...video kat atas ni sngt OhSeM sebab Malaysia diiktiraf oleh masyarakat luar..peminat-peminat kat Asian Wave anggap Shila Hamzah mcm artis sendiri.. tu yg hebatnya wanita berhijab bernama Shila Hamzah(tengok smpai habis penyampaian hadiah taw..walaupun dia cakap mandarin masa last-last)

tengok persembahan lagu mandarin Shila Hamzah 
and ko akan paham apa maksud aku
"Jika kita belajar bahasa asing,kita akan menguasai
 Bangsa kepada pemilik  bahasa tersebut" :D

END FOR SAPA KATA

Sunday, September 30, 2012

Lagu 31 Ogos (Part 2)

Bismillahirrahnirrahim...

AMARAN! Anda dilarang tuk baca post ni sekiranya anda TIDAK membaca lagi PART 1..haha


Hari kedua

Lepas semalaman aku duk pikir sajak mana yang aku nak pilih,last-last aku pilih sajak Lagu 31 Ogos..aku tak berapa nak reti eja nama penulis dia...sajak ni mcm patriotik sket la..so,boley la up suara tinggi-tinggi sket..

Habis jer berlatih silat,aku pun jumpa la JL aku cakap aku dh pilih sajak...aku mmg kayu sket bab bersajak ni..aku rasa orang yang bersajak ni jiwa dia lembut dan ala-ala romantik sket..aku lak jenis yang keras mcm kayu jati..mmg kayu la jadinya masa berlatih..yang jadi tak semengah nya,masa JL aku tunjukkan kan cara bersajak,aku boley pulak main-main kan dia..aku bukan ajuk apa,aku just buat mcm dia tunjuk,tapi bila mamat kayu buat mmg pelik la kan..hahah..rasa mcm mngingkar cakap cikgu pun ada..pastu dia suruh aku berlatih lagi..hafalkan sajak and tentukan gaya..

Duk sibuk hafal sajak yang tak berapa nak panjang tuk,aku tinggalkan kejap persembahan silat tu..alih-alih bila aku nak berlatih balik ,budak-budak ni cakap yang jurulatih aku (JL Harizan) dh ubah step silat..HAH?..masak la aku mcm ni...aku amik masa satu hari nak hafal step silat tu..alih-alih dah tukar jer?mcm mna aku nak catch up balik step tu..last2 aku stop latihan silat and focus kat latihan sjak..ada hikmah jugak aku tak truskan silat tu..tapi mcm kecewa jugak la masa tu..

Masa duk sibuk berlatih sajak,aku sempat jugak usha kumpulan-kumpulan lain punya wakil penyajak..yang sorang penyajak  ni budak skolah aku (Najihah Bahrain@ Labu)..sorang lagi tu budak skolah lama aku masa Form 1 sampai F3(Akmaliyah)..tapi aku tak berapa kenal la..yang satu lagi team punya wakil,sorang brader ni..umur atas aku.. Din tak silap nama dia..tapi dia ni sempoi..kepala mcm kitaorang jugak..BOTAK..ahha..so tak ada masalh nak join kitaorang yg umur bawah dia ni..

Masa undi giliran persembahan,aku dapat no 4..si Najihah Labu no 1..hahah..aku dh gelakkan dia gila2 bila dpt tahu dia kena perform yang pertama..memndangkan aku persembahan no 4,so aku ada masa nak hafal sajak tu lagi..sebab sampai ke malam persembahan aku tak hafal bnda sajak tu..haishh..

Malam tu,orang semua sibuk tengok persembahan...mmg warna warni la malam tu...selama ni tengok budak2 ni pakai baju biru PLKN,tapi malam tu semua pakai lawa-lawa..yang tak menahan nya bila ada budak Cina pakai baju Melayu siap songkok..yg pakai kopiah tak pikr pulak..dah mcm Melayu btol pun ada gak..hebat diowng ni..aku pulak masa tuk gi masa dalam kelas CB yg gelak and still lagi hafal sajak..masa tu aku dok pikir,mcm mna nak tarik audien dgr aku punya sajak..tiba2 datang idea yang tak disangka-sangka(Allah bantu masa tu)..aku plan,aku naik jer atas pentas,aku akan buat-buat baling sesuatu bnda kat atas...masa tu dalam otak aku pikir,aku nak tengok brapa ramai yang mata dia tengok atas padahal aku tak baling apa2..hahahah..aku rasa dengan komanden2 terkena sekali malam tu..

Berbalik kepada persembahan aku,aku buat persembahan yang paling lassssst sekali..masa yang aku rasa paling strategik tuk orang tido pasal dh malam sangat..aku pun just buat la mcm yang dirancang..scene baling bnda kat atas pun aku buat..and aku rasa ada jugak la segelintir orang yang terkena..hahah..sebab ada budak aku kata dia duk tengok kat atas apa bnda aku baling..padahal tak bnda pun..

Yang spoilnya pasal persembahan malam tu,aku boley terlupa ayat dalam sjak tu..masa tu aku tengah tutup mata,tiba2 tu terlupa pulak ayat seterusnya..dalam aku kata "Masak aku mcm ni"...tiba2 terpacul pulak ayat lain..ayat yang aku buat:

"Kita lupakan saja perkara lampau,
kita kuburkan kesialan lampau"

padahal yang sebenar mcm ni

"Kita lupakan saja hari malang,
kita kuburkan kesialan lampau"

tak kesah la...audiens masa tu tak tahu pun sajak tu btol salah..aku cakap apa yg terlintas jer dalam kepala aku masa tu...apa pun,Alhamdulillah..aku dh berjaya up satu tingkat dalam pengalaman hidup aku yang selama ni tak berani nak bersajak..walaupun sajak malam tu tak bunyi mcm sajak,sekurang-kurangnnya aku dah cuba..and aku rasa bnda tu sangat manis mcm lolipop :D

END FOR LAGU 31 OGOS (PART 2)

Lagu 31 Ogos (Part 1)

Bismillahirrahmanirrahim..

" Hari ini kita tidak menyanyikan lagu sedih,
kita lupakan saja hari malang
kita kuburkan kesialan lampau
ketimbunan sejarah lama

Hari ini kita nyanyikan suria cemerlang
kita puji bendera berkibaran di angkasa
kita nyanyikan kemakmuran negara
kita nyanyikan kemajuan nusa"

Aku mesti tersenyum sorang2 kalau baca ayat2 kat atas ni.. :D
Untuk pengetahuan semua,bait2 ayat kat atas ni merupakan potongan sajak..sajak tu tajuknya Lagu 31 Ogos..aku baca sajak ni masa competition malam Citra Puisi(klu tak salah la) masa kat Kem PLKN dulu..hahah...aku jadi bidan terjun tuk team urusetia baca sajak..jap,aku rewind balik apa yg berlaku masa 2 hari Kebudayaan tu..

Hari Pertama

Tuk modul Kebudayaan ni,kita orang di conduct 3 orang jurulatih luar and tak silap ada beberapa orng jurulatih(JL) PLKN...so, masa taklimat program ni,ada sorang jurulatih luar ni yg bagi taklimat..cara dia cakap mmg strict..aku dh mula tak suka dah bila dia letak peraturan mcm2..contohnya dalam persembahan tak boley ada scene anak derhaka...pastu,abis jer taklimat,dia bagikan kita orang pada 4 kumpulan..Kelas Pembinaan Karakter (CB) 1 jadi kumpulan satu,CB 2 jadi kumpulan 2,CB 3 jadi kumpulan 3...kumpulan 4 mana?..haaaa..kumpulan 4 ni special sket..kumpulan 4 ni nama dia kumpulan urusetia....kumpulan2 lain kena prepare persembahan tuk pertandingan tapi kumpulan urusetia ni dia kena tolong prepare majlis..buat persembahan pembukaan,sambut tetamu,siapkan bannner...

Tuk kelas CB 4 dan CB 5,budak2 tu kena buat keputusan sendiri..kena pilih sama ada nak join kumpulan 1,2 or 3...bila dengar mcm tu,aku dh bengang dh..aku nak duk dengan budak CB4 aku..bile tahu CB 4 aku kena pecah,aku amik keputusan adil..aku tak join kumpulan persembahan,tapi aku join team urusetia..aku mcm merayu kat jurulatih team urusetia(yg aku tak suka mula2 tu) tuk join team dia..last,aku dapat join team urusetia under persembahan silat tu sambut tetamu...(aku tak ada basic silat okay!bayangkan keadaannya)

Bila dh tak ada basic silat,aku pun just ikut jer la budak silat lagi 6 orang tu berlatih..mcm2 gaya yang aku tengok diorang buat..sebab diorang datang drpda silat yang berbeza..last2,diorang buat kputusan nak buat silat Bunga Tanjung..aku yg tak paham apa2 pun buat la ikut diorang berlatih..

Dah tengah2 berlatih,tiba2 sorang budak gegirl (Hazwani) dtng kat aku..

"Kacang,ko masuk sajak boley?wakil team Urusetia"...aku dh blur..tapi aku amik jugak la...pastu g jumpa dgn JL team aku..dia bagi aku satu buku and aku kena pilih sajak mana yang aku nak..hafal dalam masa satu hari setengah..dalam masa yg sama aku kena berlatih tuk silat yang aku baru kenal tu..waargghhh..stress aku masa tu.

*pnjng lagi aku nak citer ni..sambung part 2 la.. :D

END FOR LAGU 31 OGOS (PART 1)

Saturday, September 29, 2012

Lunaskan Rasa

Bismillahirrahmanirrahim..


Kecoh satu dunia bila trailer filem bodoh(maaf) Innocence of Muslim ni kluar kat youtube..tak silap aku demontrasi tuk tentang film banggang(maaf sekali lagi) mula kat Libya bila ada orang Islam kat sana serang kedutaan Amerika and duta Amerika ke Libya mati dlm serangan tu...

Rapat umum,demontrasi,saman,memorandum...hampir kesemua perkara tu dah dibuat tuk buang film tak guna ni dari youtube...tapi aku tak paham tang mana bodohnya(maaf) depa ni tak nak kluarkan trailer ni dari youtube tu...aku rasa,umat Islam tak touch pun nabi2 orang bukan Islam ni..kita tak ada nak pi ajuk jesus depa...buang masa kalau kami ni orang Islam nak buat bnda2 tu suma..tapi ampa pulak bnyak masa,bnyak duit nak buat filem murahan mcm ni..apa?dah puas makan roti ka kat umah?nak rasa makan maut ka?

Stop pasal penghinaan yg cuba disampaikan dalam cerita ni...yang aku nak komen pulak pasal sinematografi dalam citer ni...dah lah filem menghina,ditambah pulak dengan gambar yang murah...puii...serius aku cakap,
gambar dalam citer ni mcm budak2...sesuai tuk budak tadika ja tengok...taraf dia sama mcm cerita kancil dengan arnab kalau difilemkan...wey,boboiboy punya gmbr lagi lawa la...ko punya filem murahan..mcm budak2..

Nampaknya mereka saja jer nak bakar kita orang Islam...mereka seolah-olah tak sabar nak tengok kita panas..tak pa,la ni ampa punya masa...masa kami akan sampai tak lama lagi...jangan ampa kecut sampai menyorok belakang almari macam tikus sudah....

END LUNASKAN RASA


Wednesday, September 26, 2012

HUH?

Bismillahirrahmanirrahim...

Aku skang tengah dalam mood nak update blog...aku ingt nak tulis pasal satu trailer movie ni,tapi aku rasa mcm tak sesuai lak nak tulis skang..insya-Allah next punya post aku tulis pasal trailer movie tu...aku tengah
kumpul point nak hentam benda alah tu... aku mcm bersabar jugak la dengan trailer tu..aku rasa korang mesti tahu trailer apa yang aku nak citer ni....isu trailer ni tengah hangat giler kat dunia...pengarah dia sengaja nak jentik kita orang Islam..mmg mintak mati pengarah tu..

Stop pasal trailer tu,..tadi aku bukak surat khabar NST,tengok2 muka depan dia tunjuk keputusan pilihan raya kampus (PRK) tuk bbrapa Universiti...aku tak nak komen apa2 pasal keputusan ni,tapi aku boley senyum bila baca keputusan tu... : D


sapa yg paham dengan keputusan PRK ni? : D

END FOR  HUH?

Thursday, September 13, 2012

Jauhnya - - '

Bismillahirrahmanirrahim...

Demam aku nmpaknya dh makin meningkat..pastu masa lepas abis lab prinsip elektrik,aku plan nak g klinik pelajar UTeM...aku pun tnya kat budak2 ni

"Wey,klinik pelajar kat belakang dewan besar kan?tapi apsal aku nampak belakang dewan tu macam hutan jer"

Kawan aku cakap, " Memang belakang dewan,tapi kena pusing jalan jauh"

Aku dah jam bile dengar..mula2 nak pergi jalan kaki tapi jauh..last2 aku pinjam motor kawan aku ni..aku gi sorang...jalan pun jalan,perkhhhhh....jauh kot..naseb baik aku bawak moto..kalau aku jalan kaki pergi tadi,mahu tak sempat sampai aku kat sana dh collapes...haish...sampai2 jer kat kawasan klinik tu,aku tak nampak mana satu klinik..klinik pelajar yang sekarang ni just sementara jer pasal klinik yg real tak siap lagi..so,klinik yang ada ni letak kat kawasan umah dua tingkat yang ada kat dalam UTeM ni..

Sampai2 jer tengok klinik tutup dari 9.45 sampai 2 petang..adooooiiiyaiiii..masak aku mcm ni...so,aku pun blah la...tak boley nak buat apa2...yang tak best nya,hari semalam ada rumah terbuka raya kat Dewan Besar..memandangkan aku tak sihat,so tak ada mood nak jalan + makan..so melepaslah aku segala makanan yang ada kat dewan besar..dengar citer mcm2 ada..sate,kambing panggang,sup tulang,lemang..hadoiiiyaii..rugi aku..

Tadi,aku sempat g klinik pelajar..sampai2,trus aku g kaunter ubat pastu tnya "Kak,nak mintak ubat boley?"
kakak tu ckap,"tak boley dik,kena jumpa MA dulu"..so aku pun pergi daftar...lepas daftar,masuk dalam bilik MA..dia tnya sakit apa pastu dia check tekak aku..pastu dia guna bnda alah apa tu?steteskop(lebih kurang la ejaan dia) tuk check badan aku...masa dia check guna bnda alah tu,aku rasa mcm nak tnya jer pada dia..

"Encik,encik..apa bnda yang encik dengar kat badan saya ek?ada muzik ker?"

Tapi aku tak tnya la kan sebab mood tak ada masa tu..so MA tu pun bagi kad kesihatan aku pastu aku g amik ubat kat farmasi..masa kat farmasi tu,mata aku mcm tertarik dengan plastik bag ubat kat kaunter farmasi tu..aku pun sebat la satu tuk isi ubat..



END FOR JAUHNYA --'

Tuesday, September 11, 2012

Asal Ko Lambat Balik

Bismillahirrahmanirrahim...

Fuhhh...penat der hari ni...aku keluar dari umah UTeM kul 7 pagi and balik kul 11.40 malam..perkhhhhhh...giler la...lebih kurang 15 jam aku kat kampus induk hari ni....mcm2 bnda yang jadi..ada yang best,ada yang tak best

Yang Best :
-Lecturer FST yang baru, masuk kelas 30 minit awal daripada masa kuliah..kecut jugak aku kalau lecturer ni jenis yang garang..aleh-aleh,sempoi jer cara dia...boley gelak2 buat lawak...kenakan orang..so she is very coolio and Ohsem..

Yang Tak Best:
-Presentation software application aku hancur hari ni...bnyak bnda yang tak complete..aku paling tak suka bila tengok orang kecewa pasal keje aku...ya,mmg kebnyakkan keje aku tak perform seratus peratus,tapi bila jadi presentation teruk mcm td,aku dah tak boley terima bila tengok muka lecturer kecewa..tuk hari ni punya bad situation,aku rasa aku salah sepeuhnya sebab aku tak bertanggungjawab dengan kerja lecturer bagi..aku tak tahu mcm mna nak buat...pasal markah tu presentation tu aku tak berapa nak kesah sangat,tapi aku lebih peduli pasal assignment yang lecturer bagi tu...nmpaknya aku kena start balik dari awal dgn team aku tuk create balik presentaion tu..pastu aku serah jer la pada Allah berapa markah lecturer nak bagi..tapi serius aku salahkan diri sendiri bila orang lain kecewa dengan keje aku...aku mintak maaf sangat-sangat.. :(


So,harapnya,lepas aku tido malam ni,esoknya aku bangun dengan hari baru...


JAP,JAP..TADI AKU ADA PERASAN SATU POST NI!

UTeM akan menganjurkan Sambutan Eidulfitri 1433H pada ketetapan berikut:-

Tarikh : 12 September 2012
Masa : 9.45am - 1.00pm
Tempat : Perkarangan Dewan Besar, UTeM

Mari datang, makanan dan minuman pasti disediakan, jom datang beramai-ramai.

Harap maklum, TQ.


YEAY!!! Esok ada makan2 free kat Dewan Besar...dengar citer taun lepas makanan memang banyak,so taiun ni pun akan berlaku perkara yang sama gak la...hahaha..tak sabar nak beraya 'umah terbuka' Fakulti lain...FKE,FKP,FTMK...

STOP about Rumah Terbuka..ni aku nak post gmbr pemandangan dalam bas baru UTeM yang aku naik pukul 11.15 tadi...lwa sey bas ni waktu malam...tengah2 nak otw balik,ada pulak roadblock..naseb baik dia tak tahan bas yg aku naik tadi...



   UTeM Kampus Industri









aku tengah tak sihat sekarang ni..
harapnya sembuh cepat sebab banyak
benda yang nak disettlekan.. :D

END FOR ASAL KO LAMBAT BALIK?

Saturday, September 8, 2012

Notification Bersusun

Bismillahirrahmanirrahim..

Aku baru lepas update board reminder aku..perkhh..bnyak nya keje yg nak kena siapkan minggu ni.. --'


*P/s: Makin nak final,makin bnyak pulak assignment + report nak kena hantar..waaaaaa :'(

END FOR NOTIFICATION BERSUSUN

Berhantu Ker Der?

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah..aku baru sampai umah kul 12 tgh malam tadi dari umah pakcik aku kat Nilai(ada open house + doa selamat)..masa nak balik tadi,singgah jap kat RNR Seremban,pastu masa nak gerak balik Melaka,aku cakap "Ayah,ayah nak drive sampai mana?"..ayah aku tnya " Asal?ko nak drive?Drive la"..bile dapat jer lampu hijau,aku apa lagi,bertukar tempat duduk dengan ayah aku...mama aku dengan ayah aku duk kat belakang,aku dengan kakak aku duk kat depan...cuak jugak la sebab ni first time aku drive kete bawak ayah dengan mama aku..fuhhhhh..berpeluh aku dalam aircond

First,masa nak keluar reverse parking kat RNR tu,aku mcm himpit sket kete sebelah..dh la sebelah tu kete sport..tak silap aku Nissan Fairlady yg lama kot..nasib baik tak terlanggar kete tu..kat situ ayah aku dh warning dah pasal himpit kete tu dkat sangat..tapi aku relax jer la..kang kalau mggelabah lagi teruk agaknya..so,aku pun truskan la mendrive kete..masuk jer highway balik,aku dh start pecut..aku tekan minyak 80-110km/h...sepanjang jalan ke tol Alor Gajah,aku rasa mcm maintain jer aku bawak 100-110km/h..cuma ada certain time terlajak sket ker 130km/h..hahah..sory,tak sengaja..ayah aku pun tak cakap apa2 kat belakang,so tak yah nak komen la kata aku terlaju....aku just TERlaju okay...bukan sengaja cari pasal..tapi bila sampai jer kat bawah jambatan aku slow sebab before ni aku dapat petua..petuanya "Jangan Bawak Kete Laju Bawah Jambatan Highway Sebab Kat Situ Ada Kamera Perangkap Halaju"..so kalau korang lalu bawah jambatan highway,korang akan perasan yg kete-kete yg ada masa kat situ akan bergerak dengan sopannya bagaikan anak dara melintas depan bakal mak mentua..

Bila dalam kereta tadi,aku teringat masa zaman kecik2 dulu...ayah aku penah kenakan aku dengan adik beradik aku bila nmpak palang ni kat RNR:-

gmbr ni bukan kat RNR la..tapi certain RNR ada palang had ketinggian ni..

So,bile sampai jer kat kawasan palang had ketinggian ni,ayah aku akan cakap "Tunduk,tunduk..jaga kepala"..kita orang yang ada beradik-beradik yang kurang cerdik masa kecik ni pun tunduk la jaga kepala takut terhentak kat palang tu..padahal dalam kereta..palang tu pun jauh jarak nya dari bumbung..so lepas kejadian tu,aku terasa mcm dipermainkan jugak la..tapi apa boley buat,gelak jer la sebab kena prank dengan ayah sendiri...

Berbalik pada tajuk asal post aku ni iaitu BERHANTU KER DER?,ada bnda yang buat aku still mcm pelik bila aku drive kat highway...mcm ni,masa aku drive,aku dh try bawak selaju dan secermat yang mungkin..bila aku pandang cermin belakan,aku nmpak kete2 kat belakang aku clear jer..maknanya tak ada kete la yang cucuk belakang kereta aku..tapi bila aku tengok balik cermin belakang lepas beberapa second,bnyak pulak kereta yang ready nak lencong aku...berbondong-bondong tetiba muncul kat belakang aku...pastu,tak ada kete dah..beberapa saat pastu nmpak bnyak kete lagi..haisshhh...

BIASA LA TU BRO,,BILA ADA KETE BNYAK NAK LENCONG KO,MAKNANYA KO TU YANG BAWAK LAMBAT,BILA TAK ADA KETE KAT BELAKANG KO,MAKNANYA KO KAT BELAKAAAAAANGGGG SEKALI....

*Konklusinya tak ada yg misteri pasal kejadian tu,cuma aku jer yg bawak lambat(110km/h pun still tak laju :D)

END FOR BERHANTU KER DER?

Wednesday, September 5, 2012

Ko Ingat Ko Hebat?!

Bismillahirrahmanirrahim...

Tajuk post ni agak kelihatan dalam nada MARAH tapi sebenarnya tuk buat mcm menarik jer post ni : D

Tadi aku baru bukak blog si Ea..tengok2 dia dh update blog dia pasal lecturer baru dia(to EA: dh brapa lama agak2 ko tak tegur aku?hahha..demand)...bukak blog si Che Peanut,dia pun dh update pasal idea yang datang tak kena masa (rindu CB4 katanya..hahah)..so aku rasa mcm agak ketinggalan sket sebab tak update blog ni..(padahal baru ari tu update).. XD

Okay,pagi tadi aku ada presentation projek Fizik..projek kumpulan aku dapat : SOLAR OVEN...masa mula2 dapat projek ni,aku dh lega dh sebab masa form 4 dulu penah buat time Science Fair..so,dari segi konsep aku paham la cuma masa projek f4 tu,aku punya solar oven mcm haper jer...mcm nak tak nak buat jer...buat pun tak sungguh-sungguh..so tuk kali ni aku mcm dh sedia sket la...aku buat research sket kat youtube tengok mcm mna Mat and Minah Saleh buat solar oven diornag...yg Ohsemnya,ada Mat saleh tu dia uji solar oven dia masa tengah musim sejuk..ko bnyangkan sket mcm mna bnda alah solar oven tu nak panas?but dia berjaya gak and makanan yang dia letak dalam solar oven tu masak weyyy(tak silap aku ayam kot)

Masa presentation tadi mcm tak mnjadi sangt la sebab aku tak berapa nak prepare apa bnda nak cakap sebab aku dh readykan projek jer nak uji..naseb baik team aku dh buat slide show(credit to Syazwan)..so ada gak la bnda yg aku nak cakap..tuk report aku dh bahagikan pada Tan Keat An dgn Winda..thanks jugak tuk mereka sebab buat keje dgn baik...keje aku pulak complete kan projek tu bagi berfungsi..masa nak uji solar oven tadi,aku dh gegak dh sebab hari mcm mendung jer..tapi bila test, Alhamdulillah..suhu dia boley tahan la..47 darjah celcius...aku rasa kalau panas terik tadi,mungkin dh boley capai target 60 darjah celcius kot..cuaca hari ni mmg mendung..apapun,congrat tuk team Sucinda sebab solar oven diorang capai 52 darjah celcius..team Ikmal (42 darjah celcius),team Acap (30 drjah celcius)...congrat to them also..tak lupa gak tuk team yang buat projek Projector..aku mcm kaget jugak la sebab team projector ni boley buat mini projector guna kotak kasut...congrats to them.. CLAP,CLAP,CLAP...tu jer kot tuk post kali ni :D

*P/S : aku rasa mcm tak sedap hati pulak bila tak sebut benda ni sebab diorang sangat bagus hari ni.. Congratulation to Azfar,Din,Hazlamy,Akasha, tuk LCD projector yang bagi aku OHSEM sangat sebab bnda tu direka dengan sangat teratur,cantik and yang paling penting berfungsi dengan baik(aku sempat tengok susunan barang dalam projector tu bila Din bukak..sangat teratur)so,aku rasa aku patut jeles kalau team ni dapat markah tinggi sebab diorang betol-betol bagus..

serius aku jeles dgn solar oven team Sucinda
sebab masa uji suhu team diorang
matahari tengah terik..so mmg suhu 
tinggi la kan ..hahah..tak per,rezeki ko..


END FOR KO INGAT KO HEBAT?!

Sunday, September 2, 2012

I Hate When This Happen

Bismillahirrahmanirrahim....

Hye,saya kan baru balik dari program Intergrity Champion Challege MRSM SeMalaysia 2012 at MRSM GEMENCEH....program yang sangat OHSEM ni bermula pada hari Isnin (27.08.2012) dan berakhir pada Khamis (30.08.2012)..haishhh..tak sanggup pulak nak citer panjang-panjang pasal program ni sebab baru balik and sebahagian lagi roh aku tertinggal lagi kat sana...


Ni banner tuk program ni... tema TRUST: Rudiment Of Accountability


Yang ni pulak tag nama untuk Fasi-fasi...bagi aku warna dia sangat smart :D

Kami yang fasi-fasi ni dh sampai awal ke MRSM Gemenceh sehari sebelum program ICC ni bermula...yang lebih OHSEMnya, Fasi-Fasi ICC kali ni semuanya hebat sebab apa mereka ni sanggup bekerja keras dari pagi ke pagi untuk pastikan program kali ni berjaya dengan jayanya dan mendapat kejayaan...mereka tak kesah sangat pasal diri masing-masing..yang diorang pikir, 4 hari ni adik-adik peserta MRSM SeMalaysia ni dapat ikut program ini and balik ke maktab masing bukan dengan tangan dan minda yang kosong..

Memang dalam kehidupan ni sudah menjadi lumrah apabila berlakunya pertemuan akan pasti berlaku jugak perpisahan...so,selepas 4 hari kami fasi-fasi duk bekerja kat MRSM Gemenceh,dengan gelak tawanya,masalah yang kami duk sama-sama hadap,makan asam pedas + ikan bakar kat Umbai sampai tak larat nak bangun balik maktab,akhirnya pada pagi 31 Ogos 2012,kami semua terpaksa berpisah kerana kami mempunyai tanggungjawab serta tugasan lain yang perlu dijalankan dan diteruskan..apa pun harapnya perpisahan ni cuma sementara dan insya-Allah kita akan berjumpa lagi...begitu juga kepada adik-adik peserta ICC 2012,bagi diri aku sendiri,aku rindu nak kejar korang dengan healer : D

AKU MEMANG TAK SUKA BERPISAH DENGAN PROGRAM NI SEBAB AKU ENJOY
SEPANJANG ADA KAT MRSM GEMENCEH...thanks to MRSM GEMENCEH and also HELPERS..sejujurnya korang rapat dengan aku dan bnyak membantu aku..terutamanya pinjamkan aku sampin malam penutup..thanks a lot :D

P/S: Kepada Fasi-fasi,aku seronok bekerja dengan korang sepanjang program ni and aku rasa mcm satu family kita kat sana...mintak maaf sebab aku balik mengejut pasal bas MRSM Terendak datang mengejut..maaf sekali lagi :)

hajat aku tuk jadi fasi sejak taun lepas
akhirnya dah tercapai taun ni..Alhamdulillah..
thanks Allah...aku dah boley pejam mata 
and tido lena selepas ni

Saturday, August 25, 2012

Entry Ni Tidak Bertajuk

Bismillahirrahmanirrahim..

Astagfirullah,astagfirullah,astagfirullah...

Itu jer yang mampu aku sebut bila datangnya ujian Allah pada aku...plan nak buat post masa Ramadan tersangkut sebab tak cukup masa...then plan tuk buat post pasal Hari Raya full pun tak tahu boley buat ker tidak sebab sekarang ni keadaan sekitar aku tengah tegang...ingatkan bile dh datng nya hari raya,makin okay la sekeliling,last2 Allah bagi ujian lain pulak....kepala aku pun tengah pening nak mngadap semua bnda ni...aku tak terpikir masalah tu boley jadi sebesar ni dan seserius ni...orang lain yang salah tapi orang sekeliling terasa sekali masalah ni...aku ni dh tersepit sekarang ni... : (

Aku esok dh nak pergi MRSM Gemenceh sebab ada program Intergrity Champion Challenge kat sana..tapi dalam keadaan kat sini tak berapa nak okay,aku pun jadi tak tenang weyy..aku dh lama tunggu program ni..tapi mood aku dh lari sekarang..rasa malas nak kemas baju-baju nak bawak pergi sana...selagi bndani tak setel,aku mmg tak senang hati...nak makan pun rasa tak sedap sebab memikir mcm mna bnda ni nak bagi habis..masalah mmg tak boley disetelkan dalam keadaan marah...

Dah la...aku duk kenang bnda yang dah jadi pun bukan boley buat apapun..biar la depa yang setelkan masalah depa...kang cek masuk campur lagi susah...so,aku rasa nak truskan buat post pasal raya-raya aku yang lepas-lepas(tlong baca post selepas dalam nada loghat Kedah :D ):

Dari kecik cek mmg suka bila tiba hari raya...bukan apa,sebabnya bila raya ja,semua sedara mara cek balik kampung..malam raya memang meriah la sebab lepas maghrib ja,mula la buat pesta bunga api dengan mercun...Mak dengan Pok cek duk tinggai satu kampung...jadinya,cek mmg balik kampung raya kampung yang sama la dari kechik...untunglaa Pok cek sebab dapat kawin dengan orang sekampung yang lawa macam Mak cek hahah...bila sedara mara cek main mercun,cek tak join depa...cek masa kecik2 suka main bunga api ja..sebab cek takut mercun meletup kat tangan cek...tapi cek beranikan diri jugak main mercun...cek main mercun roket,naga,gasing,papan..mcm2 laie la(ni apahal termasuk loghat N9 lak ni --')

Lagi satu cek suka pasai raya ni,duit raya mestilah bnyak....cek dulu suka lawan2 sapa duit raya paling banyak dengan adik beradik cek...setahu cek,sampai la ni,cek tak penah menang duit raya paling bnyak..yang selalu menangnya mesti la kak cek yang first..la ni,adik cek yang bongsu pulak paling bnyak duit raya..sekarang ni ada RM 300 pada dia...bila dia tnya cek" Abg Im,duit raya ada berapa?"..cek kata " Seribu"...ya la..mana tak seribunya,PTPTN cek baru masuk...so mmg dia kalah la kan...

Masa cek darjah lima,cek pernah rasa raya sekali overLaut...masa tu mmg secara tak sengaja la rancangan tu di buat...Pok sedara cek kerja kapal terbang kat Mumbai,India..jadinya anak dia ajak cek duk ikut dia pergi sana sebulan..masa cek sampai sana,masih lagi bulan posa...so cek dapat la merasa puasa kat tempat orang....yang syahdunya,cek kena beraya jauh dari keluarga cek...tu yang cek tak tahan nanges tu bila dapat cakap dengan Mak cek dalam telepon malam raya...biasa la,budak darjah lima..kebetulan,taun tu Hari Raya dekat dengan Deepavali...so,kawasan yang cek tinggai tu mmg meriah la orang sana main bunga api sambut Deepavali...kat sana diorang tak panggil Deepavali..diorang panggil Happy Diwali..cek pun melayan jer la sana punya budaya.....

Esoknya cek pergi la solat Hari Raya..ingatkan nak pergi masjid kat sana,tapi penuh..so,orang yang bawak teksi tu antaq kami pergi kat tempat mcm dewan terbuka...kat situ kami solat...masa orang saya bagi khutbah,mmg cek dengaq terlopong ja la...bukan paham pun bahasa depa..masa duk dengaq tu,cek try la pakai jam sedara cek,tapi tak boley nak ketip besi dia..tiba2 ada sorang India ni,dia tarik tangan cek,dia ketipkan jam besi tu tuk cek..cek tengah tergamam masa tu,nak cakap "Thank you" pada dia tapi kelu punya pasai cek sebut "Terima Kasih"..tak kesah la..janji dia dah tolong cek..

Bila makin besaq,cek rasa makin kurang meriahnya hari raya ni..cek rasa start tak meriahnya Raya bila tahun 2008 arwah Mak cek meninggal...raya tahun tu yang paling janggal sekali..biasanya,bila pagi raya,kami adik beradik mesti salam Pok dengan Mak cek and dapat duit raya..tapi masa taun tu,pagi2 lagi Pok cek dh tak ada kat umah...rupa2nya dia awal2 pagi udah pergi kubur mak cek...jadinya kami jumpa dia kat umah nenek belah mak cek..start dari taun tu la raya cek kurang meriah sampai la ni walaupun cek dh dapat Mak baru(Mak baru cek baik sangat)...apa boley buat..cek terima semua yang jadi..apa pun,cek mengharap akan ada perubahan tuk raya yang akan datang..Insya-Allah...

    *balik umah nek aku semalam,terjumpa gambar budak ni.. SELAMAT HARI RAYA : D

Kecik-kecik dulu orang kata
"Budak kecik tak boley pegang duit bnyak2"
Bila dah besar orang kata
"Dh besar,tak yah duit raya"
- -' bila duit raya aku nak bnyak ni?

END FOR ENTRY NI TIDAK BERTAJUK

Monday, August 20, 2012

Insya-Allah

Start with Bismillahirrahmanirrahim...

Aku nak update blog ni tapi idea tengah stuck..sorry..Insya-Allah..dalam masa terdekat :D

Saturday, August 11, 2012

Alat Perpaduan

Start with Bismillahirrahmanirrahim..

Malam 5 Ogos tu,aku tengok kedai mamak kat kolej kediaman aku penuh orang tengok match badminton final between Dato Lee Chong Wei dgn Lin Dan...mmg berdebar la tengok set ketiga sebab dua-dua player kutip satu-satu mata...Bila aku tengok yang last skali,masa bulu tangkis DLCW keluar gelanggang,aku dh kecewa dh...terlepas pingat emas pertama Malaysia malam tu..yg aku tak boley tengok malam tu,bila DLCW terduduk kat atas gelanggang sebab kecewa..abis jer match,tiba2 ada yang start bertepuk untuk DLCW..satu kedai mamak bertepuk lepas tu untuk DLCW sebab kita orang tahu yang DLCW dh main bersungguh-sungguh...yg menariknya,bile aku bukak fb,ramai yg puji DLCW sebab main bermati-matian walaupun kalah...ramai yg bagi semangat tuk DLCW...then aku dpt tahu yg DLCW mintak maaf kat twitter..aku sempat printscreen tweet tu :


Cube tengok,berapa ramai yang retweets  tweet  " I'm sorry" DLCW....ramai yang kata DLCW tak perlu mintak maaf pada rakyat Malaysia sebab dia dh bersungguh-sungguh main malam tu...,pingat Emas tak penting lagi,tapi yang pentingnya DLCW dh menyatukan hati rakyat Malaysia malam tu..itu pingt yang paling berharga apabila hati rakyat Malaysia bersatu and boley duduk semeja tengok match tu...


Photo: We don't accept your apology, Dato Lee Chong Wei. Because you did bring Malaysians a golden moment.
Lepas abis match tu,ada terdengar komentator ESPN kata mcm ni :
Photo: ESPN commentator had this to say of him: "Lee Chong Wei is such a great guy, but Lin Dan is a bit arrogant. Skills win you medals, but attitude wins hearts.

"Skills win you medals,but attitude win hearts"-ESPN comentator

Tu satu penghargaan buat DLCW sebab tunjukkan attitude yg baik pada dunia daripada Malaysia..yg lagi bestnya bila aku jumpa bnda ni kat FB:

Photo: tahukah anda ??

Terima Kasih Lee Chong Wei. Terima Kasih kerana menjadi seorang lawan yang mulia kepada Lin Dan, dan Terima Kasih kerana menemani Lin Dan selama 10 tahun - Tanpa kemampuan Chong Wei, tiadanya kemampuan Lin Dan ; tanpa kegigihan Chong Wei, tiadanya kemajuan buat Lin Dan. Lee Chong Wei cicir Pingat Emas pertamanya tetapi beliau tidak Kalah. Kami merasai kesedihannya. [Kongsi] Bila bersorak untuk Lin Dan, jangan Lupa Lee Chong Wei. Kedua-duanya pemain yang hebat

#cardunk-2 gua benci dye, cardunk-2 gua respect dye

Translate :"Terima Kasih Lee Chong Wei. Terima Kasih kerana menjadi seorang lawan yang mulia kepada Lin Dan, dan Terima Kasih kerana menemani Lin Dan selama 10 tahun - Tanpa kemampuan Chong Wei, tiadanya kemampuan Lin Dan ; tanpa kegigihan Chong Wei, tiadanya kemajuan buat Lin Dan. Lee Chong Wei cicir Pingat Emas pertamanya tetapi beliau tidak Kalah. Kami merasai kesedihannya. [Kongsi] Bila bersorak untuk Lin Dan, jangan Lupa Lee Chong Wei. Kedua-duanya pemain yang hebat"



Aku mcm kagum jugak la bila baca status tu..aku try tnya kawan Cina aku,btol ker tidak translate tu..dia kata betul..so aku mmg kagum la dngan semangat sukan diorang...selama ni aku mcm tertanya-tnya apa yang boley menyatu padukan manusia and lastly aku dapat yg SUKAN alat perpaduan yang terbaik setakat ni 



END FOR ALAT PERPADUAN

Maaf

Start with Bismillahirrahmanirrahim...

Maaf,maaf,maaf...blog saya meng"invisible" kan diri sekejap sebab bnyak bnda tak settle seminggu and dua minggu lepas..fuhh! akhirnya settle gak meeting aku kat Jalan Duta KL Sabtu minggu lepas..aku bertolak dari Melaka-KL hari Jumaat petang..aku amik bas Delima pukul 3 setengah(kakak aku yg tlong belikan tiket sebab aku tak pandai nak cari tiket kat Melaka Sentral)..so,3.30 aku pun gerak la ke KL naik bas tu..

Aku tak penah g KL naik bas sorang2..so,time atas bas tu ada sorang auntie(bukan amoi taw..haha) duk sebelah aku...perjalanan makan masa 2 jam,so aku pun tak tahu nak buat apa...aku pun bukak la citer KL gangster kat enset aku..agak2 dh boring,pasang lagu pastu tido..ZZZzzzzzz...

Pukul 5,aku pun sampai la kat Terminal Bersepadu Selatan(besarrrrr gilerr TBS ni)....kakak aku dh tunggu aku kat sana...pastu kita orng gerak g office kakak aku sebab nak amik kawan dia..pastu kita orang terus g Jalan Duta and berbuka kat sana..

Dalam pukul 8 lebih,kita orng gerak g Menara Institut Integriti Malaysia(kt sini aku meeting)...kat IIM ni mmg ada sediakan bilik tuk aku..so,sampai2 jer terus aku amik kunci pastu check in...masa bukak pintu bilik tu,terkaget la aku kejap....fuiyooo..cantik seyy bilik dia bagi aku...serupa mcm bilik hotel tuu...ada 2 katil tapi aku dok bilik tu sorang..yeay!!..aku dh terbayang nak terlelap awal dh...tapi kawan aku kata malam tu ada meeting..aku ingtkan kejap,sekali tu abis kul 1.30 pagi..aduyaii...malam tu aku tido kul 2..

5.00 pagi

Jam aku dh bunyi time ni...aku mmg set kul 5 sebab nak bngun sahur...aku pun dgn mamai nya keluar bilik turun tingkat 6 tuk amik makanan sahur...pastu naik balik tingkat 13,makan kat bilik...sahur yg disediakan pagi tu nasi goreng..apa lagi,makan jer la rezeki yg ada depan mata tu...pastu menunggu la sampai subuh..
time lepas subuh tu,aku sempat bukak tv tengok Dato Lee Chong Wei lwn Cheng Long separuh akhir Olimpik...DLCW menang pagi tu..pastu aku smbung tido sampai kul 7 lebih..Pukul 8 lebih,meeting real pun start...masing2 dipecahkan dalam group and pikirkan rancangan aktviti tuk program kita orng ni..aku pulak sibuk buat keje aku(tak ada la sibuk mana pun)..pukul  11 lebih,pengarah program buat ucapan and after that presentation setiap kumpulan pun start...lama jugak la presentation tu...kita orng abis dalam pukul 5..then aku pun packing barang tuk balik Melaka..

Lpas meeting,aku tak terus balik Melaka..kakak aku bawak aku pergi bazar Ramadan kat Damansara...kat sana mmg berbeza sket la dari segi harga makanan...kat situ makanan mcm mahal sket..tp bnda yang sama jer yg dijual...nasi goreng,murtabak,nasi lemak,donut....aku malas nak beli bnyak2..aku just beli nasi goreng dgn ayam goreng..pastu kakak aku bwk g tempat Rasta(tak silap la) tuk buka kat sana dgn kawan2 dia)..

Abis jer makan and maghrib,aku gerak balik Melaka...kakak aku kata,lepas ajer masuk tol,dia suruh aku drive..perkhh..excited aku dgr...lepas jer masuk tol,aku drive balik Melaka...mula2 bwak 80 km/h jer..pas kakak aku kata lambt aku bawak,terus aku tekan minyak 110-120km/h....first time bawak kete kat highway..excited gak la..dengan gelap malamnya + silau....naseb baik kete tak bnyak masa tu..kalau jammed,tak larat aku nak hadap...jauh jugak la KL-Melaka..tapi excited nak drive punya pasal,rasa mcm kejap jer dh smpai..apa pun Alhamdulillah sebab selamat sampai...sampai jer kat umah,aku dh penat..baru rasa mcm mna penatnya orang bawak kete jauh2..terbanting aku lepas tu sampai sahur..

sapa kenal dgn logo ni?

END FOR MAAF

Tuesday, July 31, 2012

Tiba-Tiba Berlambak

Start with Bismillahirrahmanirrahim..

Keje aku tiba-tiba jadi berlambak...dengan test lagi,kuiz,meeting lagi...kusut kepala..mana satu nak settlekan dulu aku pun tak tahu..kena susun la keje2 ni semua..baru teratur kepala aku..

31 Julai 2012 : Assignment pengucapan awam (5 muka surat,2 gambar)-1 Ogos submit
1 Ogos 2012 : Meeting Sekretriat Pencegah Rasuah (kena buat banner)- 1.00 petang
                       Lab Session Prinsip Elektrik (8.30 pagi-11.00 pagi)
2 Ogos 2012 : Pre MUET-Speaking Test (10 pagi-12 tghari)
                       Prinsip Elektrik Test 1 (8.30 malam)
3 Ogos 2012 : Check In at IIM(Jalan Duta K.L)
4 Ogos 2012 : Meeting with Team ICC at IIM (9.00 pagi-4 petang)-Jalan Duta K.L.
6 Ogos 2012 : Algebra Test 1 (11.00 pagi-1.00 tghari)
                       Aplikasi Perisian Test 1 ( 3.00-4.30 ptng)

Pening bila aku tengok jadual ni...satu-satu kena settlekan..apa pun kena sabar,and buat satu2 dengan baik..Insya-Allah,Allah akan sentiasa memberi jalan keluar..setiap mangga,ada kuncinya..mcm tu gak dengan semua masalah or kerja-kerja berlambak yang kita kena hadap..mesti Allah akan tolong :D

END FOR TIBA-TIBA BERLAMBAK

Monday, July 30, 2012

Baru Aku Faham

Start with Bismillahirrahmanirrahim..


Lepas aku buka blog Ea Gomez(untk kali ker berapa tah aku baca post tu),baru aku faham apa maksud firman dalam gmbar kat atas ni :D

Allah tidak menguji hambaNya
melebihi kemampuan hambaNya itu

END FOR BARU AKU FAHAM

Bill Gates Quotes

Start with Bismillahirrahmanirrahim...

There are some Billl Gates quotes..it maybe will give us motivation :D








END FOR BILL GATES QUOTES

Sunday, July 29, 2012

Rumah Tu

Start with Bismillahirrahmanirrahim...

Aku sebenarnya nak sambung pasal Ramadan,tapi idea tuk entry tu bersepah...so,take time tuk susun balik..tak apa la,ada 22 hari lagi tuk aku sambung pasal Ramadan..

Tiba2 pagi tadi,aku teringatkan something lepas sahur..aku teringatkan umah lama aku yang jaraknya dari umah sekarang cuma 1 kilometer lebih jer(jgn tnya kenapa JAUH sangt)..aku mmg membesar kat umah tu(nama taman tu Rumah Awam Bertam Hulu) sejak dari kecik sampai la darjah 6..hujung tahun darjah 6 baru aku pindah g umah yang baru sekarang ni...agak rindu sebenarnya dengan suasana masa aku kecik2 dulu kat umah lama tu...

Masa kecik2,aku suka main air dalam bilik air...aku isi air penuh2 dalam besen,pastu berendam dalam tu..hahah..rasa mcm mandi kolam renang la pulak...dulu masa kecik2,aku tak tahu pulak yang binatang yang kecik2 ni mmg sentiasa wujud..sebab aku jumpa bintang2 ni jarang..contohnya,masa aku nak masuk bilik air,nnty aku terjumpa la binatang macm labah-labah,lipas,lipan..tapi kadang2 la..,dalam kepala otak aku masa tu,binatang ni semua muncul bermusim....so,tiap kali aku nampak binatang labah-labah,or lipas dalam bilik air,mesti aku ingat," owh,taun ni musim labah-labah,"..kalau lipas pulak aku jumpa,"Owh,kali ni lipas punya musim"..sebab binatang tu sekali-sekala jer aku jumpa dalam bilik air tu...pastu mula la geli nak halau binatang tu masuk dalam lubang air...bergelen-gelen air aku guna nak siram binatang tu bagi gerak masuk dalam lubang air tu....tu dulu..zaman kanak-kanak,sekarang dh tak rasa seronok buat bnda tu.. :D

Dalam bilik tido aku,ada satu katil double decker and satu katil single..aku masa malam2 before tido,selalu main lompat2 atas katil tu..lagi satu tabiat aku,aku akan lompat dari katil atas,pastu terjun kat katil bawah(katil bawah lagi lebar dari katil atas)..BAMMM..perkhh..serius seronok masa tu....aku panjat tiang besi kat tepi katil,pastu buat lg akrobatik..yeay!!...

Still lagi pasal rumah lama,tapi kali ni tabiat lain lak...ayah aku,mmg suka tengok tv tengah2 malam..aku,kakak and adik aku mmg ayah dgn mak aku suruh tido awal sebab esoknya sekolah..tapi aku punya nakal kecik2,masa ayah aku tengah tengok tv malam,aku meniarap,pastu mengensot pelahan-pelahan masuk bawah kerusi...so,aku pun tengok la tv dari bawah kerusi tu..kadang2 tengok WWF smackdown(tu la citer yg aku ingt)...pastu,dah duk bawah tu,kena senyap2..kang kalau bising,kantoi lak dengan ayah aku..tapi "ku sangkakan panas sampai ke petang,rupa-rupanya hujan di tengah hari"...kantoi gak dengan bapak aku...mmg bapak aku marah la bila tahu aku mnyorok bawah kerusi tengok tv..hahaha..berdesup-desup aku lari masuk bilik...sepandai-pandai tupai melompat,pandai lagi kuda main futsal..

Aku sekolah agama start drjah 3...masa taun berapa tah,aku tak ingt,mak aku dh start keje..so,rumah aku tak ada orang la petang2...kadang2,ada la mak aku tinggalkan kunci tuk aku kalau balik sekolah agama nak masuk umah...tapi bila dh tak ada kunci,mmg masak la aku...mcm mna nak masuk kalau tak ada kunci..so,aku dgn semangt hacker and spy menggunakan kekuatan akal budak2 masa tu,amik dawai pastu aku mekanikkan tingkap umah aku...aku cuba la nak pusingkan engsel tingkap tu sebab nak masuk ikut tingkap kecik kat bawah tu..tapi seingt aku tak pernah berhasil kut...engsel tingkap tu
kuat..jadi,penyelesaiannya,tunggu la mak aku balik..huahahah

Bnyak lagi bnda aku rindu kat taman lama tu,sebab aku membesar kat situ...dengan kawn yang huha-huha lagi masa kecik2...main buaya-buaya kat padang..yang tak bley bla,bila main buaya...baru jer nak touch kawan tu,dia sebut TUIT!...mmg bengang la buaya tu....bnyak giler peraturan kita orang buat tuk permaian tu..buaya tak boley panjat gelung la,buaya tak boley panjat apa bnda tu?monkey bar?entah..ala..bnda yang orang gayut2 tu...tak kesah la...pastu,ada gak peraturan tak boley TUIT lebih lima kali...hahah..budak2 punya perangai..biasa la tu..

Malam2,lepas balik mengaji,agak2 malam masih muda lagi,aku pun gi la padang...duk atas gelung..pastu berangan tengok langit...waktu mmg berangan la pasal planet2(sebab belajar masa sains drjah 6)...nak cipta roket la,nak keje kat company angkasa la..pastu berangan nak cipta teleskop and mesin mcm dalam cerita XX Ray(aziz m osman)..tapi waktu tu mmg tak boley nak nafikan la,zaman budak2 mmg best berangan bnda-bnda yang kat luar jangkaan...bila dh besar,susah dh nak berangan mcm tu..serius..sebab tu la zaman kanak2 merupakan zaman yang terbaik dan terbest...i admit it...patot la bnyak orang nak kembali kat zaman kecik2 sebab zaman budak2 tak bnyak masalh...kalau buat salah pun orang akan kata "ala,tak per,biarkan la...budak-budak"...itu yg sedap bila didengar masa buat hal kecik2 dulu..hahahah



happy birthday to Ezza Jasmin (28/7/1994)

END FOR RUMAH ITU 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...