Sunday, August 29, 2010

Berita Yang Amat Menyedihkan




Astagfirullahalazim....pada pukul 2 petang lebih td,aku mndapat satu berita yang cukup tuk buatkan aku terasa sedih dan menitiskan air mata.....aku dapat berita yang salah seorang drpada kawan aku telah kehilangan ayah yang sangat disayanginya...berita ini membuatkan aku merasa sedih sangat sebab aku terlebih dahulu telah merasa bagaimana perasaan seorang insan apabila kehilangan orang yang sangat disayangi dan yang telah menjaga dan memberikan sepenuh kasih sayang kepada diri kita...tp dalam situasi kawan ini berbeza sedikit kerana kawan baik aku tu kehilangan ayah yang disayangi beberapa hari yang lepas sedangkan aku kehilangan emak yang sangat aku rindu sekarang ini......lepas dapat tahu berita ini,aku tiba2 mnjadi sedikit marah sebab tak ada sesiapa pon yang bg mesej kat aku tentang berita ini...tp tidak mengapa,bukan salah kawan2 aku....

Kehilangan orng yang tersayang memang suatu perkara yg sangat menyedihkan dan sangat menyeksakan.....aku telah merasai pengalaman tersebut 2 tahun yang lepas di mana emak aku telah kembali ke rahmatullah selepas 4 hari pulang drpd menunaikan haji.....klu dikenang kan balik hari,jam,minit,saat dan detik kejadian tu berlaku,aku rasa mcm bru aje perkara tu berlaku....hati aku masa tu mcm dh berkecai jer sebab bnyk perkara yang aku pikir...sapa nak masak tuk aku?sapa nak lawat aku kat asrama telok mas?sapa yang nak amik aku masa balik asrama?dan mcm2 perkara lagi.....setiap kali aku bercerita balik tentang peristiwa tu,badan aku akn tiba2 menggigil.....aku pon x tahu kenapa...

Kepada kawan baik aku tu,mungkin ini nasihat yang ke-100 ko dgr...BERSABAR lah,sesungguhnya setiapa apa yang berlaku pada kita ada hikmah nya.....mungkin waktu sebegini ko rasa perit sangat nk telan hakikat ni tp jgn ko putus asa sebab ko kne ingat Allah sentiasa ada tuk bantu kita dan mintak lah pertolongan Allah di waktu senang dan susah...Aku doakan semoga roh bapa kau dicucuri rahmat dan mndapat tempat disisi Allah....mulakan hidup baru dan jgn lupakn kenangan dan jasa beliau.....

Kepada semua pembaca,inilah lumrah kehidupan,kita tidak penah tahu bila kita kan kembali kepada pencipta kita iaitu Allah Yang Maha Mengetahui.....oleh itu marilah kita bersama-sama sedekah kan Al-Fatihah untuk arwah kepada kawan baik saya dan bersama-sama kita tingkatkan amal ibadat kita...Insya-Allah....
Itulah cerita yang aku nk kongsikan kepada semua....Insya-Allah aku akan berkongsi story lagi sebab blog ni MY LIFE STORY......

Saturday, August 21, 2010

SMK TELOK MAS....rindunya!!!!







SMK TELOK MAS merupakan sekolah tempat aku menimba ilmu drpd
tingkatan 1 sampai la tingkatan 3.Bnyak giler kenangan aku kat sekolah ni.Aku ingat lagi masa aku
mula2 masuk asrama kat sekolah ni,malam
kedua aku kt asrama,aku jatuh katil...pergh terasa saket bebenor badan aku masa tu..dah la katil tu dua tingkat,naseb baik x patah tulang aku...tp x per,tu la pengalaman antara pengalaman manis aku kat situ..pastu,tiga bulan lebih aku nangis sebab sedih masuk asrama,jauh dgn keluarga...hahahahah..kat asrama masa aku F1,aku x selalu kena buli..aku pon x tahu sebab apa..hahahah...(aku kurang ingt la apa jadi kat aku masa F1)

Masa F2 lak,aku masuk asrama dgn gembira sebab x sabar nk mulakan sesi persekolahan yang baru...masa f2 gak aku dapat satu tugasan yang aku pikir aku suka giler buat iaitu jaga koperasi asrama....aku mmg suka bab2 meniaga ni..hahahahah...satu tahun aku jaga koperasi asrama..best giler,rasa macam ada syarikat sendiri dan aku suka bila dapat pegang sekejap duit bnyk2...duit yang aku pegang tu bukannya sikit,kadang2 boleh cecah RM200 satu malam.....itulah yang aku rasa paling best masa aku f2...hahhaaha

Masa aku f3 lak,aku terpaksa stop meniaga kt koperasi jap sebab kerja sekolah dh mula menimbun.....bahang peperiksaan mmg dh terasa masa awal tahun lagi sebab kerja sekolah yng menghujani aku dgn kawan2 aku bagai air terjun kat sagil...masa aku f3,mcm2 aktiviti berkaitan dgn ilmiah yang memfokuskan kpd periksa PMR aku ikut...mula2 Pecutan Mas(sory motivator,saya x dapat nk tunaikan hasrat tuan,saya dapat 7A 1B jer)..pastu pacuan minda,tuisyen bestari,tuisyen yg kerajaan negeri bayar,dan macm2 lagi lah....Alhamdulillah,hasil nya telah terbalas dgn keputusan 7A 1B,walaupun x mncapai hasrat aku nk dapat 8A(apa boleh buat,kena terima takdir)...tahun ketiga aku kat smktm,aku rasa tahun yg sngt gembira tuk aku sebab tahun tu aku dah berubah sikit daripada pemarah kepada yang cool sket..hahahaha...bila aku pikir blek perangai aku masa f1 dgn f2,aku rasa macam aku kejam sngt sebab ramai budak aku marah(mintak maaf bnyak2).....aku lebih open minded sket waktu aku f3 ni.Aku dh pandai bergaul,kurang marah,pandai buat lawak sket2(walaupun x der orng gelak...hahaha) dan mcm2 lagi bnda yang best..klu aku nak citer semua yng berlaku masa aku f3 kt telok mas,mungkin akan makan masa yang agak lama la jugak...tp x per,tuk post kali ni,ini ajeyang aku rajin nk citer..Insya-Allah,aku akn cuba sambung citer aku....sebab apa???sebab Blog ni namanya MY LIFE STORY....hahahahahahah

Saturday, August 14, 2010

Ramadhan Menjelang Lagi















Bulan Ramadhan Al-Mubarak telah menjelang lagi.Bulan ini merupakan bulan yang cukup istimewa bagi semua umat Islam yang mempunyai iman kuat dan yang sering ternanti-nanti akan kedatangan bulan yang penuh dgn rahmat Allah ini.Apabila tibanya bulan Ramadhan ini,pintu-pintu syurga dibuka kesemuanya,pintu neraka ditutup serapat-rapatnya,syaitan2 dibelenggu dan syurga dihias setiap hari.Selain itu juga,segala apa perbuatan baik yang kita kerjakan akan diberi oleh Allah pahala yang berlipat ganda dan sesiapa yang berdoa memohon pertolongan daripada Allah,Insya-Allah makbul doanya.Oleh itu kita disuruh memperbanyakkan ibadat dalam bulan yang penuh keampunan ini.Dalam bulan ini juga terdapat satu malam yang cukup istimewa iaitu malam Lailatulqadar dimana malam ini lebih baik daripada 1000 bulan.Selain itu juga,terdapat peristiwa menarik yg berlaku dalam bulan ini iaitu peristiwa Al-Quran diturunkan kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W....

Erm..inilah antara benda menarik yang ada dalam bulan ramadhan ini.Sebenarnya bnyk lagi bnda yang menarik dalam bulan Ramadhan ini sehingga kan tak teringat dan tertulis dalam post ni.Tahun ni aku berpuasa dan berbuka hari pertama kat MRSM Alor Gajah.Bagi aku x der masalah berpuasa kat asrama sebab 3 tahun aku puasa kat asrama SMK Telok Mas tp yg kesiannya kawan2 aku la yg baru first time dok asrama,banyak giler makanan yang diowang beli...hahahahah...gelak aku tengok,pastu makan x abis,packing dalam plastik simpan tuk moreh malam...Itulah serba sikit yg aku nk citer tuk post kali ini...semoga kita dapat menambah amal ibadah kita dalam bulan puasa ni dan dapat bertemu dgn malam Lailatulqadar..Insya-Allah...nnty klu ada citer lagi,aku akan citer sebab blog ni bernama MY LIFE STORY...hahaha(boring pulak tagline ni)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...