Thursday, October 31, 2013

Burger Bakar

Bismillahirrahmanirrahim..

1/11/2013
Alhamdulillah..baru lepas test Math Kejut/E-Math..and pagi tadi baru lepas kuiz logic circuit..gamaknya 2 minggu sebelum cuti mid sem ni sibuk memanjang ibarat Ahli Parlimen dan Ahli Koperasi SeMalaysia..apa pun,semuanya berjalan dengan lancar melebihi daripada jangkaan aku..so,brader,gua dah start cuti mid sem SEMINGGU yeay!!!

Aku tau,kawn-kawn  diploma yg lain dah 3 minggu cuti sem skang..kiranya diorang ni trkehadapan 2 bulan dari jadual aku..tak per la,aku ni dah penat mnghadap cuti 5 bulan lepas..so, leng-leng maaa..

Aku sekarang dalam usaha untuk mengejar sebanyak mungkin episode RM yang tertinggal..start from bottom,now aku dah sampai episode 140 bro..apa mcm?hahha,so cuti seminggu ni akan cuba dimanfaatkan sebaik mungkin untuk RM dan jugak analytical report yang tak siap lagi tu! haishhh..

Not bad stakat ni baru aku paham apa yang dimaksudkan dengan K-PoP..aku tak boleh nak ulas lebih2 pasal K-POP ni sebabnya ada jer peminat-peminat fanatik keliling aku..so kalau salah cakap mmg kena bash la aku...untuk jalan selamat,aku just peminat RM dan bukanlah K-POP.

Kepala pening sekarang ni,ini semua gara-gara gigihnya aku dgn kawan-kawn aku gi cari Burger Bakar Abg Burn kat Bandar Melaka..pekena burger daging kambing,terus miong kepala aku...ada darah tinggi kot..entahlah,,,tapi mmg pening skang..cukup kot stakat ni aku mengarut.. bai :D

Sunday, October 27, 2013

Coretan Dari Hati

Bismillahirrahmanirrahim

"Jika seseorang itu sering mengadu masalah di lama sosial,dia mempunyai masalah untuk mengadu dengan Allah"


Aku dalam keadaan speechless sekarang.
Tak ceria macam biasa
Sebab apa?
Sebab minggu dan hari yang 
aku tunggu dah pun tiba.
Masa dan saat yang aku harung
beberapa bulan yang lepas
nampaknya terpaksa aku
hadap lagi sekali.
Aku mungkin tak bimbang
bila perkara ni jadi kat aku,
tapi bila melibatkan orang 
yang terdekat dengan aku,
aku rasa lagi menyakitkan.
Walaupun mereka tak luahkan sepatah 
apa pun kat aku,aku dapat rasa
apa yang terpaksa mereka ditanggung.
Maaf,maaf dan maaf kerana 
menjadi patung dalam keadaan macam ni.
Aku cuba beberapa cara untuk bantu,
tapi nampaknya aku lagi lemah dari apa
yang aku sangka.
Aku hanya mampu berdoa dan mengharap,
akan datang solusi dan bantuan daripada Allah S.W.T.
Kerana Allah S.W.T. tidak akan menguji
hamba-Nya melebihi kemampuan 
hambanya itu.
Dalam pada itu,tidak memadai hanya mampu 
berdoa
tanpa berusaha kerana itu janji Allah S.WT.
Allah tidak akan mengubah nasib kita
melainkan kita berusaha.Insya-Allah.
Harap dipermudah dan dipertemu jalan yang benar.
Amin.

Saturday, October 12, 2013

Penah Jangka?

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum,salam diberi,
Bukan Niat Di Hati Mahu Menyepi,
Cuma jari malas macam nak mati,
Tu pasal blog sunyi  dan sepi.
Aku tak thu apa masalahnya sekarang sampaikan aku malas giler nak menulis(walaupun aku tahu berapa kerat je yang baca blog ni)..tapi kali ni aku gagahkan diri untuk menulis selepas hampir 3 bulan blog ni mati tidak bertuan..lagi pun post kali ni just edit sket draft post yang aku tulis masa raya puasa hari tu..lama jugak aku peram post ni..apa pun..terimalah sesuatu yang mungkin anda tidak jangka...


"Saya,Muhammad Imran Bin Zainal memohon maaf sekiranya sepanjang saya hidup dan bernafas,ada salah silap,terlebih gurau,salah kata,tersilap makan,atau ada yang kecil hati,amik hati,sakit hati dengan saya yang tah apa-apa ni,harap dimaafkan..bukan sahaja kesilapan yang lepas,tetapi kesilapan yang berlaku kini dan masa depan..hayat kita tak boleh dijangka,bila-bila masa sahaja kita akan kembali kepada-Nya..jadi diharapkan dengan segala kemaafan yang anda berikan,sekurang-kurangnya perjalanan saya tidak tersekat..Terima Kasih.

Baik,untuk entry kali ni,aku nak bongkarkan sesuatu yang mungkin selama ini kita ambil ringan...sebelum tu,tengok dulu video ni:



Kami bukan STALKER
Tapi Kami Ahli Silap Mata Yang 
Menyusun Puzzle Hidup Orang Lain
Untuk Kegunaan dan Kelebihan
Kami.

Thursday, July 11, 2013

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan Kareem

Bismiilahirrahmanirrahim..

RAMADHAN TIBA LAGI! Yeay! semestinya Ramadhan kali ni menjadi pentas untuk akak-akak yang kurang kurus untuk BERAZAM sekali lagi untuk diet di siang hari..semestinya diet itu berlaku di siang hari sahaja sebabnya apabila sampai jer kat bazar Ramadhan,tangan akan menyambar apa saja yang nafsu inginkan..hahahahah...nampak gayanya baju raya kena tempah pertengahan puasa disebabkan berat badan tak turun-turun..

Terawih merupakan solat sunat yang didirikan selepas solat Isyak..sama ada 8 rakaat diikuti dengan 3 witir ataupun 20 rakaat diikuti dngan 3 witir..waktu aku kecik dulu,memang rajin gi surau nak Terawih sebab surau dekat dgn rumah aku..lagipun terawih kan meriah masa 3-4 malam pertama..lepas abis buka jer,aku akan relax jap..then solat maghrib..lepas tu dh excited nak bersiap gi terawih..kecik-kecik dulu nakal..siap pakai baju melayu awal-awal,lepas tu kayuh basikal sebab nak pergi rumah mak cik jual jajan..aku bukan beli jajan pun,tapi pergi beli tikam..Astaghfirullahalazimm..kecik-kecik tak tahu benda tu judi..yang aku tahu seronok jer bile kna tikam..satu tikam 20 sen..kalau tikam tu tulis "TERIMA KASIH", monyok la muka aku masa tu..haishh..tobat wey...naseb baik la sempat tobat,kalau tidak sampai sekarang aku tikam sport toto..nauzubillah..

Aku ni selalu la jugak datang surau awal lepas main tikam..agak-agak lain clear tak ada orang,aku amik tikar,amik sejadah,bentang satu-satu...masa tu rasa seronok bentang sejadah surau sorang-sorang..orang lain pon tak ada...kalau di tanya sekarang kenapa aku suka bentang sejadar masa dulu,aku tak dapat nak jawab sekarang..entah la,tapi serius seronok..heheheh..mak angkat aku sebelah rumah tahu aku bentang sejadah surau..then nanti muncul la kata-kata positif a.k.a pujian untuk aku...rasanya aku masa kecik dulu jejaka idaman taman sebab bentang sejadah surau..hahahhahah...mohon simpan muntah anda..

Teringat jugak ada satu kali tu aku terawih kat masjid...biasanya dulu surau buat 11,masjid  buat 23..aku pergi dengan sepupu aku terawih kat masjid...punya la lama + penat..ada sekali tu,tengah sujud,sepupu aku tnya,"banyak lagi ke weh?" dalam tengah sujud tu la aku jawab"dh nak abis dah..sikit jer lagi" pastu terus buat muka tak berslah bangun tahiyat akhir..hahah..budak2 punya perangai...ada satu tahun tu aku terawih penuh satu bulan..then dapat anugerah daripada Emak tersayang Almarhumah Hajah Norizah bt Hj Jantan sebnyak RM17...masa tu seronok sangat bila dapat duit RM 17..tapi serius,Emak aku inspirasi aku masa dulu tuk rajin solat terawih dengan susun sejadah surau,,terima kasih Emak..Im tak pandai nak ucap sayang pada Emak dengan Ayah...walaupun dari kecik Im tak penah rasanya sambut Hari Bapa ataupun Hari Ibu tapi sayang tu tetap mekar berkuntum..cuma Allah jer yang tahu betapa besarnya perasaan ni..kesabaran Emak dan kasih sayang Emak mengalir dalam diri Im...Insha-Allah Emak,kita sekeluarga akan reunion bersama di akhirat..bersama Abang Im yang pertama yang tak sempat kenal erti dunia..tunggu kami di syurga Ya Emak,Abang...lagi satu,Im nak cakap:

"Emak, Im dah besar sekarang.. :'D "

Wednesday, July 10, 2013

Air Manis

Bismillahirrahmanirrahim....

Aku tak pasti sama ada nak kategori kan peristiwa yang berlaku kat kem Nasuha Pagoh ni kepada ; Malu,Sedih,Gementar,Gembira?

Tapi yang pastinya perasaan tu bercampur baur sebenarnya..

Citer nya mcm ni..ada satu malam tu,Malam Citra Puisi kalau tak silap aku...aku masa tu join team urusetia..aku "bidan terjun" team urusetia untuk menyajak malam tu..pom pang pom pang persembahan kelas CB semua termasuk sajak,Cikgu Urusetia panggil la semua crew urusetia makan roti canai dia belanja kat dlam satu kelas ni...

Then aku pun beratur la amik roti canai..dalam kelas tu bukannya ada kerusi,kalau ada pun meja untuk JL..then crew lain semua duduk bersila dan bersimpuh...lepas aku dah amik roti canai,aku pun apa lagi bersila la..tetiba Cikgu Zack panggil "Kacang! Meh makan kat meja ni."..sebelah Cikgu Zack ada kerusi kosong..aku cakap "Tak payah la cikgu,saya makan bawah"..."Mari".aku pun naik..bile sampai kat meja tu terus gugup...depan aku ada sorang wirawati.alamk..tak biasa la pulak makan dengan budak perempuan 'stranger' depan aku..kalau kawan-kawan yang rapat tak apa..berderau darah aku.. "Ada orang nak kenal" (lebih kurang mcm tu la ayat Cikgu Zack..tak ingat aku..maaf kalau silap)..aku pun jadi kelam kabut..letak pinggang,letak cawan atas meja tu..aku tertoleh ke kiri nampak Cikgu Shuhada(kaunselor)..baru 2 saat aku toleh kekiri..BOOOOM!!..air dalam cawan aku yang atas meja tu tumpah sebab tempat yang aku letak tu betul-betul tak stabil antara 2 meja..cawan tu pulak suka main-main..kalau nak tumpah tu,menghala la kat aku tapi dia menghala kat Cikgu Zack,apa lagi melompat Cikgu Zack terbangun...lagi la mengelabah aku depan wirawati tu...cepat-cpat aku capai tisu atas meja..tekap kan atas meja dengan lantai...aku terpandang kasut Cikgu Zack,perkhhhh..kasut kulit tu..naya aku kalau air tu tumpah kat kasut dia..naseb baik tak kena...ini semua sebab gelabah la ni depan wirawati tu..kalau aku duduk bersila atas lantai,tak jadi mcm ni..haishhhh..serius segan aku dengan Cikgu Zack,Cikgu Shuhada dengan wirawati tu..lepas lap,dalam dua tiga kali telan jer aku dh abiskan roti sekeping tu...malu punya pasal...tak abis-abis aku minta maaf dengan Cikgu Zack masa tu..segan ya amat...apa pun aku seronok simpan situasi gelabah malam tu dalam kepala aku...minta maaf yer wirawati..maaf,maaf..aku mmg gelabah sikit..hahahha : D

P/s: Gua rasa wirawati tu tak baca blog gua,jadi gua boleh sebut nama dia dalam ni..hehehe.. Wirawati Delta(WWD)  Shafiqah Abdul Rahman a.k.a Scha

Friday, July 5, 2013

Married

Bismillahirrahmanirrahim..

7/6/2013  1.35 a.m.

Banyak benda dalam kepala aku sekarang,cuma kali ni nak fokus pada satu isu iaitu "KAWIN"

ARE YOU KIDDING ME?!!
Tak,tak..aku bukan kata nak kawin sekarang,cumanya orang sekeliling aku nampak terkehadapan pasal aku...baru 19 kot..baru-baru ni,best friend aku masa sekolah rendah dari darjah satu sampai darjah 6 yang selalu dengan aku main bola kat taman, yang selalu pergi skolah agama naik basikal lalu tepi sungai sama-sama dah pun menamatkan zaman bujang dia dengan gadis pilihan hati ketika umur 19 tahun..bile aku sebut kawan aku yg sama baya dengan aku ni dh kawin,terus dalam kepala orang pikir lain then tnya aku, "ada kes ker?"...jawapan aku mudah jer... "KUIH BENGKANG HANG"..kenapa mentaliti masyarakat kita ni mcm ni?!!!belum boleh nak terima lagi isu-isu istimewa mcm ni..kenapa pandang negatif orang yang kawin muda ni? ingat bile dengar orang kawin muda je mesti dh berlaku perkara tak baik sebelum tu?mcm tu? abis tu mcm mna pulak untuk orang-orang yang dh terlanjur dan sampai dh beranak tak kawin-kawin lagi??? jgn bagi aku jawapan " Ala,biasa la..perangai budak tgu mmg teruk"...Sekurang-kurangnya,kawan aku yang kawin muda ni berani amik risiko,sanggup bekerja keras untuk kawin...hantaran pun lebih 1K..aku tak nak sebut berapa....dia jugak amik keputusan yang tepat untuk kawin daripada berterusan kapel tak tentu arah,duit dah abis ratus-ratus beli hadiah,belanja makan,bawak jalan,agak2 dh tak "sehaluan" katanya,pastu putus..abis,mcm tu.?YAKUZA LA wey!! (cari makna yakuza tu)

Berbalik semula kepada isu kawin..masa lepas abis akad nikah kawan aku ni,aku duk lepak la dengan sorang lagi kawan aku,then ada pak cik kampung aku mencelah,katanya "Kawan ko sudah,ko bile lagi?" aku cakap" Eh? lama lagi kot".."ko jgn eh?eh?..patutnya Insha-Allah..kawan ko dh bukak jalan"..aku pun senyum jer la bila dia cakap mcm tu..

Then bile hari majlis kat umah kawan aku ni,bapa angkat aku yang duduk kat sebelah rumah pulak dari jauh tengah mkan cakap, "Ko kalau nak belajar,belajar dengan Si Piee tu ha(nama kawan aku yg kawin tu Shafiee)"..makna "belajar" tu bererti "KAWIN"...aku speechless lagi..haishh




So keadaan sekeliling aku nampaknya menekan sikit..aku bukan apa,berat hati sebenarnya..memang tak biasa dengan keadaan mcm ni..yelah,dari dulu lagi aku dh elakkan secara keras gosip-gosip cintan cintun ni..sampaikan kalau ada khabar angin bertiup yg kaitkan aku dgn orang lain,aku buat dunno jer sampai la berita tu senyap..ada sekali tu masa form 3,boleh pulak budak-budak pompuan ni tnya terus terang, "Ko suka sapa?"..aku diam jer la buat muka mcm tak ada perasaan sedangkan setahun aku berperang dgn diri sendiri sebab crush aku sekelas dgn aku..Ada jugak sekali tu,mama (mak baru) aku tnya,"Ko dh ada makwa ke?kalau tak ada mama carikan"...arghhhhhh..punya la terkejut aku dengan statement tu!fuhh..ampun bnyak-bnyak..aku sendiri tak dapat bayangkan sekuat mana ataupun seberani mana aku kalau ada makwa nak kenalkan pada ayah dgn mama aku..serius aku tak dapat bayangkan keadaan tu..aku penah jer tengok sepupu aku bawak gf dia jumpa bapa dia...waktu tu pakcik aku cool jer..tapi bila aku letakkan diri aku dlam situasi tu,aku rasa mcm lagi baik aku suruh family aku terus merisik...better family bertemu family...

So,aku tak merancang perkara ni akan berlaku dalam masa terdekat cuma berserah kepada Allah dan dalam masa yang sama berusaha seiring dengan doa dan tawakal..mengharapkan Iman ni masih kental walaupun sekarang aku berdepan dengan putri-putri Kolej Universiti Islam Melaka tempat aku bekerja hampir setiap hari,,mmg dugaan yang besar sebenarnya...apa pun, jika umur ini masih panjang,aku harap penyusunan perancangan aku berjalan dengan sebaiknya,apa pun perancangan Allah juga yang terbaik..Insha-Allah.

Sunday, June 30, 2013

So Swetttt!! :'D

Bismillahirrahmanirrahim...


Aku tengah seronok-seronok scroll TL FB then terjumpa status ni..aku jadi tersentak dan rasa sedikit geli-geliman bro..ya,memang la aku tak ada pengalaman sebenar ber"kapel" dalam dunia yang fana ni,tapi aku terpikir,motif apakah status ni digembar-gemburkan? Kepada akak,abang dan adik-adik yang mempunyai kerja sekolah berlambak tak siap lagi tu,saya ni faham yang bercinta ni lumrah manusia..bak kata orang Cinta Itu Suci..Suci Dalam Debu  lagi bak kata IKLIM...tapi masalahnya sekarang,awat nya ampa duk canang sana,canang sini yang ampa ni semua tengah bercinta?! Ingat orang lain tak bercinta ka apa? For Your Information,tak ada sapa yang kesah sangat dengan percintaan ampa yang masih bersekolah dan penuh dengan homework tu...Nobody Cares





Bukan aku tak suka tengok orang bercinta ni..sukeee sangat,cumanya aku malas la nak tengok drama berepisod yang tk berkesudahan ni..kalau masa bercinta tulis macam ni:

"Titew c4yg aw4k c4ngat-c4ng4t. Jag4 titew s4mpai bil3-bil3 t4w"

Then bila kau bercerai kapel ko buat drama lain pulak:

"Titew t4u titew tak sempurn4 utk 4w4k..semog4 4w4k b4h4g1a dgn di4"
Perkhhhh!! Ringan aja tangan aku bile baca bnda-bnda yang sejenis mcm ni...der,gua tak penah cintan-cintun ni..tapi hampir tu ada dulu masa form 5,tapi gua nak bagi satu tip jer...Bercinta secara rahsia lagi seronok,sebab apa? Sebab simpan rahsia itu menyeronokkan..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...