Monday, April 1, 2013

#119 : Oh! Tak Sangka

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah,aku selamat sampai Melaka pukul 2 lebih tadi tadi dari Kem Pagoh...2 hari aku bertapa kat sana sejak 5 pagi Ahad sampai la tadi..sebenarnya,masa aku drive gi Pagoh pukul 4 lebih pagi tu,aku tak berapa nak sihat..kepala aku sakit giler..aku berenti R&R Bemban kejap sebab dah mmg tak tahan sakit kepala + nak muntah..waktu tu badan dah rasa melayang dah..tak boleh nak drive...aku relax kejap kat R&R tu..dalam 15 minit,aku sambung balik drive..Alhamdulillah,sampai jugak pagi tu..tak ada bnda yang yang jadi.

Untuk pagi tu,aku punya tugas ikut penyelaras kem pergi Stadium Kluang untuk uruskan pelatih Kem Hijrah dengan Kem Semarak(dua2 kem Pahang)..aku naik van denga TKL,Cikgu Zack,Ustaz,Encik Jeff,Cikgu Sukma dengan ada 2 tiga orang lagi..memang padat la kan van tu sebab 10 orang dalam tu...aku pulak duduk tengah2 antara Uztaz dengan En. Jeff..

Masa aku duduk sebelah En. Jeff ni la yang buat kan aku rasa hairan and tak sangka..selama ni dalam kem,bile sebut jer nama En. Jeff dengan Staff Ramli,boleh jadi kecut perut..tapi bila aku duduk sebelah dia..baru aku tahu sifat sebenar dia...En. Jeff ni memang peramah..bile aku datang kem jer menyibukkan diri,dia mesti tegur aku..senyum jer muka dia...

Masa dalam van,banyak benda yang berkaitan motivasi and kerohanian dia bagi tahu aku..antaranya la yang aku ingat :

1. "Kita bila buat kerja,niat ikhlas kerana Allah S.W.T"

2." Kau dah bertunang?"tnya dia..aku jawabla "Belum"..dia kata,,"Masa sekarang ni la kau kena doa banyak-banyak untuk dapat pasangan yang baik".."Kalau kita baik,pasangan yang kita dapat tu pun baik,kalau sebaliknya,dapat la pasangan mcm sebaliknya"(lebih kurang la maksud apa yang dia cakap tu)..."Lain la kalau Allah nak uji kita..,kita dah baik tapi Allah bagi kita pasangan yang tak baik"

Ada lagi satu bnda yang aku cuba ingat balik..tapi tak teringat apa yang dia pesan tu...ada lagi la beberapa perkara yang dia pesan cuma aku dapat tangkap dua tiga pekara jer..pastu bertukar topik pulak pasal JDT lawan Teganu aritu + TKL mencelah pasal MU lawan Sunderland..citer pasal Lahad Datu la,kepandaian bangsa israel laknatullah la...mcm2..tapi memang aku tak sangka bila dapat berbual dengan En Jeff and tahu sikap sebenar dia..orang kuat agama jugak dia ni...masa naik van pergi dengan balik Stadium Kluang..aku dengar En Jeff baca basmallah banyak kali...bagus dia ni..

Tulah..pengajaran jugak untuk aku..jangan menilai orang bnda yang buruk cepat sangat..malu diri sendiri jer nanti bila sangkaan kita tak betul


*p/s: Semalam ada beberapa orang kawan aku fly gi Ausiee dengan Jepun..malam ni lagi sorang ke Ausiee..kwan sejawatan dengan aku masa kat MRSM AG dulu..Alhamdulillah,rezeki korang..mungkin rezeki aku kat tempat lain..yang penting aku cuba tak kecewa walaupun jeles tersangat and usaha untuk degree nanti.. Insha-Allah

END FOR #119 : OH! TAK SANGKA



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...