Sunday, September 30, 2012

Lagu 31 Ogos (Part 2)

Bismillahirrahnirrahim...

AMARAN! Anda dilarang tuk baca post ni sekiranya anda TIDAK membaca lagi PART 1..haha


Hari kedua

Lepas semalaman aku duk pikir sajak mana yang aku nak pilih,last-last aku pilih sajak Lagu 31 Ogos..aku tak berapa nak reti eja nama penulis dia...sajak ni mcm patriotik sket la..so,boley la up suara tinggi-tinggi sket..

Habis jer berlatih silat,aku pun jumpa la JL aku cakap aku dh pilih sajak...aku mmg kayu sket bab bersajak ni..aku rasa orang yang bersajak ni jiwa dia lembut dan ala-ala romantik sket..aku lak jenis yang keras mcm kayu jati..mmg kayu la jadinya masa berlatih..yang jadi tak semengah nya,masa JL aku tunjukkan kan cara bersajak,aku boley pulak main-main kan dia..aku bukan ajuk apa,aku just buat mcm dia tunjuk,tapi bila mamat kayu buat mmg pelik la kan..hahah..rasa mcm mngingkar cakap cikgu pun ada..pastu dia suruh aku berlatih lagi..hafalkan sajak and tentukan gaya..

Duk sibuk hafal sajak yang tak berapa nak panjang tuk,aku tinggalkan kejap persembahan silat tu..alih-alih bila aku nak berlatih balik ,budak-budak ni cakap yang jurulatih aku (JL Harizan) dh ubah step silat..HAH?..masak la aku mcm ni...aku amik masa satu hari nak hafal step silat tu..alih-alih dah tukar jer?mcm mna aku nak catch up balik step tu..last2 aku stop latihan silat and focus kat latihan sjak..ada hikmah jugak aku tak truskan silat tu..tapi mcm kecewa jugak la masa tu..

Masa duk sibuk berlatih sajak,aku sempat jugak usha kumpulan-kumpulan lain punya wakil penyajak..yang sorang penyajak  ni budak skolah aku (Najihah Bahrain@ Labu)..sorang lagi tu budak skolah lama aku masa Form 1 sampai F3(Akmaliyah)..tapi aku tak berapa kenal la..yang satu lagi team punya wakil,sorang brader ni..umur atas aku.. Din tak silap nama dia..tapi dia ni sempoi..kepala mcm kitaorang jugak..BOTAK..ahha..so tak ada masalh nak join kitaorang yg umur bawah dia ni..

Masa undi giliran persembahan,aku dapat no 4..si Najihah Labu no 1..hahah..aku dh gelakkan dia gila2 bila dpt tahu dia kena perform yang pertama..memndangkan aku persembahan no 4,so aku ada masa nak hafal sajak tu lagi..sebab sampai ke malam persembahan aku tak hafal bnda sajak tu..haishh..

Malam tu,orang semua sibuk tengok persembahan...mmg warna warni la malam tu...selama ni tengok budak2 ni pakai baju biru PLKN,tapi malam tu semua pakai lawa-lawa..yang tak menahan nya bila ada budak Cina pakai baju Melayu siap songkok..yg pakai kopiah tak pikr pulak..dah mcm Melayu btol pun ada gak..hebat diowng ni..aku pulak masa tuk gi masa dalam kelas CB yg gelak and still lagi hafal sajak..masa tu aku dok pikir,mcm mna nak tarik audien dgr aku punya sajak..tiba2 datang idea yang tak disangka-sangka(Allah bantu masa tu)..aku plan,aku naik jer atas pentas,aku akan buat-buat baling sesuatu bnda kat atas...masa tu dalam otak aku pikir,aku nak tengok brapa ramai yang mata dia tengok atas padahal aku tak baling apa2..hahahah..aku rasa dengan komanden2 terkena sekali malam tu..

Berbalik kepada persembahan aku,aku buat persembahan yang paling lassssst sekali..masa yang aku rasa paling strategik tuk orang tido pasal dh malam sangat..aku pun just buat la mcm yang dirancang..scene baling bnda kat atas pun aku buat..and aku rasa ada jugak la segelintir orang yang terkena..hahah..sebab ada budak aku kata dia duk tengok kat atas apa bnda aku baling..padahal tak bnda pun..

Yang spoilnya pasal persembahan malam tu,aku boley terlupa ayat dalam sjak tu..masa tu aku tengah tutup mata,tiba2 tu terlupa pulak ayat seterusnya..dalam aku kata "Masak aku mcm ni"...tiba2 terpacul pulak ayat lain..ayat yang aku buat:

"Kita lupakan saja perkara lampau,
kita kuburkan kesialan lampau"

padahal yang sebenar mcm ni

"Kita lupakan saja hari malang,
kita kuburkan kesialan lampau"

tak kesah la...audiens masa tu tak tahu pun sajak tu btol salah..aku cakap apa yg terlintas jer dalam kepala aku masa tu...apa pun,Alhamdulillah..aku dh berjaya up satu tingkat dalam pengalaman hidup aku yang selama ni tak berani nak bersajak..walaupun sajak malam tu tak bunyi mcm sajak,sekurang-kurangnnya aku dah cuba..and aku rasa bnda tu sangat manis mcm lolipop :D

END FOR LAGU 31 OGOS (PART 2)

Lagu 31 Ogos (Part 1)

Bismillahirrahmanirrahim..

" Hari ini kita tidak menyanyikan lagu sedih,
kita lupakan saja hari malang
kita kuburkan kesialan lampau
ketimbunan sejarah lama

Hari ini kita nyanyikan suria cemerlang
kita puji bendera berkibaran di angkasa
kita nyanyikan kemakmuran negara
kita nyanyikan kemajuan nusa"

Aku mesti tersenyum sorang2 kalau baca ayat2 kat atas ni.. :D
Untuk pengetahuan semua,bait2 ayat kat atas ni merupakan potongan sajak..sajak tu tajuknya Lagu 31 Ogos..aku baca sajak ni masa competition malam Citra Puisi(klu tak salah la) masa kat Kem PLKN dulu..hahah...aku jadi bidan terjun tuk team urusetia baca sajak..jap,aku rewind balik apa yg berlaku masa 2 hari Kebudayaan tu..

Hari Pertama

Tuk modul Kebudayaan ni,kita orang di conduct 3 orang jurulatih luar and tak silap ada beberapa orng jurulatih(JL) PLKN...so, masa taklimat program ni,ada sorang jurulatih luar ni yg bagi taklimat..cara dia cakap mmg strict..aku dh mula tak suka dah bila dia letak peraturan mcm2..contohnya dalam persembahan tak boley ada scene anak derhaka...pastu,abis jer taklimat,dia bagikan kita orang pada 4 kumpulan..Kelas Pembinaan Karakter (CB) 1 jadi kumpulan satu,CB 2 jadi kumpulan 2,CB 3 jadi kumpulan 3...kumpulan 4 mana?..haaaa..kumpulan 4 ni special sket..kumpulan 4 ni nama dia kumpulan urusetia....kumpulan2 lain kena prepare persembahan tuk pertandingan tapi kumpulan urusetia ni dia kena tolong prepare majlis..buat persembahan pembukaan,sambut tetamu,siapkan bannner...

Tuk kelas CB 4 dan CB 5,budak2 tu kena buat keputusan sendiri..kena pilih sama ada nak join kumpulan 1,2 or 3...bila dengar mcm tu,aku dh bengang dh..aku nak duk dengan budak CB4 aku..bile tahu CB 4 aku kena pecah,aku amik keputusan adil..aku tak join kumpulan persembahan,tapi aku join team urusetia..aku mcm merayu kat jurulatih team urusetia(yg aku tak suka mula2 tu) tuk join team dia..last,aku dapat join team urusetia under persembahan silat tu sambut tetamu...(aku tak ada basic silat okay!bayangkan keadaannya)

Bila dh tak ada basic silat,aku pun just ikut jer la budak silat lagi 6 orang tu berlatih..mcm2 gaya yang aku tengok diorang buat..sebab diorang datang drpda silat yang berbeza..last2,diorang buat kputusan nak buat silat Bunga Tanjung..aku yg tak paham apa2 pun buat la ikut diorang berlatih..

Dah tengah2 berlatih,tiba2 sorang budak gegirl (Hazwani) dtng kat aku..

"Kacang,ko masuk sajak boley?wakil team Urusetia"...aku dh blur..tapi aku amik jugak la...pastu g jumpa dgn JL team aku..dia bagi aku satu buku and aku kena pilih sajak mana yang aku nak..hafal dalam masa satu hari setengah..dalam masa yg sama aku kena berlatih tuk silat yang aku baru kenal tu..waargghhh..stress aku masa tu.

*pnjng lagi aku nak citer ni..sambung part 2 la.. :D

END FOR LAGU 31 OGOS (PART 1)

Saturday, September 29, 2012

Lunaskan Rasa

Bismillahirrahmanirrahim..


Kecoh satu dunia bila trailer filem bodoh(maaf) Innocence of Muslim ni kluar kat youtube..tak silap aku demontrasi tuk tentang film banggang(maaf sekali lagi) mula kat Libya bila ada orang Islam kat sana serang kedutaan Amerika and duta Amerika ke Libya mati dlm serangan tu...

Rapat umum,demontrasi,saman,memorandum...hampir kesemua perkara tu dah dibuat tuk buang film tak guna ni dari youtube...tapi aku tak paham tang mana bodohnya(maaf) depa ni tak nak kluarkan trailer ni dari youtube tu...aku rasa,umat Islam tak touch pun nabi2 orang bukan Islam ni..kita tak ada nak pi ajuk jesus depa...buang masa kalau kami ni orang Islam nak buat bnda2 tu suma..tapi ampa pulak bnyak masa,bnyak duit nak buat filem murahan mcm ni..apa?dah puas makan roti ka kat umah?nak rasa makan maut ka?

Stop pasal penghinaan yg cuba disampaikan dalam cerita ni...yang aku nak komen pulak pasal sinematografi dalam citer ni...dah lah filem menghina,ditambah pulak dengan gambar yang murah...puii...serius aku cakap,
gambar dalam citer ni mcm budak2...sesuai tuk budak tadika ja tengok...taraf dia sama mcm cerita kancil dengan arnab kalau difilemkan...wey,boboiboy punya gmbr lagi lawa la...ko punya filem murahan..mcm budak2..

Nampaknya mereka saja jer nak bakar kita orang Islam...mereka seolah-olah tak sabar nak tengok kita panas..tak pa,la ni ampa punya masa...masa kami akan sampai tak lama lagi...jangan ampa kecut sampai menyorok belakang almari macam tikus sudah....

END LUNASKAN RASA


Wednesday, September 26, 2012

HUH?

Bismillahirrahmanirrahim...

Aku skang tengah dalam mood nak update blog...aku ingt nak tulis pasal satu trailer movie ni,tapi aku rasa mcm tak sesuai lak nak tulis skang..insya-Allah next punya post aku tulis pasal trailer movie tu...aku tengah
kumpul point nak hentam benda alah tu... aku mcm bersabar jugak la dengan trailer tu..aku rasa korang mesti tahu trailer apa yang aku nak citer ni....isu trailer ni tengah hangat giler kat dunia...pengarah dia sengaja nak jentik kita orang Islam..mmg mintak mati pengarah tu..

Stop pasal trailer tu,..tadi aku bukak surat khabar NST,tengok2 muka depan dia tunjuk keputusan pilihan raya kampus (PRK) tuk bbrapa Universiti...aku tak nak komen apa2 pasal keputusan ni,tapi aku boley senyum bila baca keputusan tu... : D


sapa yg paham dengan keputusan PRK ni? : D

END FOR  HUH?

Thursday, September 13, 2012

Jauhnya - - '

Bismillahirrahmanirrahim...

Demam aku nmpaknya dh makin meningkat..pastu masa lepas abis lab prinsip elektrik,aku plan nak g klinik pelajar UTeM...aku pun tnya kat budak2 ni

"Wey,klinik pelajar kat belakang dewan besar kan?tapi apsal aku nampak belakang dewan tu macam hutan jer"

Kawan aku cakap, " Memang belakang dewan,tapi kena pusing jalan jauh"

Aku dah jam bile dengar..mula2 nak pergi jalan kaki tapi jauh..last2 aku pinjam motor kawan aku ni..aku gi sorang...jalan pun jalan,perkhhhhh....jauh kot..naseb baik aku bawak moto..kalau aku jalan kaki pergi tadi,mahu tak sempat sampai aku kat sana dh collapes...haish...sampai2 jer kat kawasan klinik tu,aku tak nampak mana satu klinik..klinik pelajar yang sekarang ni just sementara jer pasal klinik yg real tak siap lagi..so,klinik yang ada ni letak kat kawasan umah dua tingkat yang ada kat dalam UTeM ni..

Sampai2 jer tengok klinik tutup dari 9.45 sampai 2 petang..adooooiiiyaiiii..masak aku mcm ni...so,aku pun blah la...tak boley nak buat apa2...yang tak best nya,hari semalam ada rumah terbuka raya kat Dewan Besar..memandangkan aku tak sihat,so tak ada mood nak jalan + makan..so melepaslah aku segala makanan yang ada kat dewan besar..dengar citer mcm2 ada..sate,kambing panggang,sup tulang,lemang..hadoiiiyaii..rugi aku..

Tadi,aku sempat g klinik pelajar..sampai2,trus aku g kaunter ubat pastu tnya "Kak,nak mintak ubat boley?"
kakak tu ckap,"tak boley dik,kena jumpa MA dulu"..so aku pun pergi daftar...lepas daftar,masuk dalam bilik MA..dia tnya sakit apa pastu dia check tekak aku..pastu dia guna bnda alah apa tu?steteskop(lebih kurang la ejaan dia) tuk check badan aku...masa dia check guna bnda alah tu,aku rasa mcm nak tnya jer pada dia..

"Encik,encik..apa bnda yang encik dengar kat badan saya ek?ada muzik ker?"

Tapi aku tak tnya la kan sebab mood tak ada masa tu..so MA tu pun bagi kad kesihatan aku pastu aku g amik ubat kat farmasi..masa kat farmasi tu,mata aku mcm tertarik dengan plastik bag ubat kat kaunter farmasi tu..aku pun sebat la satu tuk isi ubat..



END FOR JAUHNYA --'

Tuesday, September 11, 2012

Asal Ko Lambat Balik

Bismillahirrahmanirrahim...

Fuhhh...penat der hari ni...aku keluar dari umah UTeM kul 7 pagi and balik kul 11.40 malam..perkhhhhhh...giler la...lebih kurang 15 jam aku kat kampus induk hari ni....mcm2 bnda yang jadi..ada yang best,ada yang tak best

Yang Best :
-Lecturer FST yang baru, masuk kelas 30 minit awal daripada masa kuliah..kecut jugak aku kalau lecturer ni jenis yang garang..aleh-aleh,sempoi jer cara dia...boley gelak2 buat lawak...kenakan orang..so she is very coolio and Ohsem..

Yang Tak Best:
-Presentation software application aku hancur hari ni...bnyak bnda yang tak complete..aku paling tak suka bila tengok orang kecewa pasal keje aku...ya,mmg kebnyakkan keje aku tak perform seratus peratus,tapi bila jadi presentation teruk mcm td,aku dah tak boley terima bila tengok muka lecturer kecewa..tuk hari ni punya bad situation,aku rasa aku salah sepeuhnya sebab aku tak bertanggungjawab dengan kerja lecturer bagi..aku tak tahu mcm mna nak buat...pasal markah tu presentation tu aku tak berapa nak kesah sangat,tapi aku lebih peduli pasal assignment yang lecturer bagi tu...nmpaknya aku kena start balik dari awal dgn team aku tuk create balik presentaion tu..pastu aku serah jer la pada Allah berapa markah lecturer nak bagi..tapi serius aku salahkan diri sendiri bila orang lain kecewa dengan keje aku...aku mintak maaf sangat-sangat.. :(


So,harapnya,lepas aku tido malam ni,esoknya aku bangun dengan hari baru...


JAP,JAP..TADI AKU ADA PERASAN SATU POST NI!

UTeM akan menganjurkan Sambutan Eidulfitri 1433H pada ketetapan berikut:-

Tarikh : 12 September 2012
Masa : 9.45am - 1.00pm
Tempat : Perkarangan Dewan Besar, UTeM

Mari datang, makanan dan minuman pasti disediakan, jom datang beramai-ramai.

Harap maklum, TQ.


YEAY!!! Esok ada makan2 free kat Dewan Besar...dengar citer taun lepas makanan memang banyak,so taiun ni pun akan berlaku perkara yang sama gak la...hahaha..tak sabar nak beraya 'umah terbuka' Fakulti lain...FKE,FKP,FTMK...

STOP about Rumah Terbuka..ni aku nak post gmbr pemandangan dalam bas baru UTeM yang aku naik pukul 11.15 tadi...lwa sey bas ni waktu malam...tengah2 nak otw balik,ada pulak roadblock..naseb baik dia tak tahan bas yg aku naik tadi...



   UTeM Kampus Industri









aku tengah tak sihat sekarang ni..
harapnya sembuh cepat sebab banyak
benda yang nak disettlekan.. :D

END FOR ASAL KO LAMBAT BALIK?

Saturday, September 8, 2012

Notification Bersusun

Bismillahirrahmanirrahim..

Aku baru lepas update board reminder aku..perkhh..bnyak nya keje yg nak kena siapkan minggu ni.. --'


*P/s: Makin nak final,makin bnyak pulak assignment + report nak kena hantar..waaaaaa :'(

END FOR NOTIFICATION BERSUSUN

Berhantu Ker Der?

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah..aku baru sampai umah kul 12 tgh malam tadi dari umah pakcik aku kat Nilai(ada open house + doa selamat)..masa nak balik tadi,singgah jap kat RNR Seremban,pastu masa nak gerak balik Melaka,aku cakap "Ayah,ayah nak drive sampai mana?"..ayah aku tnya " Asal?ko nak drive?Drive la"..bile dapat jer lampu hijau,aku apa lagi,bertukar tempat duduk dengan ayah aku...mama aku dengan ayah aku duk kat belakang,aku dengan kakak aku duk kat depan...cuak jugak la sebab ni first time aku drive kete bawak ayah dengan mama aku..fuhhhhh..berpeluh aku dalam aircond

First,masa nak keluar reverse parking kat RNR tu,aku mcm himpit sket kete sebelah..dh la sebelah tu kete sport..tak silap aku Nissan Fairlady yg lama kot..nasib baik tak terlanggar kete tu..kat situ ayah aku dh warning dah pasal himpit kete tu dkat sangat..tapi aku relax jer la..kang kalau mggelabah lagi teruk agaknya..so,aku pun truskan la mendrive kete..masuk jer highway balik,aku dh start pecut..aku tekan minyak 80-110km/h...sepanjang jalan ke tol Alor Gajah,aku rasa mcm maintain jer aku bawak 100-110km/h..cuma ada certain time terlajak sket ker 130km/h..hahah..sory,tak sengaja..ayah aku pun tak cakap apa2 kat belakang,so tak yah nak komen la kata aku terlaju....aku just TERlaju okay...bukan sengaja cari pasal..tapi bila sampai jer kat bawah jambatan aku slow sebab before ni aku dapat petua..petuanya "Jangan Bawak Kete Laju Bawah Jambatan Highway Sebab Kat Situ Ada Kamera Perangkap Halaju"..so kalau korang lalu bawah jambatan highway,korang akan perasan yg kete-kete yg ada masa kat situ akan bergerak dengan sopannya bagaikan anak dara melintas depan bakal mak mentua..

Bila dalam kereta tadi,aku teringat masa zaman kecik2 dulu...ayah aku penah kenakan aku dengan adik beradik aku bila nmpak palang ni kat RNR:-

gmbr ni bukan kat RNR la..tapi certain RNR ada palang had ketinggian ni..

So,bile sampai jer kat kawasan palang had ketinggian ni,ayah aku akan cakap "Tunduk,tunduk..jaga kepala"..kita orang yang ada beradik-beradik yang kurang cerdik masa kecik ni pun tunduk la jaga kepala takut terhentak kat palang tu..padahal dalam kereta..palang tu pun jauh jarak nya dari bumbung..so lepas kejadian tu,aku terasa mcm dipermainkan jugak la..tapi apa boley buat,gelak jer la sebab kena prank dengan ayah sendiri...

Berbalik pada tajuk asal post aku ni iaitu BERHANTU KER DER?,ada bnda yang buat aku still mcm pelik bila aku drive kat highway...mcm ni,masa aku drive,aku dh try bawak selaju dan secermat yang mungkin..bila aku pandang cermin belakan,aku nmpak kete2 kat belakang aku clear jer..maknanya tak ada kete la yang cucuk belakang kereta aku..tapi bila aku tengok balik cermin belakang lepas beberapa second,bnyak pulak kereta yang ready nak lencong aku...berbondong-bondong tetiba muncul kat belakang aku...pastu,tak ada kete dah..beberapa saat pastu nmpak bnyak kete lagi..haisshhh...

BIASA LA TU BRO,,BILA ADA KETE BNYAK NAK LENCONG KO,MAKNANYA KO TU YANG BAWAK LAMBAT,BILA TAK ADA KETE KAT BELAKANG KO,MAKNANYA KO KAT BELAKAAAAAANGGGG SEKALI....

*Konklusinya tak ada yg misteri pasal kejadian tu,cuma aku jer yg bawak lambat(110km/h pun still tak laju :D)

END FOR BERHANTU KER DER?

Wednesday, September 5, 2012

Ko Ingat Ko Hebat?!

Bismillahirrahmanirrahim...

Tajuk post ni agak kelihatan dalam nada MARAH tapi sebenarnya tuk buat mcm menarik jer post ni : D

Tadi aku baru bukak blog si Ea..tengok2 dia dh update blog dia pasal lecturer baru dia(to EA: dh brapa lama agak2 ko tak tegur aku?hahha..demand)...bukak blog si Che Peanut,dia pun dh update pasal idea yang datang tak kena masa (rindu CB4 katanya..hahah)..so aku rasa mcm agak ketinggalan sket sebab tak update blog ni..(padahal baru ari tu update).. XD

Okay,pagi tadi aku ada presentation projek Fizik..projek kumpulan aku dapat : SOLAR OVEN...masa mula2 dapat projek ni,aku dh lega dh sebab masa form 4 dulu penah buat time Science Fair..so,dari segi konsep aku paham la cuma masa projek f4 tu,aku punya solar oven mcm haper jer...mcm nak tak nak buat jer...buat pun tak sungguh-sungguh..so tuk kali ni aku mcm dh sedia sket la...aku buat research sket kat youtube tengok mcm mna Mat and Minah Saleh buat solar oven diornag...yg Ohsemnya,ada Mat saleh tu dia uji solar oven dia masa tengah musim sejuk..ko bnyangkan sket mcm mna bnda alah solar oven tu nak panas?but dia berjaya gak and makanan yang dia letak dalam solar oven tu masak weyyy(tak silap aku ayam kot)

Masa presentation tadi mcm tak mnjadi sangt la sebab aku tak berapa nak prepare apa bnda nak cakap sebab aku dh readykan projek jer nak uji..naseb baik team aku dh buat slide show(credit to Syazwan)..so ada gak la bnda yg aku nak cakap..tuk report aku dh bahagikan pada Tan Keat An dgn Winda..thanks jugak tuk mereka sebab buat keje dgn baik...keje aku pulak complete kan projek tu bagi berfungsi..masa nak uji solar oven tadi,aku dh gegak dh sebab hari mcm mendung jer..tapi bila test, Alhamdulillah..suhu dia boley tahan la..47 darjah celcius...aku rasa kalau panas terik tadi,mungkin dh boley capai target 60 darjah celcius kot..cuaca hari ni mmg mendung..apapun,congrat tuk team Sucinda sebab solar oven diorang capai 52 darjah celcius..team Ikmal (42 darjah celcius),team Acap (30 drjah celcius)...congrat to them also..tak lupa gak tuk team yang buat projek Projector..aku mcm kaget jugak la sebab team projector ni boley buat mini projector guna kotak kasut...congrats to them.. CLAP,CLAP,CLAP...tu jer kot tuk post kali ni :D

*P/S : aku rasa mcm tak sedap hati pulak bila tak sebut benda ni sebab diorang sangat bagus hari ni.. Congratulation to Azfar,Din,Hazlamy,Akasha, tuk LCD projector yang bagi aku OHSEM sangat sebab bnda tu direka dengan sangat teratur,cantik and yang paling penting berfungsi dengan baik(aku sempat tengok susunan barang dalam projector tu bila Din bukak..sangat teratur)so,aku rasa aku patut jeles kalau team ni dapat markah tinggi sebab diorang betol-betol bagus..

serius aku jeles dgn solar oven team Sucinda
sebab masa uji suhu team diorang
matahari tengah terik..so mmg suhu 
tinggi la kan ..hahah..tak per,rezeki ko..


END FOR KO INGAT KO HEBAT?!

Sunday, September 2, 2012

I Hate When This Happen

Bismillahirrahmanirrahim....

Hye,saya kan baru balik dari program Intergrity Champion Challege MRSM SeMalaysia 2012 at MRSM GEMENCEH....program yang sangat OHSEM ni bermula pada hari Isnin (27.08.2012) dan berakhir pada Khamis (30.08.2012)..haishhh..tak sanggup pulak nak citer panjang-panjang pasal program ni sebab baru balik and sebahagian lagi roh aku tertinggal lagi kat sana...


Ni banner tuk program ni... tema TRUST: Rudiment Of Accountability


Yang ni pulak tag nama untuk Fasi-fasi...bagi aku warna dia sangat smart :D

Kami yang fasi-fasi ni dh sampai awal ke MRSM Gemenceh sehari sebelum program ICC ni bermula...yang lebih OHSEMnya, Fasi-Fasi ICC kali ni semuanya hebat sebab apa mereka ni sanggup bekerja keras dari pagi ke pagi untuk pastikan program kali ni berjaya dengan jayanya dan mendapat kejayaan...mereka tak kesah sangat pasal diri masing-masing..yang diorang pikir, 4 hari ni adik-adik peserta MRSM SeMalaysia ni dapat ikut program ini and balik ke maktab masing bukan dengan tangan dan minda yang kosong..

Memang dalam kehidupan ni sudah menjadi lumrah apabila berlakunya pertemuan akan pasti berlaku jugak perpisahan...so,selepas 4 hari kami fasi-fasi duk bekerja kat MRSM Gemenceh,dengan gelak tawanya,masalah yang kami duk sama-sama hadap,makan asam pedas + ikan bakar kat Umbai sampai tak larat nak bangun balik maktab,akhirnya pada pagi 31 Ogos 2012,kami semua terpaksa berpisah kerana kami mempunyai tanggungjawab serta tugasan lain yang perlu dijalankan dan diteruskan..apa pun harapnya perpisahan ni cuma sementara dan insya-Allah kita akan berjumpa lagi...begitu juga kepada adik-adik peserta ICC 2012,bagi diri aku sendiri,aku rindu nak kejar korang dengan healer : D

AKU MEMANG TAK SUKA BERPISAH DENGAN PROGRAM NI SEBAB AKU ENJOY
SEPANJANG ADA KAT MRSM GEMENCEH...thanks to MRSM GEMENCEH and also HELPERS..sejujurnya korang rapat dengan aku dan bnyak membantu aku..terutamanya pinjamkan aku sampin malam penutup..thanks a lot :D

P/S: Kepada Fasi-fasi,aku seronok bekerja dengan korang sepanjang program ni and aku rasa mcm satu family kita kat sana...mintak maaf sebab aku balik mengejut pasal bas MRSM Terendak datang mengejut..maaf sekali lagi :)

hajat aku tuk jadi fasi sejak taun lepas
akhirnya dah tercapai taun ni..Alhamdulillah..
thanks Allah...aku dah boley pejam mata 
and tido lena selepas ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...