Tuesday, November 23, 2010

Janji Perlu Ditunaikan:-Richard Branson Jadi Pramugari Air Asia.




















Janji WAJIB Ditunaikan.....
Itulah perkara yang perlu dilaksanakan oleh Sir Richard Branson iaitu pemilik syarikat penerbangan Virgin Atlantic Airways dan pasukan Formula Satu(F1) Virgin Racing.Jika kita imbas kembali saat sewaktu sebelum perlumbaan F1 bagi tahun 2009/2010 membukakan tirainya,kita akan dapati 2 orang pemilik syarikat penerbangan dan juga pemilik 2 buah pasukan F1 yang baru menyertai perlumbaan berprestij ini iaitu Datuk Tony Fernandes dari AIR ASIA (pemilik pasukan 1Malaysia Lotus F1 Team) dan Sir Richard Branson dari VIRGIN ATLANTIC AIRWAYS (pemilik pasukan Virgin Racing Team) ada membuat pertaruhan bagi membuktikan pasukan mana yang lebih baik bagi perlumbaan musim 2009/2010.Pertaruhan yang dimenterai bersama oleh kedua-dua belah pihak melibatkan perkara yang cukup besar tetapi bukannya berkaitan dengan wang iaitu pasukan yang mana-mana pasukan yang menampilkan persembahan yang lebih baik akan memenangi pertaruhan itu manakala pasukan yang menampilkan persembahan yang buruk akan menerima hukuman.Hukumannya adalah pemilik pasukan yang kalah terpaksa memakai pakaian Pramugari bagi syarikat penerbangan yang menang dan akan berada di dalam penerbangan bersama dengan para penumpang BERTUAH syarikat penerbangan yang menang itu.Selain memakai pakaian pramugari yang menawan itu,pemilik yang kalah itu juga perlu melayan para penumpang di dalam pesawat itu dengan bertanya kepada penumpang "Coffee,Tea or ME".Itulah yang harus dilakukan oleh pemilik pasukan F1 diantara 2 pemilik ini jika kalah dalam pertaruhan ini.

Baru-baru ini,telah disiarkan di dalam Berita Harian yang bertarikh 23 November 2010 bahawa pasukan 1Malaysia Lotus F1 Team menunjukkan persembahan yang lebih baik berbanding pasukan Virgin Racing.Ini bermakna Sir Richard Branson kalah dalam pertaruhan ini dan terpaksa menunaikan janjinya untuk memakai pakaian pramugari Air Asia dan terbang bersama pesawat Air Asia bagi melayani penumpang di dalam pesawat tersebut.Berikut merupakan petikan kata-kata Datuk Tony Fernandes yang diambil daripada akhbar Berita Harian:

“Tiba masanya Richard untuk mempersiapkan diri bagi tugas mencabar dan mungkin sepasang kasut tumit tinggi.”

Sir Richard Branson akan menjadi pramugari bagi penerbangan Kuala Lumpur-London yang tarikh serta masanya belum ditentukan tetapi kerusi bagi penerbangan tersebut akan dilelong dan hasilnya akan didermakan kepada tabung kebajikan yang akan ditentukan sendiri oleh beliau.

Inilah nilai yang perlu dibayar oleh Sir Richard Branson kerana bertaruh dengan Datuk Tony Fernandes gara-gara perasaan ingin menunjukkan siapa lebih hebat dan pastinya Datuk Tony Fernandes berasa lega kerana tidak perlu memakai pakaian pramugari syarikat penerbangan milik Sir Richard Branson.Dalam perkara ini terdapat baik dan buruknya juga.Yang baiknya adalah sifat yang ditunjukkan oleh Sir Richard Branson iaitu menunaikan janji yang dimenterai dan yang buruknya aku tak nak bagi tahu tapi aku nak korang pikir sendiri...tapi cuba bayangkan macam mana rupa Sir Richard Branson waktu pakai baju pramugari Air Asia...mesti kelakar habis..ahaahahah...tak pon lebih kurang sama macam gambar kat atas.Apapun pasukan 1Malaysia F1 Team telah menunjukkan kemampuannya untuk menjadi antara pasukan yang terbaik seiring dengan pasukan-pasukan lain dan Insya-Allah pasukan kita ini akan mnjadi pasukan pilihan bagi menjuarai perlumbaan yang berprestij ini pada masa akan datang.
Inilah saja tuk post kali ini......MY LIFE STORY.




Sunday, November 21, 2010

Datuk Lee Chong Wei Tewas Kepada Lin Dan di Final Sukan Asia Guangzhou, China 2010


Wira badminton perseorangan lelaki negara iaitu Datuk Lee Chong Wei tewas kepada seteru utamanya dari negara China iaitu Lin Dan pada perlawanan akhir badminton Sukan Asia di Guangzhou, China 2010.Aksi pada set yang pertama memperlihatkan kedua-dua pemain mempamerkan permainan yang begitu berhati-hati bagi mengelakkan kesilapan berlaku seterusnya memberikan mata percuma kepada pihak lawan.Tetapi set pertama berjaya dimenangi oleh Lin Dan dengan keputusan 21-13.Seawal set kedua bermula,Datuk Lee Chong Wei mula mengubah rentak permainan daripada permainan yang disifatkan sebagai berhati-hati pada set pertama kepada permainan yang bercorak agresif bagi menumbangkan Wira China tersebut dan seterusnya mengheret permainan ke set yang ketiga.Corak permainan agresif yang ditunjukkan beliau ternyata membuahkan hasil apabila memperoleh kemenangan di set yang kedua dengan keputusan 21-15.Pada set penentuan pula iaitu set yang ketiga memperlihatkan kemahiran sebenar Datuk Lee Chong Wei diuji dengan begitu kuat sekali apabila Lin Dan mempamerkan corak permainannya yang sebenar.Lin Dan menguasai rentak permainan dengan mengutip satu demi satu mata daripada Wira negara kita.Lin Dan meninggal Datuk Lee Chong Wei dengan jarak mata yang begitu besar iaitu 4-o pada mulanya.Seterusnya jarak mata diperbesarkan lagi kepada 8-1 sebelum menang muda dengan keputusan akhir 21-10.

Inilah lumrah bagi setiap pertandingan,ada yang menang dan ada yang kalah.Walaupun Datuk Lee Chong Wei tewas buat kali yang kedua di temasya sukan yang begitu besar yang diadakan di China di tangan Lin Dan,tetapi kita perlu berterima kasih kepada beliau kerana telah menunjukkan semangat dan kesungguhan yang tinggi ketika menghadapi seteru utamanya itu.Mungkin Lin dan nasib menyebelahi Lin Dan kerana mendapat suntikan moral yang cukup tinggi daripada jurulatih serta kelebihan bertanding di halaman sendiri dimana penyokong beliau yang hadir cukup ramai baginya menyerap seluruh kekuatan untuk memenangi perlawanan menentang Datuk Lee Chong Wei.Apapun kita perlu memberikan sokongan yang padu dan berterusan kepada Datuk Lee Chong Wei.Kami rakyat Malaysia mengucapkan SELAMAT MAJU JAYA KEPADA DATUK.

Ini sajalah tuk post kali ni mengenai perlawanan akhir badminton antara Wira Perseorangan Negara kita menentang Wira dari negara Tembok Besar yang aku tengok hari tu..Ternyata tembok besar itu masih kukuh dipertahankan oleh Lin Dan.Insya-Allah aku akn tulis lagi dalam blog ini pada masa akan datang.....MY LIFE STORY.

Thursday, November 18, 2010

Hari Ini Aku Demam



Hari aku bertarikhkan 18 November 2010,aku diuji oleh Allah S.W.T. dengan demam yang sangat teruk...sebenarnya aku dah berasa kurang sihat lebih kurang 2 minggu lepas(lepas jawap kertas Prinsip Akaun 2-hari Khamis)..tp aku dah makan panadol yang aku beli masa pergi semayang Jumaat..keadaan aku menjadi lebih teruk waktu petang Jumaat tu.Pikir punya pikir,aku buat keputusan nak jogging petang tu tuk kluarkan peluh...petang tu aku pon jogging la dgn beberapa orng kawan baik aku,,,kitaorang berlari pusing maktab..Alhamdulillah,aku sudah pulih sedikit lepas tu tp masalah lain lak yang datang...kaki aku rasa longgar pulak lepas lari 3 round non-stop(sapa suruh x turun riadah selalu)...berhari-hari kaki aku terasa longgar....lama la jugak nak baik...
Sewaktu hari terakir sekolah(Jumaat-12.10.2010) demam aku x der la teruk sangat..hari tu aku happy sngt sebab x sabar nak balik umah..petang hari tu ada majlis perkahwinan.Aku pon join la majlis tu tanpa amik peduli aku punya saket...sepanjang majlis perkahwinan tu berlangsung selama 3 hari(Jumaat sampai Ahad) aku x banyak membantu sebab aku bnyak menghabiskan masa tuk rehatkan badan sebab badan terasa lemah.Hari Ahad tu,waktu aku nak balik ke rumah dgn ayah aku,aku singgah jap kedai D'Mart kt depan umah aku tuk beli panadol soluble...Aku ingt lepas tu aku sembuh la tp tak rupanya...

Hari ini(18.10.2010) demam aku menjadi sngat teruk,mula2 x der apa2 tp dalam lebih kurang pukul 2 petang,aku diserang sakit kepala yang teramat sangat....kepala aku dah macam nak pecah...mata aku dah merah...aku rasa macam aku ni HARRY POTTER jer sebab sakit teramat sangat terasa kat dahi..aku call mama aku,tanya balik kol berapa sebab aku dah x tahan lagi sakit kepala...dia kata dia balik kol 6 petang..aku pon cakap x per la,aku cuba tahan saket tu...
tp susah jugak aku nak tahan saket tu...aku rasa dah macam nyawa2 ikan dh masa tu...mata aku dh meleleh air mata...aku amik kain,basahkan pastu letak kat kepala tp langsung x effect...last skali aku bukak kipas yang berdiri tu laju2,pastu letak muka aku kat situ.....pastu aku tertidur..

Dalam kol 8 malam,ayah,mama dgn adik aku bawak aku g klinik Srimas kat Cheng...sampai2 jer aku tengok orang tengh ramai...terpaksa aku tunggu(naseb baik waktu tu x saket sangat)..lepas dh lama tunggu,nurse panggil aku masuk...doktor yang berambut ala-ala askar pon check la aku...dia kata aku punya suhu dah turun dan dia x suspect aku ada penyakit kronik..dia bg aku ubat demam,antibiotik,batuk,selsema,dgn ubat tahan sakit...aku pon balik la lepas tu.....sampai kat umah aku makan nasi pastu teros makan ubat dan Alamdulillah,aku dah rasa baik sedikit....Tp yang pasti aku baik bukan sebab ubat tu tp sebab kehendak ALLAH S.W.T......semoga aku cepat sembuh..Amin.

Itulah kisah bagaimana aku dilanda dengan demam yang menjerat diri hampir 2 minggu lamanya....Kesimpulannya,apabila kita dah rasa badan kita tak sihat,cepat2 lah pergi jumpa doktor kerana mencegah itu lebih baik daripada mengubat.Tapi jangan lupa tuk memohon kesihatan yang baik daripada Allah kerana segalanya adalah kehendak-Nya....Itu saja tuk kali ini dan inilah blog MY LIFE STORY.

Monday, November 15, 2010

Majlis Perkahwinan Haji Nurzihan & Masyita-Part 1
















Majlis persandingan Merpati Dua Sejoli ini telah diadakan pada hari Ahad yang lalu iaitu bertarikh 14 November 2010 di rumah pengantin lelaki.Sebelum itu majlis pernikahan telah diadakan pada 12 November 2010 bersamaan dengan hari Jumaat yang mulia kira-kira jam 3.15 petang waktu Malaysia di rumah pengantin perempuan yang terletak kira-kira 3 kilometer dari rumah pengantin lelaki.Keesokkan harinya,bertarikh 13 November 2010 bersamaan hari Sabtu,telah berlangsungnya majlis persandingan di belah pihak perempuan.Kedua-dua mempelai mengenakan baju berwarna merah terang.Namun begitu,pengantin lelaki turut tidak ketinggalan menyarungkan pakaian ala-ala coat yang berwarna kuning pada badannya.Majlis di mulakan dengan perarakan kedua-dua mempelai diikuti oleh upacara melontar duit kepada kanak-kanak dan seterusnya majlis persandingan di atas pelamin.Pelamin yang menjadi tempat bersemayam kedua-dua mempelai juga berwarna merah terang seperti mana pakaian pengantin.Selepas upacara persandingan,pengantin telah di bawa ke meja makan untuk bersantap.Antara menu yang menjadi santapan pengantin dan ahli keluarga pihak lelaki adalah udang goreng yang dihias cantik,ikan goreng yang sungguh lembut dan beberapa menu yang tidak diingat.Tetapi kesimpulannya,makanan yang dihidangkan sungguh enak.Seterusnya,acara memotong kek perkahwinan diadakan.Kek yang disediakan juga berwarna merah terang bagi memberi persamaan kepada warna tema perkahwinan ini.Setelah selesai majlis makan,pihak pengantin lelaki memohon kepada pihak pengantin perempuan undur mengundurkan diri bagi mempersiapkan kerja-kerja yang masih berbaki bagi menghadapi tetamu yang bakal berkunjung ke rumah pengantin lelaki keesokan harinya.

Itulah antara peristiwa menarik yang berlaku semasa majlis persandingan di pihak pengantin pompuan..Itu belum citer lagi bnda yang menarik sewaktu majlis persandingan di rumah pengantin lelaki....tunggulah sambungan citer ini nnty...inilah blog MY LIFE STORY.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...