

Janji WAJIB Ditunaikan.....
Itulah perkara yang perlu dilaksanakan oleh Sir Richard Branson iaitu pemilik syarikat penerbangan Virgin Atlantic Airways dan pasukan Formula Satu(F1) Virgin Racing.Jika kita imbas kembali saat sewaktu sebelum perlumbaan F1 bagi tahun 2009/2010 membukakan tirainya,kita akan dapati 2 orang pemilik syarikat penerbangan dan juga pemilik 2 buah pasukan F1 yang baru menyertai perlumbaan berprestij ini iaitu Datuk Tony Fernandes dari AIR ASIA (pemilik pasukan 1Malaysia Lotus F1 Team) dan Sir Richard Branson dari VIRGIN ATLANTIC AIRWAYS (pemilik pasukan Virgin Racing Team) ada membuat pertaruhan bagi membuktikan pasukan mana yang lebih baik bagi perlumbaan musim 2009/2010.Pertaruhan yang dimenterai bersama oleh kedua-dua belah pihak melibatkan perkara yang cukup besar tetapi bukannya berkaitan dengan wang iaitu pasukan yang mana-mana pasukan yang menampilkan persembahan yang lebih baik akan memenangi pertaruhan itu manakala pasukan yang menampilkan persembahan yang buruk akan menerima hukuman.Hukumannya adalah pemilik pasukan yang kalah terpaksa memakai pakaian Pramugari bagi syarikat penerbangan yang menang dan akan berada di dalam penerbangan bersama dengan para penumpang BERTUAH syarikat penerbangan yang menang itu.Selain memakai pakaian pramugari yang menawan itu,pemilik yang kalah itu juga perlu melayan para penumpang di dalam pesawat itu dengan bertanya kepada penumpang "Coffee,Tea or ME".Itulah yang harus dilakukan oleh pemilik pasukan F1 diantara 2 pemilik ini jika kalah dalam pertaruhan ini.
Baru-baru ini,telah disiarkan di dalam Berita Harian yang bertarikh 23 November 2010 bahawa pasukan 1Malaysia Lotus F1 Team menunjukkan persembahan yang lebih baik berbanding pasukan Virgin Racing.Ini bermakna Sir Richard Branson kalah dalam pertaruhan ini dan terpaksa menunaikan janjinya untuk memakai pakaian pramugari Air Asia dan terbang bersama pesawat Air Asia bagi melayani penumpang di dalam pesawat tersebut.Berikut merupakan petikan kata-kata Datuk Tony Fernandes yang diambil daripada akhbar Berita Harian:
“Tiba masanya Richard untuk mempersiapkan diri bagi tugas mencabar dan mungkin sepasang kasut tumit tinggi.”
Sir Richard Branson akan menjadi pramugari bagi penerbangan Kuala Lumpur-London yang tarikh serta masanya belum ditentukan tetapi kerusi bagi penerbangan tersebut akan dilelong dan hasilnya akan didermakan kepada tabung kebajikan yang akan ditentukan sendiri oleh beliau.
Inilah nilai yang perlu dibayar oleh Sir Richard Branson kerana bertaruh dengan Datuk Tony Fernandes gara-gara perasaan ingin menunjukkan siapa lebih hebat dan pastinya Datuk Tony Fernandes berasa lega kerana tidak perlu memakai pakaian pramugari syarikat penerbangan milik Sir Richard Branson.Dalam perkara ini terdapat baik dan buruknya juga.Yang baiknya adalah sifat yang ditunjukkan oleh Sir Richard Branson iaitu menunaikan janji yang dimenterai dan yang buruknya aku tak nak bagi tahu tapi aku nak korang pikir sendiri...tapi cuba bayangkan macam mana rupa Sir Richard Branson waktu pakai baju pramugari Air Asia...mesti kelakar habis..ahaahahah...tak pon lebih kurang sama macam gambar kat atas.Apapun pasukan 1Malaysia F1 Team telah menunjukkan kemampuannya untuk menjadi antara pasukan yang terbaik seiring dengan pasukan-pasukan lain dan Insya-Allah pasukan kita ini akan mnjadi pasukan pilihan bagi menjuarai perlumbaan yang berprestij ini pada masa akan datang.
Inilah saja tuk post kali ini......MY LIFE STORY.
No comments:
Post a Comment