Saturday, August 25, 2012

Entry Ni Tidak Bertajuk

Bismillahirrahmanirrahim..

Astagfirullah,astagfirullah,astagfirullah...

Itu jer yang mampu aku sebut bila datangnya ujian Allah pada aku...plan nak buat post masa Ramadan tersangkut sebab tak cukup masa...then plan tuk buat post pasal Hari Raya full pun tak tahu boley buat ker tidak sebab sekarang ni keadaan sekitar aku tengah tegang...ingatkan bile dh datng nya hari raya,makin okay la sekeliling,last2 Allah bagi ujian lain pulak....kepala aku pun tengah pening nak mngadap semua bnda ni...aku tak terpikir masalah tu boley jadi sebesar ni dan seserius ni...orang lain yang salah tapi orang sekeliling terasa sekali masalah ni...aku ni dh tersepit sekarang ni... : (

Aku esok dh nak pergi MRSM Gemenceh sebab ada program Intergrity Champion Challenge kat sana..tapi dalam keadaan kat sini tak berapa nak okay,aku pun jadi tak tenang weyy..aku dh lama tunggu program ni..tapi mood aku dh lari sekarang..rasa malas nak kemas baju-baju nak bawak pergi sana...selagi bndani tak setel,aku mmg tak senang hati...nak makan pun rasa tak sedap sebab memikir mcm mna bnda ni nak bagi habis..masalah mmg tak boley disetelkan dalam keadaan marah...

Dah la...aku duk kenang bnda yang dah jadi pun bukan boley buat apapun..biar la depa yang setelkan masalah depa...kang cek masuk campur lagi susah...so,aku rasa nak truskan buat post pasal raya-raya aku yang lepas-lepas(tlong baca post selepas dalam nada loghat Kedah :D ):

Dari kecik cek mmg suka bila tiba hari raya...bukan apa,sebabnya bila raya ja,semua sedara mara cek balik kampung..malam raya memang meriah la sebab lepas maghrib ja,mula la buat pesta bunga api dengan mercun...Mak dengan Pok cek duk tinggai satu kampung...jadinya,cek mmg balik kampung raya kampung yang sama la dari kechik...untunglaa Pok cek sebab dapat kawin dengan orang sekampung yang lawa macam Mak cek hahah...bila sedara mara cek main mercun,cek tak join depa...cek masa kecik2 suka main bunga api ja..sebab cek takut mercun meletup kat tangan cek...tapi cek beranikan diri jugak main mercun...cek main mercun roket,naga,gasing,papan..mcm2 laie la(ni apahal termasuk loghat N9 lak ni --')

Lagi satu cek suka pasai raya ni,duit raya mestilah bnyak....cek dulu suka lawan2 sapa duit raya paling banyak dengan adik beradik cek...setahu cek,sampai la ni,cek tak penah menang duit raya paling bnyak..yang selalu menangnya mesti la kak cek yang first..la ni,adik cek yang bongsu pulak paling bnyak duit raya..sekarang ni ada RM 300 pada dia...bila dia tnya cek" Abg Im,duit raya ada berapa?"..cek kata " Seribu"...ya la..mana tak seribunya,PTPTN cek baru masuk...so mmg dia kalah la kan...

Masa cek darjah lima,cek pernah rasa raya sekali overLaut...masa tu mmg secara tak sengaja la rancangan tu di buat...Pok sedara cek kerja kapal terbang kat Mumbai,India..jadinya anak dia ajak cek duk ikut dia pergi sana sebulan..masa cek sampai sana,masih lagi bulan posa...so cek dapat la merasa puasa kat tempat orang....yang syahdunya,cek kena beraya jauh dari keluarga cek...tu yang cek tak tahan nanges tu bila dapat cakap dengan Mak cek dalam telepon malam raya...biasa la,budak darjah lima..kebetulan,taun tu Hari Raya dekat dengan Deepavali...so,kawasan yang cek tinggai tu mmg meriah la orang sana main bunga api sambut Deepavali...kat sana diorang tak panggil Deepavali..diorang panggil Happy Diwali..cek pun melayan jer la sana punya budaya.....

Esoknya cek pergi la solat Hari Raya..ingatkan nak pergi masjid kat sana,tapi penuh..so,orang yang bawak teksi tu antaq kami pergi kat tempat mcm dewan terbuka...kat situ kami solat...masa orang saya bagi khutbah,mmg cek dengaq terlopong ja la...bukan paham pun bahasa depa..masa duk dengaq tu,cek try la pakai jam sedara cek,tapi tak boley nak ketip besi dia..tiba2 ada sorang India ni,dia tarik tangan cek,dia ketipkan jam besi tu tuk cek..cek tengah tergamam masa tu,nak cakap "Thank you" pada dia tapi kelu punya pasai cek sebut "Terima Kasih"..tak kesah la..janji dia dah tolong cek..

Bila makin besaq,cek rasa makin kurang meriahnya hari raya ni..cek rasa start tak meriahnya Raya bila tahun 2008 arwah Mak cek meninggal...raya tahun tu yang paling janggal sekali..biasanya,bila pagi raya,kami adik beradik mesti salam Pok dengan Mak cek and dapat duit raya..tapi masa taun tu,pagi2 lagi Pok cek dh tak ada kat umah...rupa2nya dia awal2 pagi udah pergi kubur mak cek...jadinya kami jumpa dia kat umah nenek belah mak cek..start dari taun tu la raya cek kurang meriah sampai la ni walaupun cek dh dapat Mak baru(Mak baru cek baik sangat)...apa boley buat..cek terima semua yang jadi..apa pun,cek mengharap akan ada perubahan tuk raya yang akan datang..Insya-Allah...

    *balik umah nek aku semalam,terjumpa gambar budak ni.. SELAMAT HARI RAYA : D

Kecik-kecik dulu orang kata
"Budak kecik tak boley pegang duit bnyak2"
Bila dah besar orang kata
"Dh besar,tak yah duit raya"
- -' bila duit raya aku nak bnyak ni?

END FOR ENTRY NI TIDAK BERTAJUK

Monday, August 20, 2012

Insya-Allah

Start with Bismillahirrahmanirrahim...

Aku nak update blog ni tapi idea tengah stuck..sorry..Insya-Allah..dalam masa terdekat :D

Saturday, August 11, 2012

Alat Perpaduan

Start with Bismillahirrahmanirrahim..

Malam 5 Ogos tu,aku tengok kedai mamak kat kolej kediaman aku penuh orang tengok match badminton final between Dato Lee Chong Wei dgn Lin Dan...mmg berdebar la tengok set ketiga sebab dua-dua player kutip satu-satu mata...Bila aku tengok yang last skali,masa bulu tangkis DLCW keluar gelanggang,aku dh kecewa dh...terlepas pingat emas pertama Malaysia malam tu..yg aku tak boley tengok malam tu,bila DLCW terduduk kat atas gelanggang sebab kecewa..abis jer match,tiba2 ada yang start bertepuk untuk DLCW..satu kedai mamak bertepuk lepas tu untuk DLCW sebab kita orang tahu yang DLCW dh main bersungguh-sungguh...yg menariknya,bile aku bukak fb,ramai yg puji DLCW sebab main bermati-matian walaupun kalah...ramai yg bagi semangat tuk DLCW...then aku dpt tahu yg DLCW mintak maaf kat twitter..aku sempat printscreen tweet tu :


Cube tengok,berapa ramai yang retweets  tweet  " I'm sorry" DLCW....ramai yang kata DLCW tak perlu mintak maaf pada rakyat Malaysia sebab dia dh bersungguh-sungguh main malam tu...,pingat Emas tak penting lagi,tapi yang pentingnya DLCW dh menyatukan hati rakyat Malaysia malam tu..itu pingt yang paling berharga apabila hati rakyat Malaysia bersatu and boley duduk semeja tengok match tu...


Photo: We don't accept your apology, Dato Lee Chong Wei. Because you did bring Malaysians a golden moment.
Lepas abis match tu,ada terdengar komentator ESPN kata mcm ni :
Photo: ESPN commentator had this to say of him: "Lee Chong Wei is such a great guy, but Lin Dan is a bit arrogant. Skills win you medals, but attitude wins hearts.

"Skills win you medals,but attitude win hearts"-ESPN comentator

Tu satu penghargaan buat DLCW sebab tunjukkan attitude yg baik pada dunia daripada Malaysia..yg lagi bestnya bila aku jumpa bnda ni kat FB:

Photo: tahukah anda ??

Terima Kasih Lee Chong Wei. Terima Kasih kerana menjadi seorang lawan yang mulia kepada Lin Dan, dan Terima Kasih kerana menemani Lin Dan selama 10 tahun - Tanpa kemampuan Chong Wei, tiadanya kemampuan Lin Dan ; tanpa kegigihan Chong Wei, tiadanya kemajuan buat Lin Dan. Lee Chong Wei cicir Pingat Emas pertamanya tetapi beliau tidak Kalah. Kami merasai kesedihannya. [Kongsi] Bila bersorak untuk Lin Dan, jangan Lupa Lee Chong Wei. Kedua-duanya pemain yang hebat

#cardunk-2 gua benci dye, cardunk-2 gua respect dye

Translate :"Terima Kasih Lee Chong Wei. Terima Kasih kerana menjadi seorang lawan yang mulia kepada Lin Dan, dan Terima Kasih kerana menemani Lin Dan selama 10 tahun - Tanpa kemampuan Chong Wei, tiadanya kemampuan Lin Dan ; tanpa kegigihan Chong Wei, tiadanya kemajuan buat Lin Dan. Lee Chong Wei cicir Pingat Emas pertamanya tetapi beliau tidak Kalah. Kami merasai kesedihannya. [Kongsi] Bila bersorak untuk Lin Dan, jangan Lupa Lee Chong Wei. Kedua-duanya pemain yang hebat"



Aku mcm kagum jugak la bila baca status tu..aku try tnya kawan Cina aku,btol ker tidak translate tu..dia kata betul..so aku mmg kagum la dngan semangat sukan diorang...selama ni aku mcm tertanya-tnya apa yang boley menyatu padukan manusia and lastly aku dapat yg SUKAN alat perpaduan yang terbaik setakat ni 



END FOR ALAT PERPADUAN

Maaf

Start with Bismillahirrahmanirrahim...

Maaf,maaf,maaf...blog saya meng"invisible" kan diri sekejap sebab bnyak bnda tak settle seminggu and dua minggu lepas..fuhh! akhirnya settle gak meeting aku kat Jalan Duta KL Sabtu minggu lepas..aku bertolak dari Melaka-KL hari Jumaat petang..aku amik bas Delima pukul 3 setengah(kakak aku yg tlong belikan tiket sebab aku tak pandai nak cari tiket kat Melaka Sentral)..so,3.30 aku pun gerak la ke KL naik bas tu..

Aku tak penah g KL naik bas sorang2..so,time atas bas tu ada sorang auntie(bukan amoi taw..haha) duk sebelah aku...perjalanan makan masa 2 jam,so aku pun tak tahu nak buat apa...aku pun bukak la citer KL gangster kat enset aku..agak2 dh boring,pasang lagu pastu tido..ZZZzzzzzz...

Pukul 5,aku pun sampai la kat Terminal Bersepadu Selatan(besarrrrr gilerr TBS ni)....kakak aku dh tunggu aku kat sana...pastu kita orng gerak g office kakak aku sebab nak amik kawan dia..pastu kita orang terus g Jalan Duta and berbuka kat sana..

Dalam pukul 8 lebih,kita orng gerak g Menara Institut Integriti Malaysia(kt sini aku meeting)...kat IIM ni mmg ada sediakan bilik tuk aku..so,sampai2 jer terus aku amik kunci pastu check in...masa bukak pintu bilik tu,terkaget la aku kejap....fuiyooo..cantik seyy bilik dia bagi aku...serupa mcm bilik hotel tuu...ada 2 katil tapi aku dok bilik tu sorang..yeay!!..aku dh terbayang nak terlelap awal dh...tapi kawan aku kata malam tu ada meeting..aku ingtkan kejap,sekali tu abis kul 1.30 pagi..aduyaii...malam tu aku tido kul 2..

5.00 pagi

Jam aku dh bunyi time ni...aku mmg set kul 5 sebab nak bngun sahur...aku pun dgn mamai nya keluar bilik turun tingkat 6 tuk amik makanan sahur...pastu naik balik tingkat 13,makan kat bilik...sahur yg disediakan pagi tu nasi goreng..apa lagi,makan jer la rezeki yg ada depan mata tu...pastu menunggu la sampai subuh..
time lepas subuh tu,aku sempat bukak tv tengok Dato Lee Chong Wei lwn Cheng Long separuh akhir Olimpik...DLCW menang pagi tu..pastu aku smbung tido sampai kul 7 lebih..Pukul 8 lebih,meeting real pun start...masing2 dipecahkan dalam group and pikirkan rancangan aktviti tuk program kita orng ni..aku pulak sibuk buat keje aku(tak ada la sibuk mana pun)..pukul  11 lebih,pengarah program buat ucapan and after that presentation setiap kumpulan pun start...lama jugak la presentation tu...kita orng abis dalam pukul 5..then aku pun packing barang tuk balik Melaka..

Lpas meeting,aku tak terus balik Melaka..kakak aku bawak aku pergi bazar Ramadan kat Damansara...kat sana mmg berbeza sket la dari segi harga makanan...kat situ makanan mcm mahal sket..tp bnda yang sama jer yg dijual...nasi goreng,murtabak,nasi lemak,donut....aku malas nak beli bnyak2..aku just beli nasi goreng dgn ayam goreng..pastu kakak aku bwk g tempat Rasta(tak silap la) tuk buka kat sana dgn kawan2 dia)..

Abis jer makan and maghrib,aku gerak balik Melaka...kakak aku kata,lepas ajer masuk tol,dia suruh aku drive..perkhh..excited aku dgr...lepas jer masuk tol,aku drive balik Melaka...mula2 bwak 80 km/h jer..pas kakak aku kata lambt aku bawak,terus aku tekan minyak 110-120km/h....first time bawak kete kat highway..excited gak la..dengan gelap malamnya + silau....naseb baik kete tak bnyak masa tu..kalau jammed,tak larat aku nak hadap...jauh jugak la KL-Melaka..tapi excited nak drive punya pasal,rasa mcm kejap jer dh smpai..apa pun Alhamdulillah sebab selamat sampai...sampai jer kat umah,aku dh penat..baru rasa mcm mna penatnya orang bawak kete jauh2..terbanting aku lepas tu sampai sahur..

sapa kenal dgn logo ni?

END FOR MAAF
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...