Malam 5 Ogos tu,aku tengok kedai mamak kat kolej kediaman aku penuh orang tengok match badminton final between Dato Lee Chong Wei dgn Lin Dan...mmg berdebar la tengok set ketiga sebab dua-dua player kutip satu-satu mata...Bila aku tengok yang last skali,masa bulu tangkis DLCW keluar gelanggang,aku dh kecewa dh...terlepas pingat emas pertama Malaysia malam tu..yg aku tak boley tengok malam tu,bila DLCW terduduk kat atas gelanggang sebab kecewa..abis jer match,tiba2 ada yang start bertepuk untuk DLCW..satu kedai mamak bertepuk lepas tu untuk DLCW sebab kita orang tahu yang DLCW dh main bersungguh-sungguh...yg menariknya,bile aku bukak fb,ramai yg puji DLCW sebab main bermati-matian walaupun kalah...ramai yg bagi semangat tuk DLCW...then aku dpt tahu yg DLCW mintak maaf kat twitter..aku sempat printscreen tweet tu :
Cube tengok,berapa ramai yang retweets tweet " I'm sorry" DLCW....ramai yang kata DLCW tak perlu mintak maaf pada rakyat Malaysia sebab dia dh bersungguh-sungguh main malam tu...,pingat Emas tak penting lagi,tapi yang pentingnya DLCW dh menyatukan hati rakyat Malaysia malam tu..itu pingt yang paling berharga apabila hati rakyat Malaysia bersatu and boley duduk semeja tengok match tu...
Lepas abis match tu,ada terdengar komentator ESPN kata mcm ni :
"Skills win you medals,but attitude win hearts"-ESPN comentator
Tu satu penghargaan buat DLCW sebab tunjukkan attitude yg baik pada dunia daripada Malaysia..yg lagi bestnya bila aku jumpa bnda ni kat FB:
Translate :"Terima Kasih Lee Chong Wei. Terima Kasih kerana menjadi seorang lawan yang mulia kepada Lin Dan, dan Terima Kasih kerana menemani Lin Dan selama 10 tahun - Tanpa kemampuan Chong Wei, tiadanya kemampuan Lin Dan ; tanpa kegigihan Chong Wei, tiadanya kemajuan buat Lin Dan. Lee Chong Wei cicir Pingat Emas pertamanya tetapi beliau tidak Kalah. Kami merasai kesedihannya. [Kongsi] Bila bersorak untuk Lin Dan, jangan Lupa Lee Chong Wei. Kedua-duanya pemain yang hebat"
Aku mcm kagum jugak la bila baca status tu..aku try tnya kawan Cina aku,btol ker tidak translate tu..dia kata betul..so aku mmg kagum la dngan semangat sukan diorang...selama ni aku mcm tertanya-tnya apa yang boley menyatu padukan manusia and lastly aku dapat yg SUKAN alat perpaduan yang terbaik setakat ni
END FOR ALAT PERPADUAN

No comments:
Post a Comment