Monday, October 29, 2012

Terharu :')

Bismillahirrhamanirrahim..

Tadi ada sorang junior aku kat MRSM AG add aku..aku pun g la usha wall dia...pastu saja2 la komen kat status kawan aku ni..pastu tengok2 balik,junior aku komen seperti di bawah ini : )  


Hahaha..rasa mcm terharu la pulak bila dia cakap "berkat kene mrh ler sye jdi pelajar yg brdisiplin tau"...actually,aku tak berapa ingat budak ni yg mana satu..tapi kira okay la dia ingat aku penah marah dia pasal lmbt masuk prep...aku tak berapa nak ingat sangat sapa yg aku marah sebab ramai yg kena marah dengan aku masa kat AG..haha

entah la..aku mmg ada sikap berkeras dgn orang bab disiplin bila aku pegang jawatan..mcm sekolah rendah pengawas,and masa form 4 & 5 LDP..tapi aku tak ada la 24 jam mcm tu..aku ada masa gak boley huha huha dgn budak bilik aku..aku boley duk lepak dgn roomate aku minum milo dgn nescafe satu cawan and borak sampai kul satu pagi...bukan nak belajar pun masa tu..duk borak bnda kosong..gelak2..pastu agak-agak dh tak ada modal,semua pakat2 tido..haishhh..seronok nya masa tu..

aku tak berapa ada bnda yg menarik sangat la kat AG sebabnya bnyak masa aku habis bertekak dengan budak-budak yang kategori pailang..jadinya aku bnyak konfrontasi dgn budak2..pagi2 buta lagi aku dh bikin panas ketuk pintu kosongkan asrama.. yg best and masa yang sangat gembira ialah kat dalam bilik+kelas...kat kelas boley jer gelak sesuka hati,buat bnda yg bukan-bukan..tapi kat luar kelas,aku dh start dgn muka serius,suara tegas..hahha..tak bley bla la masa tu..aku boley berubah muka dalam masa bbrapa saat jer...

entahla...yang mana perkara baik yg berlaku kat AG dulu,aku boley simpan,and yang buruk pun aku boley simpan sebab semua bnda tu sejarah and boley dijadikan bahan gelak tuk masa and generasi aku masa depan,Insya-Allah kalau ada rezeki kat situ..

END FOR TERHARU :')

Friday, October 26, 2012

Bola Naga

Bismillahirrahmanirrahim..

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 2012 semua!!

Hari raya korban taun ni jatuh hari Jumaat,,so kaum2 adam akan berasa agak lemau sket pasal kena dengar 2 khutbah,,hahaha..tapi jgn anggap benda tu terpaksa,,,yg kita tak suka tu kadang2 manfaat dia lagi besar berbanding dgn bnda yg kita suka...

Aku ingt lagi masa kecik2 dulu..aku kurang gemar kalau2 hari raya sama ada aidiladha or aidilfitri jatuh pada hari Jumaat,Sabtu and Ahad...aku tak brapa gemar hari raya masa Jumaat sebabnya seperti di atas la..tapi tuk hari Sabtu dgn Ahad ada sebab yg menarik..hehehe..jap aku story..

Kampung aku biasanya bila solat raya,dia akan start pukul 8.30 pagi..so masa dulu aku ada satu kampung jer pasal mak ayah aku kan sekampung...pagi2 raya biasanya family aku mesti singgah umah nenek aku dulu pasal biasanya pak cik makcik aku akan berkampung kat situ dulu pagi raya and then berkonvoi g masjid jalan kaki..sebab keduanya aku g umah nenek aku pagi tu ialah confirm-confirm la nak sebat duit raya drpada pakcik2 aku..pagi tu buat la muka tersenyum-senyum depan depa...ko bayangkan dalam masa satu pagi sampai la abis solat raya aku boley kumpul bnyak duit raya,,,pasal family belah mak aku besar..sekarang ni pun sepupu aku dh cecah 40 lebih..ko bnyangkan la mcm mna pening ker idak pak cik makcik aku nak bg duit raya..tapi kanak ribena mcm aku jer la yg dapat....

Atuk belah mak aku,dia ni bekas Imam kampung,,jadinya bila pagi raya,,dia mesti pergi masjid awal sebab nak takbir raya..kalau aku pergi masjid nak solat raya,jgn harap la nak jumpa atuk aku ni kat tngh masjid ker apa..port dia mesti kat depan sekali...so biasala,pagi raya ada orang lead takbir guna microphone...biasanya yang lead takbir ni orang yg duk saf paling depaaaaannnnnn sekali...jadinya,masa ikut takbir raya,aku duk meneka ni suara orang yang lead takbir ni...time tiba turn atuk aku yang lead,bukan main suka+bangga lagi..biasa la,,siapa tak bangga suara atuk sendiri berkumandang satu kampung..hahah

Berbalik pada sebab kenapa aku tak brapa gemar raya hari sabtu or ahad ialah kebiasaannya solat raya tempat aku akan mula 8.30 sperti mana yang aku cakap tadi and then lepas solat raya ada khutbah...khutbah tu start dalam lebih kurang 8.50 or 9.00 pagi something la...so,bila abis jer solat raya,aku dh mula resah...aku dah tak senang duduk dah asyik pandang jam....pasal apa?pasal dulu masa aku kecik2 citer Dragon Ball start around 9pagi or 9.30 pagi..aku pun tak ingat dah...aku jarang miss citer 7 bola naga tu..jadinya kalau khutbah abis lambat,aku akan terlepas citer tu dan rasa menyesal tak sudah..tu yg tak duduk diam dalam masjid masa khutbah raya..haa,,begitulah ceritanya...


  Keluarga SuperSaiya!


END FOR BOLA NAGA

Sunday, October 21, 2012

BADAR UTeM Osem 2012

Bismillahirrahmanirrahim...

aku dok belek2 fb td..terjumpa pulak video ni kat wall kawan aku....jemputla tengok..moga2 ada manfaat..







END FOR BADAR UTeM OSEM

Critical Thinking Driver

Bismillahirrahmanirrahim...


There's a story about how Dr. Albert Einstein was traveling to Universities in his car , delivering lectures on his theory of relativity. During one journey, the driver remarked " Dr. Einstein, I have heard you deliver that lecture about 30 times. I know it by heart and bet I could give it myself."

"Well, I'll give you the chance", said the Dr. "They don't know me at the next University, so when
we get there, I'll put on your cap, and you introduce yourself as Dr. Einstein and give the lecture."

The driver delivered Einstein's lecture without any mistakes. When he finished, he started to leave, but one of the professor stopped him and asked a complex question filled with mathematical equations and formulas. The driver thought fast. "The answer to that problem is so simple," he said, " I'm surprised you have to ask me. In fact, to show you just how simple it is, I'm going to ask my driver to come up here and answer your question".




END FOR CRITICAL THINKING DRIVER

Saturday, October 13, 2012

Sapa Kata?

Bismillahirrahmanirrahim....



Kalau dulu,artis pompuan tak nak bertudung sebab takot tak ada job tuk artis pompuan yang bertudung...la ni tengok Shila Hamzah yg bertutup litup ni menang Asian Wave baru-baru ni...ingt!tak ada sapa yang boley kata bile tutup aurat,job tak ada..rezeki semua datang daripada Allah...kalau tutup aurat dengan sempurna,berganda-ganda kelebihan dapat...dapat perlindungan Allah,maruah terjaga...terhindar drpda perkara-perkara yg tak baik..tapi semua bergantung pada kekuatan diri sendiri..aku pun tak boley nak kata bnyak pasal aurat pompuan ni sebab nnty takut ada yg kata "Kau Boley La..aurat Lelaki just atas pusat sampai bawah lutut jer,cuba ko jadi mcm kita orang yang pompuan ni"..bab tu aku kalah la kan..apa pun,mcm sejuk jer tengok artis pompuan yg berhijab..lepas ni tak boley la nak bg alasan lagi ikut fashion artis yg tak tutup aurat sebab contoh artis yg berhijab dh ada...semoga dipermudahkan penghijrahan yg sangat penting ni tuk semua..termasuk keluarga aku sendiri..

*please luangkan masa sket tuk tengok video kat atas ni...video kat atas ni sngt OhSeM sebab Malaysia diiktiraf oleh masyarakat luar..peminat-peminat kat Asian Wave anggap Shila Hamzah mcm artis sendiri.. tu yg hebatnya wanita berhijab bernama Shila Hamzah(tengok smpai habis penyampaian hadiah taw..walaupun dia cakap mandarin masa last-last)

tengok persembahan lagu mandarin Shila Hamzah 
and ko akan paham apa maksud aku
"Jika kita belajar bahasa asing,kita akan menguasai
 Bangsa kepada pemilik  bahasa tersebut" :D

END FOR SAPA KATA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...