Thursday, March 28, 2013

#118 : Kacang Vs Almari

Bismillahirrahmanirrahim..


Beberapa minggu yang lepas aku kena buli dengan housemate aku..banquet punya housemate :D




Apa-apa pun yang berlaku tahun ni,kena sumbat dalam almari ker...kena perli ker.kalah lawan FiFA 12 ker...kena apa pun lah,aku bersyukur pada Allah S.W.T. sebab  kurniakan aku kawan-kawan yang sempoi kat UTeM terutamanya housemate aku..bab mengutuk,perli semua tu bagai dah biasa dah..kau perli aku,aku perli kau..apadahal..kita lelaki..kita ni kurang sket simpan dendam bile gaduh..abis gaduh,abis kutuk,abis la lepas tu...lain la girl...kalau bergaduh,boleh jadi dendam sampai lepas kawin...masam jer muka tu bile bertembung..cuba la rendah kan hati sket mintak maaf bile gaduh tu wahai girl-girl sekalian...ke aku salah kali ni pasal isu girl bergaduh sampai masam muka berkurun-kurun lamanya?Mungkin sesetengah aja yang mcm tu kot..aku kena positif sket..hohohoho

Kepada kawan DEN FKEKK yang sama dengan aku,aku ucapkan SELAMAT BERCUTI PANJANG SELAMA 5 BULAN bermula APRIL sehingga SEPTEMBER 2013...aku doakan semuanya akan baik-baik sahaja kat kampung masing-masing...jangan main mercun buluh,jangan merempit,kurangkan merokok kat kampung..tolong Atuk Nenek bersihkan reban ayam...kurangkan bershopping sebab PTPTN pun dah abis..semoga dipanjangkan umur dan berjumpa lagi untuk TAHUN 2 SEM 1..Insha Allah..

*P/s: UTeM nak selaraskan kemasukan Diploma dan Degree masa bulan 9..so sebab tu aku cuti lama..kalau tidak,bulan 6 aku dah masuk balik sama mcm Diploma Universiti lain..so,dah terjawabkan kenapa aku cuti lama?hohohoho...jgn tnya lagi..penat aku nak menjawabnya..aku ni dah mcm kena gantung universiti jer bila cuti sampai satu SEM  : D


END FOR #118: KACANG VS ALMARI

Thursday, March 21, 2013

#117 : Berpaling Tadah

Bisnillahirrahmanirrahim...

            Kalau post sebelum ni aku ada kata aku nak ulas pasal post aku hari tu,kali ni aku ubah fikiran sepantas bunyi bergerak..aku ubah fikiran,aku ubah semula laluan dan fahaman aku..aku rasa masa yang sangat sesuai untuk kembali BERPALING TADAH...masa yang sesuai untuk mengentalkan diri,meningkatkan ego dan mungkin juga mengkhianati diri sendiri sementara waktu..aku harap pengkhianatan ni  tak lama..bukan saja-saja untuk menumbangkan diri sendiri tapi hanya untuk cari semua perkara-perkara yang aku tinggalkan dulu..untuk lebih fokus ke hadapan...dan yang pentingnya,mengharapkan ada nilai aku ni di atas dunia ni dan akhirat sana..Insha-Allah.. 

"untuk dapatkan sesuatu yang lebih baik,pergorbanan kunci utama"


*p/s: minta maaf atas beberapa perkataan yang dilihat kasar...nampak kasar,tapi itulah perkataan yang paling tepat.

END FOR #117 : BERPALING TADAH

Tuesday, March 12, 2013

#116 : Short Post Lagi! Pemalas!

Bismillahirrahmanirrahim..

Satu lirik lagu lagi tuk short post..tak nak ulas panjang pasal lirik ni tuk masa ni...next post baru ulas kot..Insya-Allah :D


Bersaksi cinta diatas cinta

Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do'a



Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman



Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata



Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu



diistikharah cinta..



END FOR #115 : SHORT POST LAGI! PEMALAS!

Thursday, March 7, 2013

#115 : Putih Putih Melati

Bismillahirrahmanirrahim...


Siapa bilang aku seperti dia
Siapa bilang aku cintai dia
Sesungguhnya aku tak benar2 cinta
karna kau tak seputih melati
kalau ada hitam pasti ada putih
jika hatimu kelam tk mungkin bersih
tak usah kau lanjutkan tuk berbagi kasih
karna kau tk seperti melati ohhhh
putih2 melati
merah2 delima
siapa yg baik hati
pasti ku terima ahhh…
*P/s : short entry

END FOR #115 : PUTIH OUTIH MELATI

Sunday, March 3, 2013

#114 : Rojak Buah Satu!

Bismillahirrahmanirrahim..

Aku tempur hari-hari yang huru-hara minggu lepas...kehuru-haraannya bermula di sini:

 Isnin:-

Aku ada kelas Technical Communication...dalam kelas ni ada consultation pasal proposal yang setiap kumpulan kena buat..satu2 group kena present depan lecturer..bayangkan la satu-satu group kena basuh pasal kesalahan dalam proposal...lama giler hari tu rasanya..pukul 5 lebih baru aku dapat balik dalam keheningan hujan yang baru lepas lebat...malamnya pulak kena siapkan lakaran PCB board..mcm nak giler cuba betulkan connection wire dalam ARES..last2 give up..naseb baik kawan serumah ada lakaran lebih..

Selasa:-

Pagi tu buat mini project tuk Engineering Workshop(EW)..kalau malam semalamnya dh giler buat lakaran,hari ni kurang sket kegilaannya..pasal pagi ni kena buat real PCB board..kat lab Program Sarjana Muda(PSM) ni ada technician yang sememangnya baik hati..oppsss..sebelum tu,aku nak bagi tahu something..lecturer yang mengajar EW ni namanya Encik IMRAN....nama technician dalam lab PSM ni pun nama ENCIK IMRAN..dan nama pelajar untuk EW ni pulak PUN IMRAN...adoyai..sepanjang sem ni tuk kelas EW ni aku kena bahan jer pasal nama sama dengan guru-guru ni...aku terasa mcm membayangkan masa depan aku peringkat demi peringkat...pelajar->technician->lecturer....yang memburukkan keadaan aku dalam kelas ni bila nak guna ID password dalam komputer lab EW ni..Nama ID dah cantik dah,MAKMAL..bile ditanya passwaord tuk ID komputer tu,selamber jer lecturer aku sebut KACANG...HAH!?? first time dengar,aku pikir aku silap...telinga tersumbat..budak2 kelas aku pun terkejut..pastu dia ulang lagi password tu KACANG..perkhh..kena bahan aku lepas tu...serius beb,aku tak terlibat apa-apa dengan konspirasi makmal and subject EW ni...serius aku cakap...

lepas buat mini project,petang ada Test Lukisan Kejuruteraan...naseb baik test tu tak menyiksakan pasal aku ada la jugak basic LK guna komputer sket-sket..

Rabu:-

Pagi tu ada lab Computer Programming..mcm biasa la..aku amik kepakaran aku ja dalam lab tu..aku tak pandai nak buat programming,jadinya aku buat lab report..partner aku sorang lagi buat la programming tu

Lepas tu,ada lagi Technical Communication...kali ni aku dah ready..kalau lecturer basuh team aku,aku cuba tuk defend..masa kena consult proposal tu ada la jugak rasa tegang suasana kejap..dalam sekali dua..sebab mcm dh nak giler kot buat proposal pastu kena basuh..team aku kira bernasib baik la jugak tak banyak masalah..team yang lain dh berapa kali kena reject buat balik..tak ke penat..tapi tak pa..berguna tuk masa kerja skill proposal ni nnty..kami paham objektif lecturer..

Petangnya ada test Computer Programming..mcm hape aku jawab tah...aku mmg tak berapa minat dengan subjek ni.

Khamis:-

Lega sket hari ni..kelas start kul 11 pagi bermula dengan programming...lecturer bagi jawapan tuk test semalam..apa yang mampu aku buat,tunduk dan salin jawapan sebab segan tak boley jawab test semalam..hancus..pastu pukul 2.30 bersambung dengan TITAS..yang ni aku syok sket pasal ada presentation..malam sebelumnya aku dah mcm nk giler buat montaj tuk presentation TITAS ni..dari pukul 10 lebih malam sampai ke pukul berapa tah,aku stop kejap main FiFA12 sebab tekanan video aku buat rosak..pastu pukul 2.30 aku sambung balik buat video sampai pukul 6 pagi...tak tido sebab excited nak buat video..lepas solat Subuh bari aku mati kan video tu tok step terakhir..pastu baru aku tido sampai 10 lebih(kelas kul 11 la katakan)..aku pun present la video tu dengan muka blur pasal tak cukup tido

Jumaat:-

Test Prinsip Electronic pukul 3.30...Alhamdulillah..aku dapat jawab walaupun awalnya aku blur..tapi Alhamdullillah,aku senang hati petang tu.. :D mcm tu la ceritanya..bercampur-campur keje aku..

*P/s: aku nak upload video yang aku buat tu..tapi kondisi broband tidak mengizinkan :(



END FOR #114: ROJAK BUAH SATU!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...