Saturday, January 26, 2013

#107 Tangan Atau Kaki?

Bismillahirrahmanirrahim...

Hye..saya kan tengah berfacebook tadi..pastu saya jumpa bnda yang ubah mood saya..arghhh!!ko nak PENANGAN KER PENGAKI?what the..

sory la,aku tak berapa nak minat sngt masuk campur hal rumah tak bertangga orang lain..tapi bila jadi bnda yang agak tak berapa nak sedap bile tengok,aku jadi mual la pulak...aku terjumpa satu status yang buat aku pikir, " Gila bayang ker apa budak-budak ni?"...beb,hang tu bukan artis, hang tak perlu la nak heboh satu Malaysia yang hang ni tngah angau bercinta...aku rasa tak ramai yang peduli(kang kalau aku kata tak ada orang peduli silap la pulak)..adoyai..beb,kalau hang bercinta,hang rahsiakan daripada orang lagi manis beb..sebabnya simpan rahsia itu seronok...

oooooooooooopppppsss....jap2,mana status yang aku jumpa tadi?ni haaa..



komen yang balas status ni aku tak nak salhkan la...mungkin dia just bergurau..tapi yg status tu....dua jer tanggapan aku masa baca status ni

1.Mmg tgh angau bercinta
2.Forever Alone

END FOR #107 TANGAN ATAU KAKI?

Tuesday, January 22, 2013

#106 Gilakah?

Bismillahirrahmanirrahim...


aku just nak kongsi jer picisan lawak troll ni(bgi yg ada sense of humour jer yg akn paham)..mmg bnyak beza antara kawan biasa dengan kawan baik......

"Kawan BAIK tidak akan membenarkan kita buat perkara-perkara yang GILA.....BERSEORANGAN"
 :D
P/s: aku kagum dengan sikap perokok sebabnya walaupun kadangkala seseorang perokok tu tak kenal antara satu sama lain,tapi bila nak pinjam lighter,mesti dapat punya dari perokok yang satu lagi...mungkin tu salah satu perkara positif yg boley kita ambil dari sikap perokok...maybe

END FOR #106 GILAKAH?

Monday, January 21, 2013

#105 Petai Madu

Bismillahirrahmanirrahim..

aku rasa entry ni tak bnyak perkataan kot..tapi bnyak gmbr yang aku nak tunjuk masa kat aku jadi anak MARA@MRSM AG student :D

 Gmbr ni di snap secara curi2 oleh Mai Chaiyok(musuh ketat aku kalau bertekak,,tapi dia baik :D)
credit : Mai Chaiyok
 Yg duduk pakai cermin mata tu Atok(sebab dia nmpak tua :D)

ni kawan2 aku kat MRSM AG..walaupun kadang2 diorang sakit aty dgn aku punya cakap,tapi still baik dengan aku..sory buddies :D
Dari kiri: Firdaus@Sodd,
 Muiz(BWP Kebajikan),
 Zull (roomates TERBAIK-baju kuning),
Mike(baju-hitam,orng yang paling penyabar dgn panas baran aku),
Ikram(baju merah-idea dia kadang kala luar kotak)


pejumpaan Homeroom untuk bagi baki duit Homeroom...seriusly aku rindu dgn budak2 homeroom aku..diorang sngt caring walaupun mcm biasa aku yang bikin onar dgn panas baran aku dulu..
lagi satu aku rindu,baju Melayu hitam yang aku pakai tu...hilang la pulak masa kenduri kat umah aku...sangat ralat

jamuan raya akhir F5..aku seludup masuk pistol tu disebalik jawatan EX-Lembaga Disiplin Pelajar
: D


Mmg lumrah hidup manusia ni yang kurang hargai bnda yang ada depan mata and akan duk sibuk gila kenang balik benda lama...
Kalau dulu aku duk panas baran kat MRSM AG bukan sebab saja2 suka2 tapi sebab kan aku terikat dengan tugas LDP tu..dh jadi LDP,tak boley la berlembut sangat..so,mungkin itu yang jadi penyebab aku dulu selalu marah tak tentu hala...aku mintak maaf sangat pada kawan2 aku yang mungkin penah kena dengan aku...tapi bila abis jer tempoh jawatan tu,aku jadi mudah bergaul and fleksible...tapi aku tak serius 24 hour...aku kira bertindak ikut masa..and aku boley dikatakan Pak Lawak jugak kat dalam kelas dgn dorm...aku rasa aku semakin baik dalam mengawal panas baran ni sebab sekarang dh lebih matang and semestinya TUA :D

P/S: Kenapa entry nama Petai Madu? Sebab lepas pahit ada manis...pfffttt....tak ada kaitan..hahahaha
END FOR #105 PETAI MADU


#104 Semua Lelaki Sama!

Bismillahirrahmanirrahim...

Esok aku ada 2 kuiz..Engineering Workshop 2 dgn Calculus(baru aku ingt cikgu addmath aku ckap yg calculus ni susah --')..so,aku amik masa kejap nak update blog ni sebab mcm excited pulak nak ulas pasal tajuk ni..

LISTEN! LISTEN! LISTEN!!

ni apa pulak masuk bab LISTEN! pulak ni?adoyai...baru aku teringat yang aku aritu nak menjawab Isu : LISTEN ni tapi rasa mcm membenakkan kepala pulak aku nak judge mana antara SW1M(Suara Wanita 1 Malaysia) atau pun ahli PSM (Parti Sosialis Malaysia)..jadinya aku amik sikap berkecuali tuk kemukakan pendirian walaupun aku berpihak kepada yang matang dan bukan nya tergopoh gapah bagai+ emosi...

satu frasa aku nak bagi:

"Kalau kita dah SEDIA nak MENGHENTAM orang dengan soalan,kita pun kena BERSEDIA kena HENTAM balik"

aku sendiri penah kena hentam kot tahun lepas dalam satu majlis yang ada beratus-ratus orang bile aku hentam soalan pada orang yg bagi talk tu...so adil la kan,kalau ko boley hentam orang dgn soalan,ko pun kena hentam balik dengan jawapan..so jaga emosi...kalau tak nak kena hentam,duduk diam2..

STOP! cukup rasanya bnda yg aku nak ulas pasal LISTEN! tu...

Berbalik pada tajuk,penah tak dengar ada girl  sebut " SEMUA LELAKI SAMA!"..biasanya ayat ni kluar bile girl tu baru lepas clash dgn pakwa dia or pakwa dia ada girl lain...and lagi satu mungkin sebabnya ada lelaki yg cuba amik kesempatan pada dia..

Soalan aku :

1. Kalau semua lelaki sama,kenapa girl amik masa nak memilih?
2. Kalau semua lelaki sama,mcm mna pulak dengan ayah,abg,adik lelaki girl tu?Sama ker perangai mcm tu?
3. Kalau semua lelaki sama yang girl tu jumpa perangai tak berapa nak elok ,siapa yang salah sebenarnya?

Tuk soalan no 1 and 2,aku rasa aku tak ada jawapan sebab aku lelaki...yang layak jawab bnda ni girl yang kata " SEMUA LELAKI SAMA!"...tapi tuk soalan yang no 3 aku rasa aku ada sikit jawapan...

Okay,bila seorang girl jumpa berulang kali lelaki yang perangai tak berapa baik,suka amik kesempatan atau cari girl lain @ " play wood three"(main kayu tiga), kat mana yang silap?untuk aku,aku hala kan kesalahan ni pada girl tu...sebab???

1.Girl tu mudah sangat cintan cintun  or berganti-ganti pakwa...mana la tidaknya dia asyik  jumpa lelaki yang kurang baik kalau dia sendiri ganti pakwa selang 6 bulan sekali..
2.Etika pakaian dia..mananya lelaki tak amik kesempatan kalau benda tak patot nmpak depan mata dia..
   pastu salahkan lelaki kata miang,gatal...AK ko..(sory kasar sket bg sapa yg paham)

Aku rasa ni jer point yang aku nak letak...tak berapa nak menjadi aku nak letak bnyak point sebab takot bnyak yg tak relevan..TAPI, TAPI,TAPI....aku serahkan soalan ni semula pada GIRL yg rasakan SEMUA LELAKI SAMA! untuk jawab...Dah CUKUP baik kah pihak pompuan ni MENJAGA diri MEREKA?  Kalau CUKUP, in shaa Allah aku rasa tipis perkara mcm ni nak terjadi...aku bukan la sapa2 nak jatuhkan hukuman baik buruk orang sedangkan diri sendiri pon terumbang ambing...aku just bagi apa yang terkilas dalam kepala and depan mata..kalau ada yg rasa tak sedap and selesa,aku Minta Maaf...


*ada status kawan aku minggu lepas tulis
"aku tak penah jumpa pompuan baya2 aku yang tak pernah kapel"(lebih kurang)
aku jawab balik: "ADA JER"

END FOR #104 SEMUA LELAKI SAMA!






Monday, January 14, 2013

#103 Akhirnya Sempurna

Bismillahirrahmanirrahim..

Errmm..waktu aku tgh tulis entry ni,badan aku tengh menggigil kesejukan...aku tngah terkejut sekarang sebab aku rasa aku dh dapat jawapan tuk carian yg aku buat selama ni ..ibaratkan epal yang jatun atas kepala Isaac Newton yang kemudian menjadi titk kepada perubahan subjek Fizik masa kini..aku yakin yang aku dh betul2 jumpa jawapan tuk persoalan kali ni..mmg mengejutkan!

 Tepat pukul 11.57 malam 14/1/2013 aku btol2 jumpa something yg menjawab perkara ni...bile aku recall balik apa yg berlaku sebelum ni and aku cantumkan cebisan-cebisan maklumat ataupun grafik-grafik yg aku selongkar kat internet,akhirnya aku dh jumpa apa yg dicari tu dan sememangnya perkara tu yang dikehendaki...entry kali ni mmg cukup kompleks tuk mereka yg ambil ringan apa yg aku tulis..tapi tak apa,malam ni Allah SWT telah tunjukkan dgn jelas pada aku yang teori aku selama ni bnyak yang salah dh malam ni aku jumpa jawapan yang btol..

Badan aku still menggigil sekarang ni.....aku tak tahu apa sebenarnya yg buatkan aku tak henti menggigil lagi...aku mintak maaf sebab kesilapan yang lampau....sangkaan yang meleset,gangguan yang aku buat  sebelum ni,pesanan yang tidak diundang dan mungkin menggangu masa dan juga ruang sempit...mungkin jugak perasaan tidak senang atau dgn kata mudah 'memualkan' terpaksa dihadapi oleh sesetengah mereka yang terlibat..aku mintak maaf sekali lagi...memang kesilapan ni tak nmpak sebelum ni sebabkan terlalu yakin dgn teori awal yg aku buat...yang pasti aku cuba terima dgn baik jawapan yang berbulan-bulan lamanya aku tunggu ni..

Kata-kata,tulisan serta grafik-grafik yang begitu mudah memenuhi kotak bukti yang selama ni aku kumpul...perkara lampau yang berlaku sama ada baik atau buruk tidak wajar dibuang oleh kita semata-mata mahu terus pacu ke hadapan kerana memori lama itu akan menjadi bukti,bahan rujukan serta pembimbing yang akan membakar hati serta minda kita supaya tak berulang lagi....cita-cita boley diletakkan di tempat yang tinggi,tetapi harapan tidak boleh sebegitu melainkan diiringi dengan usaha yang tak pernah kenal erti kalah dan niat yang tidak pernah beralih ke arah yang salah...

Sekali lagi,aku mintak maaf....aku tak tahu berapa lama aku boleh pulih...tapi yang pastinya,kesilapan aku yang buat aku kalah dan aku mmg ternyata salah...aku mintak maaf sangat-sangat...aku mintak maaf..Insya-Allah,segalanya akan okay selepas ini dan mungkin aku akan lebih berhati-hati dalam melakukan teori serta agakan yang melibatkan perkara sebegini...aku jugak LEMAH...aku mintak maaf

END FOR #103 AKHIRNYA SEMPURNA


Wednesday, January 2, 2013

# 102 : Motor Oh Motor

Bismillahirrahmanirrahim..

Aku tgh dilema skang ni..hahah..aku nak beli motor sebab senang sket nak gerak gi mana2...tak ada la masa kat Utem tu aku nk tunggu bas bile kelas abis atau kelas cancle...satu jam kot masa terbuang bila nak tunggu bas atau terlepas satu bas...haish..btol2 bnyak masa aku terbuang tunggu bas...jadinya aku dh plan nak beli satu motor yg biasa2 jer...tapi aku tengah tak tahu nak pilih motor apa..alamak aiii..masalah btol la..

Ni senarai Motor yg aku dh aim :

1.Sym 110  - RM 3K
2.Modenas CT 110 - RM4K
3.Yamaha Lagenda 115zr - RM 5K

mula2 mmg la pikir nak amik SYM jer..pasal murah lagi la banding dgn Modenas + Yamaha..tapi aku dok pikir pulak pasal ketahanan motor tu...kalau amik Yamaha,mungkin tahan lama + sparepart senanag dapat..hurmmm..dilema-dilema..motor mana la yg aku nak beli ni.. :(


END FOR #102: MOTOR OH MOTOR
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...