sambungan:-
90 darjah ke arah barat....
DUM!!!!(bukan mercun tau)
Pintu dewan terbuka dengan tiba-tiba.....suasana dewan yang riuh rendah sebentar tadi menjadi sunyi sepi seperti berada di dalam rumah mayat....Di muka pintu itu berdiri lah 3 tubuh yang cukup bergaya...mereka terus berjalan melalui kapet biru yang dibeli di Astana Moda,Melaka yang sudah terbentang di hadapan mereka.....Tiba-tiba terdengar satu suara yang sayup-sayup.......
Bocha : Mengumumkan ketibaan VVIP kita, CIK HAJAH JAMILAH BINTI ISMAIL!!!! semua tetamu diminta berdiri
Semua tetamu berdiri sambil bertepuk tangan.....(mcm mana bunyi orng tepuk tangan ha??)
Ummi syakirah : Terima kasih kepada semua tetamu...tetamu jangan duduk dulu...kita akan mulakan majlis kita pada
malam yang cukup sejuk dan mengigil ini dgn bacaan doa..dipersilakan papa kesayangan kita iaitu
Papa Ruz untuk menjadi pendoa hari ini...dipersilakan....
Papa Ruz : ehem2.....testing,testing...ehem..Assalamulaikum semua....
Tetamu : waalaikumusalam.....
Papa Ruz : Baik! semua anak2 serta para guru, sila tadah tangan mcm saya ya....kita nak mendoa sebentar..
bukan mcm tu Zainul!!! eeehhhhh!!! itu pon nak kena ajar ker???ingat semua...kita nak berdoa ni..
apabila berdoa kita perlu berdoa bersungguh-sungguh agar doa kita diterima oleh Allah S.W.T...
bla..bla...bla.....bla..bla....(ceramah)
5 minit kemudian....
Papa Ruz : bla....bla...bla....(tak abis lagi)
10 minit kemudian
Papa Ruz : bla...bla...bla....(sket lagi cermah nak abis)
Naqib : agak2 bila kita boleh makan???dh lama dia brcakap tu...
Afiq Botak : makan??hari ni hari thaipusam kan?kita makan depavali nnty.....
Papa Ruz : Baiklah anak2..kita baca doa sekarang...Bismillahirrahmanirraim...(berdoa)
3 minit kemudian
Papa Ruz : Walhamdulilahirabbilalamin,,,Amin
Tetamu : AMIN!!!!!!!!!!!
Bocha : Seterusnya majlis diteruskan dengan nyanyian lagu-lagu patriotik iaitu mcm biasa Negaraku,
Melaka Maju Jaya dan Lagu Sekolah...semua tetamu sila mengadap ke tiang bendera..
Alif L : eh???ada nyanyi ea??tak ada tulis pon dalam aturcara.....ko ingat tak lagu telok mas nazmi???
Nazmi : entah...aku pon lupa...yang aku ingt lagu selandar jer...ala...kita miming jer....
Alif : ok2...
Ummi S : Ok satu,dua, tiga,empat,lima,enam,tujuh......
Faiz Salim : asal tak kira sampai seratus jer...3 cukup la..
Ummi S : sembilan...........SEPULUH!! nyanyi semua....
Negaraku
Tanah tumpahnya darahku
Rakyat hidup
Bersatu dan maju......
.....................
Bocha : baiklah,sekarang kita nyanyi lagu Melaka pulak...satu,dua,tiga...mula!!
Melaka Negeri bersejarah
Tempat tumpa darah kita
Dijunjung dengan sepenuh jiwa...
...............
Ummi : sekarang kita akan nyanyikan lagi SMKTM bagi mengingati tempat kelairan PMR kita
satu,dua,tiga...mula!!!
Shira zup :
Cemerlang Berwawasan
Di bumi bertuah ini
SBPI Selandar
Cemerlang dan berwawasan
Melahirkan insan gemilang
Hafizah Juhari :
Di Maktab Rendah Sains MARA
Tuntut ilmu jangan jemu
Ikrar taat setia pada guru
Berdisplin selalu
Alif Leman :
Bonda senyum riang
Menerima bahtera merdeka
Putra putri sayang
Putra putri sayang
Sedang berjuang
Cik Hjh Jamilah : Berhenti semua!!!!!!!!!!!
Suasana dewan menjadi senyap.....
Cik Hjah Jamilah : Nyanyi balik....(nada perlahan)
Sazlin : fuhh!!! aku ingt dia nak marah td...
Hanna : biasanya orng kurang muda ni dia jarang marah..dia dh berubah kot..
Sazlin : mungkin kot....
Ummi S : satu,dua tiga.....
Semua :
BERJUANG BERAMAL AMALANKU
CERIA MESRA SELALU PRINSIP HIDUPKU
SMKTM JADIKAN PUSAT ILMU
PUTERA PUTERI SMKTM TERUS MAJU
CHORUS :
SMKTM SEKOLAH KEBANGGAAN KITA
MENJADI SEKOLAH TERCINTA
GIGIH CEKAL BERJUANG PASTI JAYA
KECEMERLANGAN MENJADI VISI KITA
AYUHLAH WAHAI RAKAN SEMUA
BERSATU TEGUHKAN PERJUANGAN KITA
SMKTM JADIKAN GEDUNG ILMU
SMKTM TERUS MAJU JAYA
Lirik : Hj. Ab. Karim b. Hj. Daud
Lagu : Mokhthrudin Abu Samah
(nmpak sangat copy paste...kantoi aku lupa lagu ni..tp bukan semua taw..hahahahahahahahha)
Bocha : terima ksih kepada semua tetamu....anda dipersilakan duduk...majlis seterusnya mempersilakan VVIP kita
iaitu Cik Hjh Jamilah binti Ismail untuk memberikan sepatah dua kerat dan merasmikan majlis kita pada malam ni
dipersilakan.....
CHJ : Assalamulaikum..pertama sekali saya ingin mengucap syukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dapat kita
bersama-sama di dalam majlis Reunion 2018 yang cukup gilang gemilang ini.Pada malam ini,saya tidak
bercadang untuk bercakap panjang kerana bagi saya,saat bertemu dengan anak-anak batch PMR 2009
sudah cukup membuatkan saya begitu gembira dan merasakan cita-cita saya yang tertangguh selama
6 tahun sudah pon terlaksana dan terlunas pada malam ini...pada malam ini saya dapati situasi serta keadaan
anak-anak telah pon berubah berkali-kali ganda daripada apa yang saya lihat kali terakhir pada tahun 2010..
Anak-anak hadir pada hari ini bukan sebagai pelajar PMR yang terpaksa menjalani kem pacuan minda tetapi
sebagai orang-orang yang mula,sedang dan telah mencapai kejayaan serta terus-menerus meneroka hidup
yang penuh cabaran....ada yang adir sebagai pelajar bekas graduan university terkemuka,ada yang hadir
sebagai wakil syarikat dari luar negara dan ada yang hadir ke majlis ini sebagai wedding runner...bagi saya
itu semua merupakan pencapaian yang cukup membanggakan...terutamanya yang sudah pon beranak bnyak..
Akhir sekali,saya ingin mengucapkan terima kasih kerana hadir ke majlis yang sebenarnya bukan dibiayai oleh
saya tetapi oleh individu individu tertentu yang mnginginkan majlis ini diadakan dan tidak lupa juga kepada
Muhammad Ilmie Abdul Latip,Reeza Redzuan Rosnan dan pengarah cerita ini yang bergaya iaitu Muhammad
Imran Bin Zainal kerana mereka telah bertungku-mulus untuk memastikan majlis ini berjalan dengan lancar..
Akhir kata,saya Cik Hajah Jamilah bte Ismail merasmikan Majlis Reunion 2018...sekian terima kasih
Semua penonton bertepuk terharu.....(clap,clap,clap,clap,clap)
Bersambung....(mcm dh nak abis jer citer ni...hahahha)