Monday, April 30, 2012

Baru Balik Kem KOR Tani Zon Selatan

Start with Bismillahirrahmanirrrahim..

Okay,aku baru balik drpada satu kem pertanian yg di beri nama KEM KOR TANI ZON SELATAN..tujuan kem ni lebih kurang untuk ajak belia2 muda negara mcm aku ni join bidang pertanian..so,aku pon pergi la kem ni start 28/4-30/4...kem ni diorng buat kat Kem Permata Resort(dkt sngt dgn MRSM Alor Gajah)..berikut merupakan gmbr2 sepanjang kem berlansung..
  Dorm aku..satu bilik 4 orng..dlm ni ada 20 bilik kot
 Bilik aku..ada aircond der..haha
 Baju yg diorng bg..yg tak menahannya ada beret(mcm PLKN)

 Masa tazkirah Maghrib
 Malam Pengenalan KOR Tani
                                                  Macm biasa la..kem msti ada 'ole-ole'


                                              Senamrobik+ Senam Seni Satu Malaysia
                                            "Come On Pak Cik!hahah"
                                                       'Satu,dua....lapan,okay lg skali'


   Demonstrasi kebakaran oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia




                                               Aku dgn 'FULL Uniform'(siap Beret)


Sebelum Perasmian Penutup


Apa pun kem ni ada baik dan kurang baiknya,walaupunaku rasa mcm agak 'bosan' sebab ada ceramah-ceramah yg lama,tp yg bestnya pak cik2 and mak cik2 kt situ baik2 + sporting..diorng tak ada la nak sombong2 walaupun diorng petani+peladang+usahawan yg berjaya..yg terharunya bila diorng bertegur sapa dgn aku walaupun aku muda daripada diorng...YANG PALING BEST! Elaun RM 90 sepanjang 3 hari aku dapat..hehehe...sekian :D

Thursday, April 19, 2012

HAHAHA..Retro bagai!



Start with Bismillahirrahmanirrahim..

Pagi Jumaat 20/4/2012...

Td,aku tngh tengok berita pagi,tiba2 ada satu iklan rancangan Winner 3,iklan tu pasang lagu Madu & Racun..ble dengar best pulak rasanya..tros aku culik laptop kakak aku yg tengah tido sebab nak cari lagu tu kt youtube...hahaha..tp secara seriusnya aku cakap,muzik lagu2 lama lagi mantap beb berbanding lagu2 baru yang kadang2 dengar ntah apa2 jer...bnyak lagi lagu2 retro yg best mcm Singkong & Keju,Dara Pujaan-L Ramlee dan terutama sekali lagu2 P Ramlee...mmg still hidup sampai skang...lagi satu kalau ko tengok kan,citer2 P Ramlee sampai skang orng minat padahal citer tu dah berulang mungkin beratus kali sejak aku kecik...aku kecik2 dulu mmg kejenya layan citer P Ramlee dgn datuk aku sampai gelak guling-guling...dialog jagn cakap la,mmg hafal..hahah...kenapa citer ni tak luput dek zaman?bagi aku sebab nya orng2 dulu berlakon,bernyanyi and berhibur sebab dia orng bukannya kejar duit,tp mmg kesukaan diorang bila tengok orng terhibur..tu pasal la lagu2 or filem2 orng dulu tak muak kalau tengok...susah beb nak jadi mcm diorng..sebab diorng mmg ikhlas dalam keje diorng..tp apa pun lagu2 Adi Wibowo mmg best and orng akan still kenang lagu dia walaupun dia dah meninggal dunia..Thumbs Up for Adi Wibowo.. :D

Wednesday, April 18, 2012

Perasaan Tak Menentu :) :D :(



Start with Bismillahirrahmanirrahim....

2.45 AM 19/4/2012 (Alhamdulillah setakat ni jantung aku dibenarkan berdenyut oleh Nya)

Aku tak tahu apa perasaan aku sekarang ni...hahahah...besar konflik aku malam ni...ada 2 perkara yang buat kan aku tak thu nak choose sama ada nak nak gembira or sedih,nak senyum or nanges..apa perkaranya tu?

1.Aku dikejutkan,terkejut dan mengejut oleh satu berita yang sebenarnya ramai kawan2 PLKN aku dh tahu tp tidak disampaikan pada aku iaitu seorang kawan perempuan aku kat PLKN(yg sebelum ini bukan Islam) sudah pon mendapat hidayah Allah dan memilih agama Islam sebagai pegangan hidupnya...yang lebih sayunya,dia sanggup untuk tak balik ke rumah dan jumpa dengan parent dia semata-mata tak nak dipaksa untuk kembali semula ke agama lamanya.Kalau sebelum ni aku asyik dengar mengenai kuatnya iman para sahabat Rasulullah yang tidak berganjak daripada agama Islam walaupun diseksa seperti Bilal bin Rabah,hari ini,saat ini,aku dapat lihat keteguhan para sahabat tu dalam diri budak perempuan ni...syukur Alhamdulillah..WiraWati yg berkenaan,kami berada bersama dengan engkau..pengorbanan engkau mesti ada hikmah...

2. Perkara yang kedua,aku terbaca beberapa post and komen psal kawan2 sekolah lama aku yang dah dapat tawaran yang bagi aku cukup hebat..ada yang dapat tawran Oversea,tawaran Akademi Juruterbang AirAsia,yang tengah buat foundation kat Inti College untuk terbang ke Ivy League tahun depan...tp aku?aku ada lagi dekat sini menunggu tawaran yang agak samar2...tp aku tak putus asa lagi sebab hidup ni sudah direkodkan perjalanannya oleh Allah...yg pasti aku kena berusaha supaya peluang dan ruang yang aku ada,tak sia2..mgkin masa sekarang ni ruang dan peluang tu untk kawan2 aku,tp aku ada keyakinan dan perkara ini jugak kawan2 yang senasib dengan aku perlu pegang iaitu

"Bangun selepas SPM lagi menyeronokkan"


So,kawan2 yang sama dengan aku,sama2 kita jauhi drpda give up dan kita perlu cuba bangkit sama-sama..sebab hidup ni ibarat roda. :D

Rasa macam tak kena je
lagu rapuh dengan post kali ni
tp aku dedikasikan lagu ni pada Susan

Thursday, April 12, 2012

Lan dan Zaina Zain(ABPBH 2011)-GEmpak DerRRRRRRRR



Start with Bismillahirrahmanirrahim..

  Ahad lepas,8 April 2012 aku tengok Anugerah Bintang Popular Berita Harian(ABPBH)untuk tahun 2012 seleaps 5 tahun kempunan nak tengok...antara bnyak2 acara and penyampaian malam tu,aku paling ingt persembahan Lan Typewriter dgn Ziana Zain..perghhh...aku cakap ko,vokal mantapp giler+ suara tinggi tahap gunung....meremang weyy ble aku dengar lan nyanyi" waaaaaalaaauupun akkuuuuuu dipersiiaaaaaaa"...siot.....nak nangis aku dengar...hahah apa2 pun congratulation tu Lan Typewriter and Ziana Zain sebab buatmajlis malam tu terus diingati....tahnks :D

Monday, April 9, 2012

Janji



haa...poat kali ni aku buat bukan sebab aku suka dengan Lagu Janji-Akim ni,tp sebab aku teringatkan janji aku dengan sorang cikgu aku kat PLKN lepas abis jer aku buat permainan Team Building DKRT..seingat aku hari Jumaat aku main game sebab aku ingt lagi masa game pertama aku mengantok+blur+tak ada idea masa dia suruh aku buat tower...game kedua yang best sebab kita orang kena crete negara and pertahan kan atas nasihat 'anasir jahat' yang sebelumnya kita orng anggap penasihat yang benar...hahahah..msti yg tak se-PLKN dgnaku tak paham apa aku cakap..tp tak per,yang penting JANJI yang aku kena tunaikan..aku ingt lagi janji aku pada cikgu tu(rahsia nama cikgu ni :D):-

"Kalau saya tak dapat tebus kat sini(PLKN),saya tebus kat luar"


Aku citer pasal janji nak mencapub,tapi aku nak mohon untuk orng2 yang membaca post aku ni,untuk ingtkan aku tunaikan janji pada cikgu aku ni supaya mati aku dah tak ada hutang yang aku bawak kt padang Masyar nanti..Insya-Allah...

Macam mana nak buat ni?


Start with word Bismillahirrahmanirrahim...

Aku tengah usha trailer filem baru Syamsul Yusof kat youtube td...tiba2 ternampak pulak link satu video penyokong politik kat Malaysia...apa yang aku boley cakap pasal video 2 minit 47 saat tu ialah KECEWA

Video tu mencerminkan yang kita masih lagi ada semangat assabiyah yg bukan saja tinggi tp dah tahap melampau sebenarnya...aku bukan penyokong sebelah sana atau sebelah sini,tapi aku cuma mengharapkan penyatuan antara dua2 belah pihak..cukup la perasaan benci-membenci,tuduh menuduh dan fitnah-menfitnah..aku penah cakap pasal tuduh-menuduh ni masa aku kat PLKN..ayat tu mcm ni:-

"Tuduh-menuduh merupakan malapetaka.Walaupun tuduhan itu sebesar biji sawi,tp perkara itu boleh menghancurkan sebuah negara"

Kalau kita bukak surat khabar hari ni kan,dah banyak sangat berita2 yang aku boleh anggap fitnah,tuduhan dan propaganda untuk pengaruhi fikiran orang yang membaca..lagi yang menyakitkan hati aku bila ada aja isu mengenai sesuatu perkara buruk berkaitan politik,wartawan akan cuba meminta pandangan pihak atau individu tertentu mengenai isu tersebut walhal pihak atau individu tersebut bukan nya ada kaitan pun dgn isu itu...yang kena minta pendapat pon bg la pendapat yang main hentam+ gebang jer tanpa pikir panjang tentang pendapat yang dia bagi..dia cakap orang itu slah la,orang itu kena nyatakan pendirian la mngenai si pulan,orang itu bohong la...mcm2 pendapat 'Gebang' yang dia bagi..padahal sebelum ni tak penah pon aku dengar nama dia ni popular sebagai tokoh pemikir Malaysia...dalam hal ni aku salahkan pihak wartawan la..sebab apa diorang ni sibuk gi mintak pendapat orang yang tak ada kena-mengena tu kenapa?tindakan diorang ni bagai mencurah minyak ke api taw tak...memecahbelahkan orang...jgan gelojoh sangat nak jual berita wartawan oii...takot pasal ko,negara ni kucar kacir....yang tukang bagi pendapat,pikir dulu sebelum cakap,salah cakap binasa...aku sokong la cikgu aku punya statement:-

"Makin banyak kita cakap,makin banyak bodoh kita orang nampak"

Itu saja lah untuk post kali ni,aku mintak maaf kalau ada yang terasa,tegur aku cara baik kalau post aku kali ni salah dari segi undang2...jangan pulak lepas ni melayang dalam surat khabar pasal post aku ni pulak pasal ada orang tak puas hati....please la pikir dulu...aku tak touch sesiapa pon dalam post ni...aku cuma nak cakap,aku masih Sayangkan Malaysia...jangan sampai aku ubah mana2 statement aku td tu....aku tahu perpaduan kita masih kukuh,tp jangan pasal kelompok yang ikut hawa nafsu ni, perpaduan kita putus...salinglah ingtkan orang sekeliling kita supaya pertahan kan keamanan negara dan perpaduan kita sebab kita semua nak hidup dalam keadaan yang boley tido lena.....Hope kita akan kekal aman sehingga 31 Ogos 2057 sempena 100 tahun Malaysia MERDEKA..waktu tu pon aku dah umur 63 tahun and selayaknya aku dh pergi mghadap Illahi...

End this post with Alhamdulillah

Thursday, April 5, 2012

Sunat, Wajib, Haram


Start with word Bismillahirrahmanirrahim....

Okay,post kali ni aku rasa pendek jer sebab aku teringat kata-kata seorang guru aku mengenai 3 hukum ni : Sunat,Haram dan Wajib..tp skop hukum ni aku kecilkan merujuk kepada kematian atau kembali kepada Allah S.W.T...jom kita tengok apa yang guru aku cakap mengenai kematian

Sunat

Kita SUNAT untuk mengingat MATI

Haram

Kita HARAM untuk meminta MATI

Wajib

Kita Wajib MATI


Sebenarnya aku tak ingat sangat sapa yang cakap bnda ni pada aku or aku tengok kat TV..tp aku rasa bnda ni btol( sapa yg rasa salah tolong btolkan aku)...aku terpikir bnda ni lepas aku mghadapi 2 majlis kematian dalam tempoh 48 jam(aku kehilangan Pak Ngah aku,Ibrahim and mak angkat aku yang bela aku dari kecik,Puan Jamilah binti Abu bakar yg kembali ke rahmatullah pada 4 dan 5 April yang lepas..kepada yang baik hati,sedekahkanlah Al-Fatihah untuk mereka..Alfatihah)

Aku sebenarnya rasa macam sedih lepas mereka ni berpisah dengan kita selama-lamanya tp ada satu ayat yang mengubat aku punya sedih...ayt tu mcm ni:

"Mereka tidak berpisah dengan kita selama-lamanya,mereka hanya mendahului kita,kita pasti akan menyusul"

YA! Kita pasti menyusul..

Kematian dan kehidupan hanya
dipisahkan oleh satu line.
Doa itu penghubung paling kuat.
-Kata2 Peanut(dia amik dari novel :D)

Wednesday, April 4, 2012

Kelas Pembinaan Karakter


Start with word Bismillahirrahmanirrahim..

Haaa..malam ni,aku nak story pasal sorang budak ni @ kembar @ twin yang aku kenal masa aku bertapa 2 bulan setengah kat Kem PLKN Nasuha Pagoh.hahah,pening tak???dengan aku2 sekali pening :P ..tp sebelum tu,aku nak bawak cerita pasal kelas multiskill pertama yg aku masuk masa kat kem ni(mmg aku tiru abis2 idea post ni dari satu blog TIC ni..hahahha)

Kelas Pembinaan Karakter telah diwujudkan oleh Jabatan Latihan Khidmat Negara(JLKN) di bawah Majlis Latihan Khidmat Negara(MLKN) yang dipimpin oleh Dato' Tiki Lafe..haaa..jgn tnya mana aku dapat maklumat ni semua..hahah...kelas ni sebenarnya diwujudkan kat PLKN ni untuk bagi kesedaran kat pelatih2 tentang pentingnya and cara untuk menampilkan yang terbaik dalam diri kita sendiri dan jugak dalam diri orang sekeliling kita...dalam kelas ni kita orng diajar cara mengeluarkan bakat masing2,dicabar untuk membuat perkongsian pengalaman or ilimiah or pengajaran yang didapati semasa dalam kelas secara terbuka..kat sini,kita diberi peluang untuk melakukan pengucapan awam,membentangkan idea dan membuang perasaan takot untuk bercakap kat depan orang ramai..bnda ni boleh dikatakan seperti 'membaling sebijik batu untuk membunuh 3 ekor burung'...so,ruang dan peluang dalam perkongsian terbuka ni cukup bagus untuk bentuk keyakinan dalam diri kita bagi membentangkan idea..aku ada baca satu buku(The Presentation Secret of Steve Jobs versi BM) yang mana ada satu kata2 menarik dalam buku tu..kata2 tu mcm ni :-

"Kita mungkin mempunyai idea yang benar-benar berbeza.Namun,sekiranya kita tidak berjaya menyakinkan mereka yang mendengar,idea sehebat mana pun tidak berguna lagi."
-Gregory Berns

So,kelas pembinaan karakter ni mmg sesuai diajar untuk anak2 muda(macam aku yang still muda :P) ni menonjolkan bakat serta membina keyakinan diri...selain tu jugak,yang menariknya pasal kelas Character Building(CB) ni ialah aku belajar buat pemetaan visual..pemetaan visual ni ala2 peta minda tp dibuat dalam bentuk lain berpandukan 3 kod yg biasa cikgu kelas aku sebut(Cikgu Amin and Cikgu Sya):-

"Otak suka bermula dari tengah"
" Otak sukakan gambar"
"Otak sukakan warna"

hahaha..yang buat kan aku rasa macam kembali ke zaman Tadika Kemas ialah pemetaan visual tu kita orang kena buat guna magic colour..aku dah berapa tahun tak guna magic colour tu..hahah..so,kita orang kena recordkan apa yang dipelajari hari semalam mggunakan kaedah pemetaan visula berdasarkan kod yang 3 tu..

Lagi satu yang best kat Kelas CB,cikgu2 aku(Cikgu Amin and Cikgu Sya) ni orang dia cukup penyabar...walaupun kita orang tak beri komitmen yang 100%,diorang tetap tak mengalah masa ajar kita orng..yang aku ingt ayat Cikgu Amin, "Anda telah berikan komitmen 100% "..walhal tak sampai pun 70% komitmen kita orang tp dia tetap tak nak mengalah and tak nak jatuhkan moral kita orang kat dalam kem tu...and untuk part tak mengalah tu,aku TABIK kat dua2 orng cikgu aku ni + cikgu2 multiskill yang lain yang memang bersungguh-sungguh mengajar kita orng walaupun ada yang buat tak peduli jer apa yg cikgu2 ni ajar..THANK YOU VERY MUCH TEACHER :D

Okay,skang baru boley citer pasal twin aku ni

Masa aku kat dalam kelas pembinaan karakter or kelas CB ni,group aku yang mula2 sekali nama dia ELEMENT..bila ditanya asal ELEMENT?jawapan senang jer..dalam group kita orang tu ada pelbagai kaum and budaya..ada Melayu,Cina and India..nama element tu twin aku ni yang bagi,tp tak kan la aku nak mengalah kan?sorakan group tu pulak,aku yang bagi+logo group aku yang punya idea( ko tengok tu,tak nak mengalah..Ego tinggi la ko..hahah)..

JAP,PASAL APA KO KATA DIA NI KEMBAR KO?NAMA AYAH SAMA KER?

Nope,aku kata kembar sebab nama nick name kita orang kat kem membawa maksud yang sama..nama aku kat kem Kacang,nama dia pulak Peanut..dh,case closed.. :D

Masa pertama kali aku jumpa dia ni dalam group,aku nampak dia ni mcm garang sebab tak silap aku dia penah mcm tegur kita orng yang lelaki dalam group tu pasal tak serius..cara dia tegur tu mcm keras la..hahahah(sory peanut)..masa tu aku cakap dalam hati,kalau ko tunjuk garang,ko tak tengok lagi aku punya belang...hahah.tp tak ada la belang sangat pon...masa tulis nama kat nametag,aku pun tulis la nama Kacang,abis jer tulis aku pandang la nama budak2 lain kat dalam group tu,tiba2 aku terpandang perkataan PEANUT..terkejut aku..apsal sama lak ni??adoyai..straight aku tnya sebab apa nama dia Peanut(dalam kepala waktu tu tgh try pikir nama lain sebab takut jadi isu pulak nama hampir sama) "Apsal nama ko Peanut(sambil sorok nama aku)".."Nama aku Syafinaz,so budak2 skolah aku panggil Peanut"..aku cakap "Owh,erm..translate"..aku pon tunjuk tag nama aku...KACANG..

Okay,sepanjang aku dok sekelas CB dgn dia,ada beberapa orng budak termasuk dia dh tunjukkan karakter yg aku boley kata luar biasa la..maksud luar biasa tu bukanlah pelik,tapi perwatakan tu yang luar biasa...dia boleh dikatakan bersemangat dalam kelas,tak takot nak jadi leader kumpulan and always ada idea...mcm aku dalam kelas,aku lagi suka ikut flow jer..apa group aku buat,aku ikut(tp tak ada la sepanjang masa aku mcm tu :P..tengok!tak nak mngalah lagi)...bila aku siasat2,rupanya dia ni dari Sekolah Berasrama Penuh @ SBP Tunku Jaafar..aku cakap,patot la..budak SBP rupanya(Peanut,aku dh promote skolah ko..hahahah)..erm,selain karakter dia memimpin dalam kelas,dia ni jugak memimpin untuk kompeni..dia jadi Timbalan In Charge(TIC) untuk kompeni Delta WW...mmg hari2 keje memekak bagi hukuman kawad la.. LOL :D...lagi satu,dia ni suke makan nasi lemak kat Kem Nasuha...sampai satu hari tu,dia mcm bengang la sebab dh lama tak sarapan nasi lemak :P..hahah...dia ni kira top jugak la kem..aku pon tak thu sebab apa..hahah..berikut merupakan maklumat lain mengenai beliau:-

1.Dia ni suka nak bertukar menjadi Hulk(ala,orang hijau tu) bila marah(pengaruh kartun ni)
2.Dia ni jugak suka berBlogging apabila masa lapang(walaupun selalu kering idea)
3.Baca novel antara menjadi minat beliau sekarang ni(malam td dia report kat aku kata ada novel bru dia beli..hahaha)

Aku masa kat kem tak ada la kawan rapat sangat dengan dia ni..sekadar mcm tu jer la dalam kelas CB..abis jer kelas CB,nak bercakap pon susah sebab aku ni pemalu:P..hahahaha(mengong punya statement)..mcm yang dia cakap,dia pelik mcm mna aku boley kawn dgn dia,aku sebenarnya lagi pelik bila aku boley berkawn dgn dia...hahah..pening tak?apa2 pun aku happy la sebab dapat kawan2 yang baik terutama dia masa aku kat Kem PLKN Nasuha tu...aku nak citer lebih2 pasal dia kang jadi isu pulak nanti..hhahaha..dh2..sory la peanut,ni jer aku boley story..tak boley lebih2 la Twin...haa..ni gmbr aku culik drpada album twin dia yang lagi sorang,Fateha Razak :-

Haa...ni nak selit sket pasal Fateha Razak...aku masa kat kem tak ada la kenal sangt dengan beliau ni..lepas abis kem bru kamcing..aku pon tak thu mcm mna boley jadi mcm tu..hahah...nama nick name Fateha ni E'a...tp dia ada satu lagi nama HoTTT iaitu E'a Gomez..kiranya,dia adik bongsu kepada Selena Gomez :P LOL..hahaha..dia ni budak Sekolah SAKTI,dia ni jugak kira kawan rapat yang tersangat2 la kepada si Peanut ni sampaikan bnyak benda dikongsi sama2...satu kegemaran beliau ialah mndengar voice record Forum Online dengan Allah,Offline dengan syaitan yang direcordkan oleh beliau masa forum tu bersiaran langsung kat kem kita orng(ayat 'siaran langsung' tak menahan weyyy..hahah) and ada satu perkara misteri yg aku tak dapat nak rungkai pasal dia ni ialah sapa sebenarnya yg dh curik jantung@heart masa kat kem dulu ni??tengok mcm ada pelik jadi kat dia semenjak abis kem ni...haaa..jaga ko,aku kalau dapat tahu E'a,abisla ko..hahahaah...so...ini lah kawan2 aku yang aku nak citer dalam post kali ni...harapnya,persahabatan tu tak terputus la oleh bnda yang remeh temeh hendaknya.. Insya-Allah...

E'a Gomez(sebelah kiri)

Peanut,E'a jgn nak tersenyum
sorang-sorang lepas baca.
Ada yang aku hantar gi
Tg. Rambutan kang..hahahah
tak pun,ada yang kena sekel dgn aku

Monday, April 2, 2012

Takdir dan Hakikat



Bismillahirrahmanirrahim...

hurm,waktu ni aku tngh tergamam sekejap..kira mcm shock!..hahahahaha..sepatutnya malam ni(malam lgi ker kalau dh pukul 3.51 pagi ni?) aku nak story pasal sorang budak ni..kira kembar atau kalau orng kampung aku sebut 'twin" la yg aku jumpa masa aku kat dalam kem Plkn nasuha dulu...tp aku rasa tak jadi sebab aku bru aja dikejutkan dgn satu statement(aku tak thu la memain ker apa)yg buat aku tersentak and idea aku nak citer pasal twin aku ni dh lari jauh....kuat btol effect statement tu....fuhh..sabar jer la..istighfar bnyak2...mgkin bnda kejutan ni kifarah utk dosa2 aku..bak kata cikgu aku' Apa-apa pun yg terjadi,sebut Alhamdulillah'..so,Alhamdulillah...mungkin ada hikmah yg tersembunyi..sorang lagi cikgu aku penah cakap, 'Hikmah tu,kita tak boley NAMPAK,tapi boley RASA'..so hikmah yg Allah beri tu aku boley anggap sebagai rezeki yang tidak di sangka-sangka dan satu bnda yg ajaib...baik,kita balik semula pada bnda sebenar yg aku nak bawak malam ni..



Ku rindu kasih sayangmu
Kau pergi tinggalkanku
Masih lekat di hati ini
Kau bilang ku mutiara hati…

Ya Allah berikanlah aku
Bunda yang berhati mulia
Sebagai ganti dia yang pergi
‘Tuk membimbing menuju Ridho-Mu



Dalam kepala aku ada tersimpan kukuh lagi satu kenangan kat Kem Nasuha...kenangan tu ada kaitan dgn video and bait-bait lagu kat atas....peristiwa tu berlaku lepas maghrib yang mana waktu tu jurulatih fizikal aku,Cikgu Harizan bawak satu topik yang agak berat sebenarnya.dalam ceramah dia...sebab apa aku kata berat?,ceramah maghrib dia tu menuntut pelatih2 yg dengar waktu tu untuk nanges(bukan senang nak buat orng menanges beb kecuali ko cubit hidung dia kuat2..ahhaha)....tajuknya berkisar tentang Ibu Bapa...tujuannya waktu tu untk kami yg ada dalam surau waktu tu,mengenang,mengimbas serta mengerti betapa pentingnya ibu bapa kepada kita...dalam sedu-sedan pertengahan ceramah,aku kira belum nanges lagi la sebab waktu aku dah set dalam kepala aku"tak payah nanges,tahan okay"...AWATNYA HANG EGO SANGAT NI SAMPAI TAK NAK NANGES??...mgkin ada yg tertanya-tanya kenapa aku tak nak nanges,tp aku ada sebab tersendiri..Insya-Allah,akhir post ni aku bg thu....


Masa pertengahan ceramah tu,tiba2 cikgu aku ni cabar pada kita orng,sapa yang berani nak citer pasal mak ayah dia...tiba2 ada sorang budak kompeni Delta (APIZ) bngon and cerita pasal parents dia...habis jer dia story semua,cikgu cabar lagi sapa yg nak citer pasal parents dia...aku masa tu,tah mana punya berani dtng tah bangon untk cerita...waktu tu dalam kepala aku mcm dh set satu bnda jer aku nak citer..aku nak citer "Saat-saat terakhir arwah emak tersayang aku(Hajah Norizah bte Hj Jantan)"..aku rasa bnda tu perlu dicerita sebab bg aku,mcm biasa yg aku cakap "Semoga ada sekelumit manfaat untuk orng lain"..so aku harap waktu tu,ada bergunanya aku dgn citer aku pada orng lain malam tu...waktu bercerita tu,aku hampir2 nanges sebenarnya...walaupun nmpak mcm relax jer,tp kenyataannya aku hampir nanges...tp air mata tak jatuh sebab masa tu Cikgu Harizan gosok belakang aku..so,aku rasa mcm dapat semangat untk tahan nanges...habis jer aku bercerita,Cikgu Harizan pulak bercerita mngenai saat2 terakhir pemergian ayahandanya..and waktu tu dia menangis sebab ada perkara yang dikesalkan...pastu,cikgu Harizan panggil semua pelatih lelaki and perempuan yg dh tak ada ibu atau bapa atau kedua2-duanya(termasuk aku) berdiri kat depan..diberi ruang kat bebrapa pelatih untuk sampaikan sedikit pesanan pada pelatih2 yg masih ada lagi ayah dan ibu...waktu tu baru kita orng semua ni kenal mana pelatih2 yg dh tak ada orng yg tersayang..


Waktu cikgu Harizan tengah cakap2,ada satu bnda yg dia sebut,tiba2 pelatih2 yg tengah duduk ni,bangon dan peluk kita orng yg tengah berdiri ni...ada la dalam 4 ke 5 orng peluk aku masa tu..and waktu tu rasa sangat hiba sedih...diorang ucap kat aku 'mintak maaf Imran,aku tak thu pon cerita ni', 'sabar Imran sabar'....aku hanya mampu sebut 'tak per2..TAKDIR'....perkataan TAKDIR tu sebenarnya yg menjelaskan kenapa aku tak menangis sangat2 malam tu...selepas tu,aku minta izin pada cikgu nak buat sikit pesanan dan lepas tu aku nyanyikan sikit potongan lagu Mutiara hati(yg video kat atas tu)..apa yg buatkan aku terkejut,aku nampak ada pelatih wirawati yg menangis sangat2 bila dngar bait-bait lagu yg aku nyanyi tu..hiba btol dia masa tu...pelatih lelaki pon ada yg menangis jugak....aku mgharapkan air mata yang mengalir itu ada manfaatnya seperti kata-kata ni "semoga air mata keinsafan yang mengalir itu akan memadamkan api neraka daripada membakar kita'..

Baik,secara amnya..TAKDIR itu biasanya orang kata ketentuan daripada Allah dan Hakikat itu adalah perkara yang sebenarnya...selama ni,kita boleh dikatakan sukar untuk menerima kedua-dua situasi ini..kita sebenarnya kena biasakan untuk cepat menerima kedua-dua perkara ini supaya masa kita itu tidak terbuang dengan sia-sia..sebagai contoh,kita ada satu bantal peluk yang sangat kita sayang...kita tak boleh nak tidur kalau tak ada bantal peluk tu..tp malangnya,satu hari,kita bercuti dan tido kat hotel,then bantal tersayang tu tertinggal kat rumah..adakah waktu itu kita akan menerima HAKIKAT bantal tu dah tertinggal kat rumah?pasti kita sukar nak terima and kita akan kata "Mcm mana nak tido,bantal peluk tak ada"..pastu,bukan takat tu aja,kita akan mngamuk and buatkan orng lain tak boley tido sebab nak tenangkan diri kita...cuba waktu tu,kita kata pada diri kita,"Ko kena belajar terima hakikat yg bantal ko tu kat rumah!"..then msti kita boley tido nyenyak malam tu,orng lain pon tak susah..haaa..panjang tak entry aku kali ni???panjang kan?tak per bukan selalu pon...

Last sekali untuk entry ni,aku nak citer kenapa aku tak nanges masa malam tu,jawapan aku senang jer. "Aku tak nak orng tengok aku nanges sedu sedan kat dalam surau jer,pastu bape saat lepas keluar surau aku ketawa mcm orng gila..seolah-olah aku tak insaf pon dgn apa ceramah yg orng sampaikan"..tp itu cuma pandangan aku jer...okay la,jam dh pukul 5.03..aku nak out dulu..salam.. :D


teringat pulak mesej twin aku
lepas ceramah malam tu
dia tulis mcm ni
"twin,be strong ;)"
thank you very much Nursyafinaz

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...