Monday, April 9, 2012

Macam mana nak buat ni?


Start with word Bismillahirrahmanirrahim...

Aku tengah usha trailer filem baru Syamsul Yusof kat youtube td...tiba2 ternampak pulak link satu video penyokong politik kat Malaysia...apa yang aku boley cakap pasal video 2 minit 47 saat tu ialah KECEWA

Video tu mencerminkan yang kita masih lagi ada semangat assabiyah yg bukan saja tinggi tp dah tahap melampau sebenarnya...aku bukan penyokong sebelah sana atau sebelah sini,tapi aku cuma mengharapkan penyatuan antara dua2 belah pihak..cukup la perasaan benci-membenci,tuduh menuduh dan fitnah-menfitnah..aku penah cakap pasal tuduh-menuduh ni masa aku kat PLKN..ayat tu mcm ni:-

"Tuduh-menuduh merupakan malapetaka.Walaupun tuduhan itu sebesar biji sawi,tp perkara itu boleh menghancurkan sebuah negara"

Kalau kita bukak surat khabar hari ni kan,dah banyak sangat berita2 yang aku boleh anggap fitnah,tuduhan dan propaganda untuk pengaruhi fikiran orang yang membaca..lagi yang menyakitkan hati aku bila ada aja isu mengenai sesuatu perkara buruk berkaitan politik,wartawan akan cuba meminta pandangan pihak atau individu tertentu mengenai isu tersebut walhal pihak atau individu tersebut bukan nya ada kaitan pun dgn isu itu...yang kena minta pendapat pon bg la pendapat yang main hentam+ gebang jer tanpa pikir panjang tentang pendapat yang dia bagi..dia cakap orang itu slah la,orang itu kena nyatakan pendirian la mngenai si pulan,orang itu bohong la...mcm2 pendapat 'Gebang' yang dia bagi..padahal sebelum ni tak penah pon aku dengar nama dia ni popular sebagai tokoh pemikir Malaysia...dalam hal ni aku salahkan pihak wartawan la..sebab apa diorang ni sibuk gi mintak pendapat orang yang tak ada kena-mengena tu kenapa?tindakan diorang ni bagai mencurah minyak ke api taw tak...memecahbelahkan orang...jgan gelojoh sangat nak jual berita wartawan oii...takot pasal ko,negara ni kucar kacir....yang tukang bagi pendapat,pikir dulu sebelum cakap,salah cakap binasa...aku sokong la cikgu aku punya statement:-

"Makin banyak kita cakap,makin banyak bodoh kita orang nampak"

Itu saja lah untuk post kali ni,aku mintak maaf kalau ada yang terasa,tegur aku cara baik kalau post aku kali ni salah dari segi undang2...jangan pulak lepas ni melayang dalam surat khabar pasal post aku ni pulak pasal ada orang tak puas hati....please la pikir dulu...aku tak touch sesiapa pon dalam post ni...aku cuma nak cakap,aku masih Sayangkan Malaysia...jangan sampai aku ubah mana2 statement aku td tu....aku tahu perpaduan kita masih kukuh,tp jangan pasal kelompok yang ikut hawa nafsu ni, perpaduan kita putus...salinglah ingtkan orang sekeliling kita supaya pertahan kan keamanan negara dan perpaduan kita sebab kita semua nak hidup dalam keadaan yang boley tido lena.....Hope kita akan kekal aman sehingga 31 Ogos 2057 sempena 100 tahun Malaysia MERDEKA..waktu tu pon aku dah umur 63 tahun and selayaknya aku dh pergi mghadap Illahi...

End this post with Alhamdulillah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...