Wednesday, April 18, 2012

Perasaan Tak Menentu :) :D :(



Start with Bismillahirrahmanirrahim....

2.45 AM 19/4/2012 (Alhamdulillah setakat ni jantung aku dibenarkan berdenyut oleh Nya)

Aku tak tahu apa perasaan aku sekarang ni...hahahah...besar konflik aku malam ni...ada 2 perkara yang buat kan aku tak thu nak choose sama ada nak nak gembira or sedih,nak senyum or nanges..apa perkaranya tu?

1.Aku dikejutkan,terkejut dan mengejut oleh satu berita yang sebenarnya ramai kawan2 PLKN aku dh tahu tp tidak disampaikan pada aku iaitu seorang kawan perempuan aku kat PLKN(yg sebelum ini bukan Islam) sudah pon mendapat hidayah Allah dan memilih agama Islam sebagai pegangan hidupnya...yang lebih sayunya,dia sanggup untuk tak balik ke rumah dan jumpa dengan parent dia semata-mata tak nak dipaksa untuk kembali semula ke agama lamanya.Kalau sebelum ni aku asyik dengar mengenai kuatnya iman para sahabat Rasulullah yang tidak berganjak daripada agama Islam walaupun diseksa seperti Bilal bin Rabah,hari ini,saat ini,aku dapat lihat keteguhan para sahabat tu dalam diri budak perempuan ni...syukur Alhamdulillah..WiraWati yg berkenaan,kami berada bersama dengan engkau..pengorbanan engkau mesti ada hikmah...

2. Perkara yang kedua,aku terbaca beberapa post and komen psal kawan2 sekolah lama aku yang dah dapat tawaran yang bagi aku cukup hebat..ada yang dapat tawran Oversea,tawaran Akademi Juruterbang AirAsia,yang tengah buat foundation kat Inti College untuk terbang ke Ivy League tahun depan...tp aku?aku ada lagi dekat sini menunggu tawaran yang agak samar2...tp aku tak putus asa lagi sebab hidup ni sudah direkodkan perjalanannya oleh Allah...yg pasti aku kena berusaha supaya peluang dan ruang yang aku ada,tak sia2..mgkin masa sekarang ni ruang dan peluang tu untk kawan2 aku,tp aku ada keyakinan dan perkara ini jugak kawan2 yang senasib dengan aku perlu pegang iaitu

"Bangun selepas SPM lagi menyeronokkan"


So,kawan2 yang sama dengan aku,sama2 kita jauhi drpda give up dan kita perlu cuba bangkit sama-sama..sebab hidup ni ibarat roda. :D

Rasa macam tak kena je
lagu rapuh dengan post kali ni
tp aku dedikasikan lagu ni pada Susan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...