Thursday, October 31, 2013

Burger Bakar

Bismillahirrahmanirrahim..

1/11/2013
Alhamdulillah..baru lepas test Math Kejut/E-Math..and pagi tadi baru lepas kuiz logic circuit..gamaknya 2 minggu sebelum cuti mid sem ni sibuk memanjang ibarat Ahli Parlimen dan Ahli Koperasi SeMalaysia..apa pun,semuanya berjalan dengan lancar melebihi daripada jangkaan aku..so,brader,gua dah start cuti mid sem SEMINGGU yeay!!!

Aku tau,kawn-kawn  diploma yg lain dah 3 minggu cuti sem skang..kiranya diorang ni trkehadapan 2 bulan dari jadual aku..tak per la,aku ni dah penat mnghadap cuti 5 bulan lepas..so, leng-leng maaa..

Aku sekarang dalam usaha untuk mengejar sebanyak mungkin episode RM yang tertinggal..start from bottom,now aku dah sampai episode 140 bro..apa mcm?hahha,so cuti seminggu ni akan cuba dimanfaatkan sebaik mungkin untuk RM dan jugak analytical report yang tak siap lagi tu! haishhh..

Not bad stakat ni baru aku paham apa yang dimaksudkan dengan K-PoP..aku tak boleh nak ulas lebih2 pasal K-POP ni sebabnya ada jer peminat-peminat fanatik keliling aku..so kalau salah cakap mmg kena bash la aku...untuk jalan selamat,aku just peminat RM dan bukanlah K-POP.

Kepala pening sekarang ni,ini semua gara-gara gigihnya aku dgn kawan-kawn aku gi cari Burger Bakar Abg Burn kat Bandar Melaka..pekena burger daging kambing,terus miong kepala aku...ada darah tinggi kot..entahlah,,,tapi mmg pening skang..cukup kot stakat ni aku mengarut.. bai :D

Sunday, October 27, 2013

Coretan Dari Hati

Bismillahirrahmanirrahim

"Jika seseorang itu sering mengadu masalah di lama sosial,dia mempunyai masalah untuk mengadu dengan Allah"


Aku dalam keadaan speechless sekarang.
Tak ceria macam biasa
Sebab apa?
Sebab minggu dan hari yang 
aku tunggu dah pun tiba.
Masa dan saat yang aku harung
beberapa bulan yang lepas
nampaknya terpaksa aku
hadap lagi sekali.
Aku mungkin tak bimbang
bila perkara ni jadi kat aku,
tapi bila melibatkan orang 
yang terdekat dengan aku,
aku rasa lagi menyakitkan.
Walaupun mereka tak luahkan sepatah 
apa pun kat aku,aku dapat rasa
apa yang terpaksa mereka ditanggung.
Maaf,maaf dan maaf kerana 
menjadi patung dalam keadaan macam ni.
Aku cuba beberapa cara untuk bantu,
tapi nampaknya aku lagi lemah dari apa
yang aku sangka.
Aku hanya mampu berdoa dan mengharap,
akan datang solusi dan bantuan daripada Allah S.W.T.
Kerana Allah S.W.T. tidak akan menguji
hamba-Nya melebihi kemampuan 
hambanya itu.
Dalam pada itu,tidak memadai hanya mampu 
berdoa
tanpa berusaha kerana itu janji Allah S.WT.
Allah tidak akan mengubah nasib kita
melainkan kita berusaha.Insya-Allah.
Harap dipermudah dan dipertemu jalan yang benar.
Amin.

Saturday, October 12, 2013

Penah Jangka?

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum,salam diberi,
Bukan Niat Di Hati Mahu Menyepi,
Cuma jari malas macam nak mati,
Tu pasal blog sunyi  dan sepi.
Aku tak thu apa masalahnya sekarang sampaikan aku malas giler nak menulis(walaupun aku tahu berapa kerat je yang baca blog ni)..tapi kali ni aku gagahkan diri untuk menulis selepas hampir 3 bulan blog ni mati tidak bertuan..lagi pun post kali ni just edit sket draft post yang aku tulis masa raya puasa hari tu..lama jugak aku peram post ni..apa pun..terimalah sesuatu yang mungkin anda tidak jangka...


"Saya,Muhammad Imran Bin Zainal memohon maaf sekiranya sepanjang saya hidup dan bernafas,ada salah silap,terlebih gurau,salah kata,tersilap makan,atau ada yang kecil hati,amik hati,sakit hati dengan saya yang tah apa-apa ni,harap dimaafkan..bukan sahaja kesilapan yang lepas,tetapi kesilapan yang berlaku kini dan masa depan..hayat kita tak boleh dijangka,bila-bila masa sahaja kita akan kembali kepada-Nya..jadi diharapkan dengan segala kemaafan yang anda berikan,sekurang-kurangnya perjalanan saya tidak tersekat..Terima Kasih.

Baik,untuk entry kali ni,aku nak bongkarkan sesuatu yang mungkin selama ini kita ambil ringan...sebelum tu,tengok dulu video ni:



Kami bukan STALKER
Tapi Kami Ahli Silap Mata Yang 
Menyusun Puzzle Hidup Orang Lain
Untuk Kegunaan dan Kelebihan
Kami.

Thursday, July 11, 2013

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan Kareem

Bismiilahirrahmanirrahim..

RAMADHAN TIBA LAGI! Yeay! semestinya Ramadhan kali ni menjadi pentas untuk akak-akak yang kurang kurus untuk BERAZAM sekali lagi untuk diet di siang hari..semestinya diet itu berlaku di siang hari sahaja sebabnya apabila sampai jer kat bazar Ramadhan,tangan akan menyambar apa saja yang nafsu inginkan..hahahahah...nampak gayanya baju raya kena tempah pertengahan puasa disebabkan berat badan tak turun-turun..

Terawih merupakan solat sunat yang didirikan selepas solat Isyak..sama ada 8 rakaat diikuti dengan 3 witir ataupun 20 rakaat diikuti dngan 3 witir..waktu aku kecik dulu,memang rajin gi surau nak Terawih sebab surau dekat dgn rumah aku..lagipun terawih kan meriah masa 3-4 malam pertama..lepas abis buka jer,aku akan relax jap..then solat maghrib..lepas tu dh excited nak bersiap gi terawih..kecik-kecik dulu nakal..siap pakai baju melayu awal-awal,lepas tu kayuh basikal sebab nak pergi rumah mak cik jual jajan..aku bukan beli jajan pun,tapi pergi beli tikam..Astaghfirullahalazimm..kecik-kecik tak tahu benda tu judi..yang aku tahu seronok jer bile kna tikam..satu tikam 20 sen..kalau tikam tu tulis "TERIMA KASIH", monyok la muka aku masa tu..haishh..tobat wey...naseb baik la sempat tobat,kalau tidak sampai sekarang aku tikam sport toto..nauzubillah..

Aku ni selalu la jugak datang surau awal lepas main tikam..agak-agak lain clear tak ada orang,aku amik tikar,amik sejadah,bentang satu-satu...masa tu rasa seronok bentang sejadah surau sorang-sorang..orang lain pon tak ada...kalau di tanya sekarang kenapa aku suka bentang sejadar masa dulu,aku tak dapat nak jawab sekarang..entah la,tapi serius seronok..heheheh..mak angkat aku sebelah rumah tahu aku bentang sejadah surau..then nanti muncul la kata-kata positif a.k.a pujian untuk aku...rasanya aku masa kecik dulu jejaka idaman taman sebab bentang sejadah surau..hahahhahah...mohon simpan muntah anda..

Teringat jugak ada satu kali tu aku terawih kat masjid...biasanya dulu surau buat 11,masjid  buat 23..aku pergi dengan sepupu aku terawih kat masjid...punya la lama + penat..ada sekali tu,tengah sujud,sepupu aku tnya,"banyak lagi ke weh?" dalam tengah sujud tu la aku jawab"dh nak abis dah..sikit jer lagi" pastu terus buat muka tak berslah bangun tahiyat akhir..hahah..budak2 punya perangai...ada satu tahun tu aku terawih penuh satu bulan..then dapat anugerah daripada Emak tersayang Almarhumah Hajah Norizah bt Hj Jantan sebnyak RM17...masa tu seronok sangat bila dapat duit RM 17..tapi serius,Emak aku inspirasi aku masa dulu tuk rajin solat terawih dengan susun sejadah surau,,terima kasih Emak..Im tak pandai nak ucap sayang pada Emak dengan Ayah...walaupun dari kecik Im tak penah rasanya sambut Hari Bapa ataupun Hari Ibu tapi sayang tu tetap mekar berkuntum..cuma Allah jer yang tahu betapa besarnya perasaan ni..kesabaran Emak dan kasih sayang Emak mengalir dalam diri Im...Insha-Allah Emak,kita sekeluarga akan reunion bersama di akhirat..bersama Abang Im yang pertama yang tak sempat kenal erti dunia..tunggu kami di syurga Ya Emak,Abang...lagi satu,Im nak cakap:

"Emak, Im dah besar sekarang.. :'D "

Wednesday, July 10, 2013

Air Manis

Bismillahirrahmanirrahim....

Aku tak pasti sama ada nak kategori kan peristiwa yang berlaku kat kem Nasuha Pagoh ni kepada ; Malu,Sedih,Gementar,Gembira?

Tapi yang pastinya perasaan tu bercampur baur sebenarnya..

Citer nya mcm ni..ada satu malam tu,Malam Citra Puisi kalau tak silap aku...aku masa tu join team urusetia..aku "bidan terjun" team urusetia untuk menyajak malam tu..pom pang pom pang persembahan kelas CB semua termasuk sajak,Cikgu Urusetia panggil la semua crew urusetia makan roti canai dia belanja kat dlam satu kelas ni...

Then aku pun beratur la amik roti canai..dalam kelas tu bukannya ada kerusi,kalau ada pun meja untuk JL..then crew lain semua duduk bersila dan bersimpuh...lepas aku dah amik roti canai,aku pun apa lagi bersila la..tetiba Cikgu Zack panggil "Kacang! Meh makan kat meja ni."..sebelah Cikgu Zack ada kerusi kosong..aku cakap "Tak payah la cikgu,saya makan bawah"..."Mari".aku pun naik..bile sampai kat meja tu terus gugup...depan aku ada sorang wirawati.alamk..tak biasa la pulak makan dengan budak perempuan 'stranger' depan aku..kalau kawan-kawan yang rapat tak apa..berderau darah aku.. "Ada orang nak kenal" (lebih kurang mcm tu la ayat Cikgu Zack..tak ingat aku..maaf kalau silap)..aku pun jadi kelam kabut..letak pinggang,letak cawan atas meja tu..aku tertoleh ke kiri nampak Cikgu Shuhada(kaunselor)..baru 2 saat aku toleh kekiri..BOOOOM!!..air dalam cawan aku yang atas meja tu tumpah sebab tempat yang aku letak tu betul-betul tak stabil antara 2 meja..cawan tu pulak suka main-main..kalau nak tumpah tu,menghala la kat aku tapi dia menghala kat Cikgu Zack,apa lagi melompat Cikgu Zack terbangun...lagi la mengelabah aku depan wirawati tu...cepat-cpat aku capai tisu atas meja..tekap kan atas meja dengan lantai...aku terpandang kasut Cikgu Zack,perkhhhh..kasut kulit tu..naya aku kalau air tu tumpah kat kasut dia..naseb baik tak kena...ini semua sebab gelabah la ni depan wirawati tu..kalau aku duduk bersila atas lantai,tak jadi mcm ni..haishhhh..serius segan aku dengan Cikgu Zack,Cikgu Shuhada dengan wirawati tu..lepas lap,dalam dua tiga kali telan jer aku dh abiskan roti sekeping tu...malu punya pasal...tak abis-abis aku minta maaf dengan Cikgu Zack masa tu..segan ya amat...apa pun aku seronok simpan situasi gelabah malam tu dalam kepala aku...minta maaf yer wirawati..maaf,maaf..aku mmg gelabah sikit..hahahha : D

P/s: Gua rasa wirawati tu tak baca blog gua,jadi gua boleh sebut nama dia dalam ni..hehehe.. Wirawati Delta(WWD)  Shafiqah Abdul Rahman a.k.a Scha

Friday, July 5, 2013

Married

Bismillahirrahmanirrahim..

7/6/2013  1.35 a.m.

Banyak benda dalam kepala aku sekarang,cuma kali ni nak fokus pada satu isu iaitu "KAWIN"

ARE YOU KIDDING ME?!!
Tak,tak..aku bukan kata nak kawin sekarang,cumanya orang sekeliling aku nampak terkehadapan pasal aku...baru 19 kot..baru-baru ni,best friend aku masa sekolah rendah dari darjah satu sampai darjah 6 yang selalu dengan aku main bola kat taman, yang selalu pergi skolah agama naik basikal lalu tepi sungai sama-sama dah pun menamatkan zaman bujang dia dengan gadis pilihan hati ketika umur 19 tahun..bile aku sebut kawan aku yg sama baya dengan aku ni dh kawin,terus dalam kepala orang pikir lain then tnya aku, "ada kes ker?"...jawapan aku mudah jer... "KUIH BENGKANG HANG"..kenapa mentaliti masyarakat kita ni mcm ni?!!!belum boleh nak terima lagi isu-isu istimewa mcm ni..kenapa pandang negatif orang yang kawin muda ni? ingat bile dengar orang kawin muda je mesti dh berlaku perkara tak baik sebelum tu?mcm tu? abis tu mcm mna pulak untuk orang-orang yang dh terlanjur dan sampai dh beranak tak kawin-kawin lagi??? jgn bagi aku jawapan " Ala,biasa la..perangai budak tgu mmg teruk"...Sekurang-kurangnya,kawan aku yang kawin muda ni berani amik risiko,sanggup bekerja keras untuk kawin...hantaran pun lebih 1K..aku tak nak sebut berapa....dia jugak amik keputusan yang tepat untuk kawin daripada berterusan kapel tak tentu arah,duit dah abis ratus-ratus beli hadiah,belanja makan,bawak jalan,agak2 dh tak "sehaluan" katanya,pastu putus..abis,mcm tu.?YAKUZA LA wey!! (cari makna yakuza tu)

Berbalik semula kepada isu kawin..masa lepas abis akad nikah kawan aku ni,aku duk lepak la dengan sorang lagi kawan aku,then ada pak cik kampung aku mencelah,katanya "Kawan ko sudah,ko bile lagi?" aku cakap" Eh? lama lagi kot".."ko jgn eh?eh?..patutnya Insha-Allah..kawan ko dh bukak jalan"..aku pun senyum jer la bila dia cakap mcm tu..

Then bile hari majlis kat umah kawan aku ni,bapa angkat aku yang duduk kat sebelah rumah pulak dari jauh tengah mkan cakap, "Ko kalau nak belajar,belajar dengan Si Piee tu ha(nama kawan aku yg kawin tu Shafiee)"..makna "belajar" tu bererti "KAWIN"...aku speechless lagi..haishh




So keadaan sekeliling aku nampaknya menekan sikit..aku bukan apa,berat hati sebenarnya..memang tak biasa dengan keadaan mcm ni..yelah,dari dulu lagi aku dh elakkan secara keras gosip-gosip cintan cintun ni..sampaikan kalau ada khabar angin bertiup yg kaitkan aku dgn orang lain,aku buat dunno jer sampai la berita tu senyap..ada sekali tu masa form 3,boleh pulak budak-budak pompuan ni tnya terus terang, "Ko suka sapa?"..aku diam jer la buat muka mcm tak ada perasaan sedangkan setahun aku berperang dgn diri sendiri sebab crush aku sekelas dgn aku..Ada jugak sekali tu,mama (mak baru) aku tnya,"Ko dh ada makwa ke?kalau tak ada mama carikan"...arghhhhhh..punya la terkejut aku dengan statement tu!fuhh..ampun bnyak-bnyak..aku sendiri tak dapat bayangkan sekuat mana ataupun seberani mana aku kalau ada makwa nak kenalkan pada ayah dgn mama aku..serius aku tak dapat bayangkan keadaan tu..aku penah jer tengok sepupu aku bawak gf dia jumpa bapa dia...waktu tu pakcik aku cool jer..tapi bila aku letakkan diri aku dlam situasi tu,aku rasa mcm lagi baik aku suruh family aku terus merisik...better family bertemu family...

So,aku tak merancang perkara ni akan berlaku dalam masa terdekat cuma berserah kepada Allah dan dalam masa yang sama berusaha seiring dengan doa dan tawakal..mengharapkan Iman ni masih kental walaupun sekarang aku berdepan dengan putri-putri Kolej Universiti Islam Melaka tempat aku bekerja hampir setiap hari,,mmg dugaan yang besar sebenarnya...apa pun, jika umur ini masih panjang,aku harap penyusunan perancangan aku berjalan dengan sebaiknya,apa pun perancangan Allah juga yang terbaik..Insha-Allah.

Sunday, June 30, 2013

So Swetttt!! :'D

Bismillahirrahmanirrahim...


Aku tengah seronok-seronok scroll TL FB then terjumpa status ni..aku jadi tersentak dan rasa sedikit geli-geliman bro..ya,memang la aku tak ada pengalaman sebenar ber"kapel" dalam dunia yang fana ni,tapi aku terpikir,motif apakah status ni digembar-gemburkan? Kepada akak,abang dan adik-adik yang mempunyai kerja sekolah berlambak tak siap lagi tu,saya ni faham yang bercinta ni lumrah manusia..bak kata orang Cinta Itu Suci..Suci Dalam Debu  lagi bak kata IKLIM...tapi masalahnya sekarang,awat nya ampa duk canang sana,canang sini yang ampa ni semua tengah bercinta?! Ingat orang lain tak bercinta ka apa? For Your Information,tak ada sapa yang kesah sangat dengan percintaan ampa yang masih bersekolah dan penuh dengan homework tu...Nobody Cares





Bukan aku tak suka tengok orang bercinta ni..sukeee sangat,cumanya aku malas la nak tengok drama berepisod yang tk berkesudahan ni..kalau masa bercinta tulis macam ni:

"Titew c4yg aw4k c4ngat-c4ng4t. Jag4 titew s4mpai bil3-bil3 t4w"

Then bila kau bercerai kapel ko buat drama lain pulak:

"Titew t4u titew tak sempurn4 utk 4w4k..semog4 4w4k b4h4g1a dgn di4"
Perkhhhh!! Ringan aja tangan aku bile baca bnda-bnda yang sejenis mcm ni...der,gua tak penah cintan-cintun ni..tapi hampir tu ada dulu masa form 5,tapi gua nak bagi satu tip jer...Bercinta secara rahsia lagi seronok,sebab apa? Sebab simpan rahsia itu menyeronokkan..

Sunday, June 23, 2013

Bubur Caca

Bismillahirrahmanirrahim
Hai,nama aku Imran @ Kacang
Aku tengah menghidap satu penyakit sekarang
Aku terpaksa bertarung nyawa
Penyakit aku ialah MALAS
Makin hari,makin malas nak blogging
Idea mcm-macm
Tapi tu lah,pemalas tahap 7

Untuk masa sekarang Alhamdullilah still sihat
Badan pun makin tuff(PEMBOHONG!)
Dah nak sebulan aku keje tolong parent kat kedai
setelah menggangur terlampau selama hampir 2 bulan
Aku rancang,dapat gaji nak beli PLAY STATION WEYY!!!
Aku tak penah ada PS
Yang ada pun game tape Mario dengan Olimpic

Semalam dapat berita yang sangat tak sedap
Aku rasa mcm kena tampar jer bile tahu hal ni
Apa boleh buat,hidup dalam sebuah organisasi
mmg bnyak cabaran dia
Sebelum ni aku lupa nak fikir tentang masalah mcm ni akan timbul
Asyik pikir nak kan organisasi hidup hebat ja
Sekali bila dh datang masalah mcm ni
Tersentak jugak!

Sabar,Sabar,Sabar..Be Strong

*p/s: serius caca marba post kali ni..

Thursday, May 30, 2013

AMARAN!! Spesifikasi 25SG !

AMARAN!
KEPADA YANG BERUMUR DI BAWAH 25 TAHUN,ANDA DILARANG UNTUK
MENERUSKAN PEMBACAAN ANDA KERANA ENTRY INI MENGANDUNGI
PERKARA-PERKARA YANG BERSIFAT GANAS TERLAMPAU!! 
JIKA ANDA BERKERAS UNTUK TERUS MEMBACA,SEGALA PERUBAHAN YANG BERLAKU 
KE ATAS DIRI ANDA SELEPAS INI ADALAH TANGGUNGJAWAB SENDIRI

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Bismillahirrahmanirrahim.....
Yoo Bro...dah hampir 2 minggu aku biarkan blog ni..alahai..sebelum ni hampir sebulan tak tulis tak kecoh pon...haishh..okay,aku dah bagi amaran kat atas,jgn teruskan pembacaan kalau kau bawh 25 tahun sebab perkataan yang akan digunakan selepas ni semuanya kasau-kasau..

Sapa penah dengar orang sebut
Hawau Kau!
Lahabau!
SuperHawau! 
Bakau Darah La Kau Ni!
C****a! (
H*****g!
B*****t!

Penah dengar tak orang negeri mana yang suka cakap macam ni? APA?! MELAKA?!! YESSSS!!! Betul!..105 Markah untuk hang...KasaU kan bunyinya??Kalu orang luar Melaka kalau dengar atau kena maki, aku rasa 90% akan terasa dalam hati and silap-silap haribulan boleh nanges..bukan nak menipu,tapi aku penah baca pengakuan orang yang nanges tu..

Penah tanya tak soalan ni?

1. Apsal orang Melaka cakap kasau dan sumpah seranah ni bagai?
2.Macam mana diorang boleh hidup dalam keadaan cakap kasau and maki-maki?

Meh sini aku nak citer.....

Sebenarnya,budaya cakap perkataan Lahabau,Superhawau,Hawau ni bukanlah sekasar spti mana orang luar pandang..tak,,serius aku cakap..uniknya Orang Melaka,walaupun perkataan itu nampak kasar,tapi bile kena tak makan sampai ke dalam hati pun..sebab kepelikan orang Melaka ni teramat sekali..perkataan-perkataan mcm tu sebenarnya ayat untuk bertegur sapa and mengeratkan silaturahim antara orang Melaka..BENAR!..aku cakap BETUL ni...kami tak makan hati pun bile orang-orang kami cakap mcm tu..cuma adat dan budaya orang luar saja yang tak paham 'keunikan' bahasa Melaka..belum lagi ko orang jumpa pakcik-pakcik dan makcik-makcik yanghard core lagi...luar dalam dia sebut..tak kira la ko anak sedara ke apa...dia akan bagi cukup-cukup sebelum dia ajak masuk rumah..sebab apa? sebab itu budaya sesetengah orang Melaka yang hard core..sesetengah tempat atau negeri tu kan berbeza adat,budaya,bahasa dan pemahaman dalam sesuatu perkara..sebagai contoh,kat Melaka kalau nak kupas buah Durian mereka akan kata " Botak! Tolong Kopek durian ni ha",,,cuba kalau ayat tu dia bawa ke Perak,jadi lain maksudnya

Entry ni bukanlah nak mengajar ampa semua mencarut atau nak memburukkan nama Melaka..cuma nak bagi pendedahan pada hang supaya kalau jumpa rakyat unik mcm kami ni masa melancong atau melencong ke Melaka,hang tak terkejut atau kecik hati kalau kena maki..cuba sekali sekala selami atmosfera Orang Melaka piau ni mcm mna...kalau nak lagi tahu cara hidup orang Melaka,KAWIN la dengan orang Melaka..hahahaha (okay,itu tak lawak..serius tak lawak)




Kapal Dagang Dari Seberang,
       Penuh Muatan Kayu Meranti,
Dari Jauh Tuan Hamba Datang,

       Jangan Terkejut Kalau Kena Maki.  
:D

ULAU MELINGKAU DI ATAS PAGAU!

VISIT MELAKA MEANS VISIT MALAYSIA

MELAKA NEGERIKU SAYANG,NEGERI BANDAR TEKNOLOGI HIJAU

-DATUK SERI MOHD ALI BIN RUSTAM-













Wednesday, May 8, 2013

#120 : Sekali Lagi

Bismillahirrahmanirrahim..

Terlalu banyak benda yang aku nak tulis sebenarnya...benda-benda yang jadi pada aku sejak bulan lepas,,tapi tu lah,idea jer ada kat kepala,tapi malas nak terjemah dalam blog..so aku ringkaskan aje dalam bentuk numbering..

1.   10-14 April aku jadi Fasi untuk Intergrity Champion Challenge(ICC) MRSM SeMalaysia di MRSM
      Batu Pahat.

2.    Masa jamuan makan ICC MRSM Batu Pahat ni,team kami seramai hampir 50 lebih orang ni mencatat
       rekod panjang resit makanan kami lebih tinggi daripada ketinggian manusia biasa.Makan sup gearbox,
       bubur,ayam tandori,otak-otak,nasi goreng kampung(semua makanan itu aku rasa..rasa jer okay..hahah
       #penipujerkalaurasa)

3.    Dalam perjalanan balik,beberapa kali mata aku terpejam tetido masa drive sebab terlalu penat..
       Alhamdulillah selamat sampai.

4.     25-28 April,aku gerak dengan 9 orang lagi senior Seketriat Pencegah Rasuah UTeM ke Universiti
        Malaysia Terengganu untuk Konvensyen Integriti dan Anti Rasuah (KIARA).

5.     Yang menariknya,asrama tempat aku tinggal terletak di hujung sekali dan "terpaksa" kononya melalui
        hampir separuh asrama mahasiswi (kalau UTeM mcm ni,hari2 aku tinggalkan assignment kat bilik.haha)

6.     Bilik aku tingkapnya menghadap ke arah asrama mahasiswi dan in between asrama tu ada court
        futsal.Sempat jugak aku tengok mahasiswi yang lemah lembut tendangannya menendang bola dengan
        agak sopannya(kalau lelaki main futsal,bergegar sudah jaring keliling tu).

7.     Sambutan kelahiran satu-satunya PUTERA kat rumah aku iaitu aku,terpaksa ditangguhkan daripada
        1 Mei kepada 5 Mei disebabkan ayah aku pergi Jakarta.

8.     Lastly(aku dh hilang idea),hari ni 9 Mei,aku berangkat SEKALI LAGI ke PLKN Pagoh sebab nak        
        pergi kursus BSKN di Rimba Resort Mersing esok..tata : D


END FOR #120 : SEKALI LAGI

Monday, April 1, 2013

#119 : Oh! Tak Sangka

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah,aku selamat sampai Melaka pukul 2 lebih tadi tadi dari Kem Pagoh...2 hari aku bertapa kat sana sejak 5 pagi Ahad sampai la tadi..sebenarnya,masa aku drive gi Pagoh pukul 4 lebih pagi tu,aku tak berapa nak sihat..kepala aku sakit giler..aku berenti R&R Bemban kejap sebab dah mmg tak tahan sakit kepala + nak muntah..waktu tu badan dah rasa melayang dah..tak boleh nak drive...aku relax kejap kat R&R tu..dalam 15 minit,aku sambung balik drive..Alhamdulillah,sampai jugak pagi tu..tak ada bnda yang yang jadi.

Untuk pagi tu,aku punya tugas ikut penyelaras kem pergi Stadium Kluang untuk uruskan pelatih Kem Hijrah dengan Kem Semarak(dua2 kem Pahang)..aku naik van denga TKL,Cikgu Zack,Ustaz,Encik Jeff,Cikgu Sukma dengan ada 2 tiga orang lagi..memang padat la kan van tu sebab 10 orang dalam tu...aku pulak duduk tengah2 antara Uztaz dengan En. Jeff..

Masa aku duduk sebelah En. Jeff ni la yang buat kan aku rasa hairan and tak sangka..selama ni dalam kem,bile sebut jer nama En. Jeff dengan Staff Ramli,boleh jadi kecut perut..tapi bila aku duduk sebelah dia..baru aku tahu sifat sebenar dia...En. Jeff ni memang peramah..bile aku datang kem jer menyibukkan diri,dia mesti tegur aku..senyum jer muka dia...

Masa dalam van,banyak benda yang berkaitan motivasi and kerohanian dia bagi tahu aku..antaranya la yang aku ingat :

1. "Kita bila buat kerja,niat ikhlas kerana Allah S.W.T"

2." Kau dah bertunang?"tnya dia..aku jawabla "Belum"..dia kata,,"Masa sekarang ni la kau kena doa banyak-banyak untuk dapat pasangan yang baik".."Kalau kita baik,pasangan yang kita dapat tu pun baik,kalau sebaliknya,dapat la pasangan mcm sebaliknya"(lebih kurang la maksud apa yang dia cakap tu)..."Lain la kalau Allah nak uji kita..,kita dah baik tapi Allah bagi kita pasangan yang tak baik"

Ada lagi satu bnda yang aku cuba ingat balik..tapi tak teringat apa yang dia pesan tu...ada lagi la beberapa perkara yang dia pesan cuma aku dapat tangkap dua tiga pekara jer..pastu bertukar topik pulak pasal JDT lawan Teganu aritu + TKL mencelah pasal MU lawan Sunderland..citer pasal Lahad Datu la,kepandaian bangsa israel laknatullah la...mcm2..tapi memang aku tak sangka bila dapat berbual dengan En Jeff and tahu sikap sebenar dia..orang kuat agama jugak dia ni...masa naik van pergi dengan balik Stadium Kluang..aku dengar En Jeff baca basmallah banyak kali...bagus dia ni..

Tulah..pengajaran jugak untuk aku..jangan menilai orang bnda yang buruk cepat sangat..malu diri sendiri jer nanti bila sangkaan kita tak betul


*p/s: Semalam ada beberapa orang kawan aku fly gi Ausiee dengan Jepun..malam ni lagi sorang ke Ausiee..kwan sejawatan dengan aku masa kat MRSM AG dulu..Alhamdulillah,rezeki korang..mungkin rezeki aku kat tempat lain..yang penting aku cuba tak kecewa walaupun jeles tersangat and usaha untuk degree nanti.. Insha-Allah

END FOR #119 : OH! TAK SANGKA



Thursday, March 28, 2013

#118 : Kacang Vs Almari

Bismillahirrahmanirrahim..


Beberapa minggu yang lepas aku kena buli dengan housemate aku..banquet punya housemate :D




Apa-apa pun yang berlaku tahun ni,kena sumbat dalam almari ker...kena perli ker.kalah lawan FiFA 12 ker...kena apa pun lah,aku bersyukur pada Allah S.W.T. sebab  kurniakan aku kawan-kawan yang sempoi kat UTeM terutamanya housemate aku..bab mengutuk,perli semua tu bagai dah biasa dah..kau perli aku,aku perli kau..apadahal..kita lelaki..kita ni kurang sket simpan dendam bile gaduh..abis gaduh,abis kutuk,abis la lepas tu...lain la girl...kalau bergaduh,boleh jadi dendam sampai lepas kawin...masam jer muka tu bile bertembung..cuba la rendah kan hati sket mintak maaf bile gaduh tu wahai girl-girl sekalian...ke aku salah kali ni pasal isu girl bergaduh sampai masam muka berkurun-kurun lamanya?Mungkin sesetengah aja yang mcm tu kot..aku kena positif sket..hohohoho

Kepada kawan DEN FKEKK yang sama dengan aku,aku ucapkan SELAMAT BERCUTI PANJANG SELAMA 5 BULAN bermula APRIL sehingga SEPTEMBER 2013...aku doakan semuanya akan baik-baik sahaja kat kampung masing-masing...jangan main mercun buluh,jangan merempit,kurangkan merokok kat kampung..tolong Atuk Nenek bersihkan reban ayam...kurangkan bershopping sebab PTPTN pun dah abis..semoga dipanjangkan umur dan berjumpa lagi untuk TAHUN 2 SEM 1..Insha Allah..

*P/s: UTeM nak selaraskan kemasukan Diploma dan Degree masa bulan 9..so sebab tu aku cuti lama..kalau tidak,bulan 6 aku dah masuk balik sama mcm Diploma Universiti lain..so,dah terjawabkan kenapa aku cuti lama?hohohoho...jgn tnya lagi..penat aku nak menjawabnya..aku ni dah mcm kena gantung universiti jer bila cuti sampai satu SEM  : D


END FOR #118: KACANG VS ALMARI

Thursday, March 21, 2013

#117 : Berpaling Tadah

Bisnillahirrahmanirrahim...

            Kalau post sebelum ni aku ada kata aku nak ulas pasal post aku hari tu,kali ni aku ubah fikiran sepantas bunyi bergerak..aku ubah fikiran,aku ubah semula laluan dan fahaman aku..aku rasa masa yang sangat sesuai untuk kembali BERPALING TADAH...masa yang sesuai untuk mengentalkan diri,meningkatkan ego dan mungkin juga mengkhianati diri sendiri sementara waktu..aku harap pengkhianatan ni  tak lama..bukan saja-saja untuk menumbangkan diri sendiri tapi hanya untuk cari semua perkara-perkara yang aku tinggalkan dulu..untuk lebih fokus ke hadapan...dan yang pentingnya,mengharapkan ada nilai aku ni di atas dunia ni dan akhirat sana..Insha-Allah.. 

"untuk dapatkan sesuatu yang lebih baik,pergorbanan kunci utama"


*p/s: minta maaf atas beberapa perkataan yang dilihat kasar...nampak kasar,tapi itulah perkataan yang paling tepat.

END FOR #117 : BERPALING TADAH

Tuesday, March 12, 2013

#116 : Short Post Lagi! Pemalas!

Bismillahirrahmanirrahim..

Satu lirik lagu lagi tuk short post..tak nak ulas panjang pasal lirik ni tuk masa ni...next post baru ulas kot..Insya-Allah :D


Bersaksi cinta diatas cinta

Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do'a



Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman



Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata



Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu



diistikharah cinta..



END FOR #115 : SHORT POST LAGI! PEMALAS!

Thursday, March 7, 2013

#115 : Putih Putih Melati

Bismillahirrahmanirrahim...


Siapa bilang aku seperti dia
Siapa bilang aku cintai dia
Sesungguhnya aku tak benar2 cinta
karna kau tak seputih melati
kalau ada hitam pasti ada putih
jika hatimu kelam tk mungkin bersih
tak usah kau lanjutkan tuk berbagi kasih
karna kau tk seperti melati ohhhh
putih2 melati
merah2 delima
siapa yg baik hati
pasti ku terima ahhh…
*P/s : short entry

END FOR #115 : PUTIH OUTIH MELATI

Sunday, March 3, 2013

#114 : Rojak Buah Satu!

Bismillahirrahmanirrahim..

Aku tempur hari-hari yang huru-hara minggu lepas...kehuru-haraannya bermula di sini:

 Isnin:-

Aku ada kelas Technical Communication...dalam kelas ni ada consultation pasal proposal yang setiap kumpulan kena buat..satu2 group kena present depan lecturer..bayangkan la satu-satu group kena basuh pasal kesalahan dalam proposal...lama giler hari tu rasanya..pukul 5 lebih baru aku dapat balik dalam keheningan hujan yang baru lepas lebat...malamnya pulak kena siapkan lakaran PCB board..mcm nak giler cuba betulkan connection wire dalam ARES..last2 give up..naseb baik kawan serumah ada lakaran lebih..

Selasa:-

Pagi tu buat mini project tuk Engineering Workshop(EW)..kalau malam semalamnya dh giler buat lakaran,hari ni kurang sket kegilaannya..pasal pagi ni kena buat real PCB board..kat lab Program Sarjana Muda(PSM) ni ada technician yang sememangnya baik hati..oppsss..sebelum tu,aku nak bagi tahu something..lecturer yang mengajar EW ni namanya Encik IMRAN....nama technician dalam lab PSM ni pun nama ENCIK IMRAN..dan nama pelajar untuk EW ni pulak PUN IMRAN...adoyai..sepanjang sem ni tuk kelas EW ni aku kena bahan jer pasal nama sama dengan guru-guru ni...aku terasa mcm membayangkan masa depan aku peringkat demi peringkat...pelajar->technician->lecturer....yang memburukkan keadaan aku dalam kelas ni bila nak guna ID password dalam komputer lab EW ni..Nama ID dah cantik dah,MAKMAL..bile ditanya passwaord tuk ID komputer tu,selamber jer lecturer aku sebut KACANG...HAH!?? first time dengar,aku pikir aku silap...telinga tersumbat..budak2 kelas aku pun terkejut..pastu dia ulang lagi password tu KACANG..perkhh..kena bahan aku lepas tu...serius beb,aku tak terlibat apa-apa dengan konspirasi makmal and subject EW ni...serius aku cakap...

lepas buat mini project,petang ada Test Lukisan Kejuruteraan...naseb baik test tu tak menyiksakan pasal aku ada la jugak basic LK guna komputer sket-sket..

Rabu:-

Pagi tu ada lab Computer Programming..mcm biasa la..aku amik kepakaran aku ja dalam lab tu..aku tak pandai nak buat programming,jadinya aku buat lab report..partner aku sorang lagi buat la programming tu

Lepas tu,ada lagi Technical Communication...kali ni aku dah ready..kalau lecturer basuh team aku,aku cuba tuk defend..masa kena consult proposal tu ada la jugak rasa tegang suasana kejap..dalam sekali dua..sebab mcm dh nak giler kot buat proposal pastu kena basuh..team aku kira bernasib baik la jugak tak banyak masalah..team yang lain dh berapa kali kena reject buat balik..tak ke penat..tapi tak pa..berguna tuk masa kerja skill proposal ni nnty..kami paham objektif lecturer..

Petangnya ada test Computer Programming..mcm hape aku jawab tah...aku mmg tak berapa minat dengan subjek ni.

Khamis:-

Lega sket hari ni..kelas start kul 11 pagi bermula dengan programming...lecturer bagi jawapan tuk test semalam..apa yang mampu aku buat,tunduk dan salin jawapan sebab segan tak boley jawab test semalam..hancus..pastu pukul 2.30 bersambung dengan TITAS..yang ni aku syok sket pasal ada presentation..malam sebelumnya aku dah mcm nk giler buat montaj tuk presentation TITAS ni..dari pukul 10 lebih malam sampai ke pukul berapa tah,aku stop kejap main FiFA12 sebab tekanan video aku buat rosak..pastu pukul 2.30 aku sambung balik buat video sampai pukul 6 pagi...tak tido sebab excited nak buat video..lepas solat Subuh bari aku mati kan video tu tok step terakhir..pastu baru aku tido sampai 10 lebih(kelas kul 11 la katakan)..aku pun present la video tu dengan muka blur pasal tak cukup tido

Jumaat:-

Test Prinsip Electronic pukul 3.30...Alhamdulillah..aku dapat jawab walaupun awalnya aku blur..tapi Alhamdullillah,aku senang hati petang tu.. :D mcm tu la ceritanya..bercampur-campur keje aku..

*P/s: aku nak upload video yang aku buat tu..tapi kondisi broband tidak mengizinkan :(



END FOR #114: ROJAK BUAH SATU!




Sunday, February 24, 2013

#113:Potong Betul La!

Bismillahirrahmanirrahim..

25/2/2012(1.58AM)

Malam ni,duk lepak..buat mini project,agak-agak rasa mcm dh tenang jer hati tengok mini project dh ada bentuk sket,sambung study FiFA 13..aku kalah beberapa match..ceyt,kena study lagi FifA 13 ni..aku kajp menang,kejap kalah..kiranya tak kosisten usaha tu tuk berjaya menang lawan semua gamer rumah aku ni..hahah..okay la,aku Semi-Pro kot..mana nak challenge Profesional dgn World Class..so,jawabnya,usaha lebih sket main FiFA 13 ni..

Dalam kepala aku tengah duk pusing pikir nak ulas tentang satu tajuk ni aku terbaca dalam satu blog..tapi rasanya tak produktif pulak kepala ni nak cari idea tuk ulas kenyataan tu..yelah..kena guna critical thinking kalau nak ulas secara cepat..tapi tak per la..aku rasa bukan sekarang tuk ulas..

Jadinya,aku nak citer sket apa yang jadi semalam punya pagi(maksudnya malam sabtu,pagi ahad)..pukul 12 lebih pagi semalam,aku duk penat bilik sebab baru balik "exercise" katanya..tiba-tiba lapar la pulak..turun bawah,bukak peti ais mcm biasa,then tengok ada sosej tuk dikekahkan..goreng 4 batang,lebih simpan..habis makan,lapar lagi..ceyt,,aku pun apa lagi,start enjin kete,pergi cari kedai 24 jam kat tepi Tesco Cheng..beli maggie pastu masuk kete balik...masa tu dah terpandang dah motor bnyak-bnyak dh berkumpul depan Tesco,Mcd and etc..walaweiii..ada game ka kat tempat aku ni?tak penah tahu pun...tempat yang mereka-mereka berkelah dengan asap motor ni mmg jalan lurus..aku pun tak penah tahu yang depa lepak situ...jadinya,aku pun cepat2 masuk kete,den masuk kat taman aku...pastu parking hampir dengan jalan raya yang lurus tu..turun kete pastu tenung la kumpulan2 motor tu..perkhhh..gempak seyy..aku punya agakkan la,semalam ada lebih 100 motor kumpul tepi jalan tu..tapi berkelompok la..wahhh,syok pulak aku tengok..

Jalan yang depa duk lepak tu,mmg jalan besar...bawah flyover..so,mmg ada traffic light...mereka-mereka yang mempunyai roda 2 yang baru lepas traffic light bila tngok geng-geng motor ni ramai,mula la nak membakar minyak..giler la..bila ada satu dua motor yang bakar ekzos,mula la scene kejar mengejar..hohohohohoho....aku dapat tengok secara LIVE..satu kelompok start race...berdesuppppppppp itu motor lari

Tengah-tengah duk tengok bakar ekzos,race and bunyi memekak,tiba-tiba aku ternampak satu kete kotak masuk dari arah Stadium Hang Jebat...adoiiii..sekali Black Maria sudah mai..potong mood btol la Black Maria ni...apa lagi,,berdesup motor-motor yang ada kat depan Tesco tu start enjin motor lari..pantas sey diorang blah,...berdesup desup motor tu blah..aku dh nampak Black Maria tu,aku pun apa lagi,chow la..cepat-cepat aku masuk kete and  blah..ada apek yang naik motor,sama-sama tengok kejadian tu pun cabut jugak...fuuuuuuhhhh..nasib baik selamat..

Dalam aku duk tengok motor-motor duk race tadi..aku terpikir,masyarakat kita pandang apa pada mat-mat motor ni selain daripada "orang yang kurang berguna"?Adakah kita rugi anak-anak Melayu kita jadi mat rempit?kalau dari sudut negatifnya memang jawapan YA..tapi dari sudut Positif aku,aku rasa negara kita kerugian RIBUAN malah mungkin RATUSAN RIBU perlumba berbakat dan juga yang Hati Kering!...lupakan sekejap perbuatan-perbuatan mereka yang tidak bermoral spt bertaruh,mungkin juga aktiviti minum mereka dan perkara-perkara tak bermoral lain...tapi pandang cara tuk menarik mereka ke arah perkara yang betul..sampai bila kita nak hina mereka ni?tapi kita sendiri tak ada cara nak tunjukkan mereka ke arah yang betul..Cakap Senang Laaa..

P/S: Menteri Besar Ngori Sembilan,mungkin dianggap salah seorang yang berjaya menangani kes mat motor di N9..inisiatif beliau wujudkan bnyak court Futsal kat N9 nmpaknya berjaya ubah haluan mat motor kepada Futsal player..walaupun tak dapat nak ubah semua..sikit pun syukur la :D

END FOR #113 POTONG BETOL LA!

Monday, February 18, 2013

#112 Awesome Chuck

Bismillahirrahmanirrahim..

YES!! aku baru lepas abiskan episod terakhir CHUCK Season 5...dah nak dekat sebulan aku duk marathon citer dari Season 1 lagi..citer ni sangat exciting sebab bnyak giler action...aku salute tuk pengarah tv series ni sebab idea dia bawak sangat unik...aku bnyak belajar daripada cerita ni...belajar code rahsia,cara tuk peka dengan bnda yang jadi kat sekeliling..belajar tuk paham yang semua bnda jadi kat sekeliling kita hari-hari ada kaitan dengan sesuatu...belajar jadi berani tuk hadap orang ramai,belajar tuk jadi ego untuk certain situation and bnyak lagi...yea..bile minit-minit terakhir citer ni nak abis,rasa mcm sket sedih jugak la sebab aku just mcm janggal bile tak ada sambungan lagi citer ni..and ending dia pun sangat tacing bagi aku..

Lepas ni aku akan rindu dngan Chuck,Sarah Walker,John Casey,Morgan Grimes,Ellie,Devon(Awesome),
Lester,Jeffrey,Big Mike and ramai lagi yang dalam citer tu yang aku tak boley nak sebut..citer ni tak ada la berat sangat mcm CSI,dia ada selingan tuk part-part lawak bodoh tuk imbang apa yang berlaku dalam citer ni..apa yang penting,aku akan rindu  dengan semua yang ada dalam citer ni sepanjang 5 season ni..

CHUCK IS AWESOME

Dari Kiri : John Casey,Sarah Walker,Chuck,Ellie,Devon Woodcomb,Morgan Grimes

END FOR #112 AWESOME CHUCK

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...