Terlalu banyak benda yang aku nak tulis sebenarnya...benda-benda yang jadi pada aku sejak bulan lepas,,tapi tu lah,idea jer ada kat kepala,tapi malas nak terjemah dalam blog..so aku ringkaskan aje dalam bentuk numbering..
1. 10-14 April aku jadi Fasi untuk Intergrity Champion Challenge(ICC) MRSM SeMalaysia di MRSM
Batu Pahat.
2. Masa jamuan makan ICC MRSM Batu Pahat ni,team kami seramai hampir 50 lebih orang ni mencatat
rekod panjang resit makanan kami lebih tinggi daripada ketinggian manusia biasa.Makan sup gearbox,
bubur,ayam tandori,otak-otak,nasi goreng kampung(semua makanan itu aku rasa..rasa jer okay..hahah
#penipujerkalaurasa)
3. Dalam perjalanan balik,beberapa kali mata aku terpejam tetido masa drive sebab terlalu penat..
Alhamdulillah selamat sampai.
4. 25-28 April,aku gerak dengan 9 orang lagi senior Seketriat Pencegah Rasuah UTeM ke Universiti
Malaysia Terengganu untuk Konvensyen Integriti dan Anti Rasuah (KIARA).
5. Yang menariknya,asrama tempat aku tinggal terletak di hujung sekali dan "terpaksa" kononya melalui
hampir separuh asrama mahasiswi (kalau UTeM mcm ni,hari2 aku tinggalkan assignment kat bilik.haha)
6. Bilik aku tingkapnya menghadap ke arah asrama mahasiswi dan in between asrama tu ada court
futsal.Sempat jugak aku tengok mahasiswi yang lemah lembut tendangannya menendang bola dengan
agak sopannya(kalau lelaki main futsal,bergegar sudah jaring keliling tu).
7. Sambutan kelahiran satu-satunya PUTERA kat rumah aku iaitu aku,terpaksa ditangguhkan daripada
1 Mei kepada 5 Mei disebabkan ayah aku pergi Jakarta.
8. Lastly(aku dh hilang idea),hari ni 9 Mei,aku berangkat SEKALI LAGI ke PLKN Pagoh sebab nak
pergi kursus BSKN di Rimba Resort Mersing esok..tata : D
END FOR #120 : SEKALI LAGI
No comments:
Post a Comment