Friday, July 5, 2013

Married

Bismillahirrahmanirrahim..

7/6/2013  1.35 a.m.

Banyak benda dalam kepala aku sekarang,cuma kali ni nak fokus pada satu isu iaitu "KAWIN"

ARE YOU KIDDING ME?!!
Tak,tak..aku bukan kata nak kawin sekarang,cumanya orang sekeliling aku nampak terkehadapan pasal aku...baru 19 kot..baru-baru ni,best friend aku masa sekolah rendah dari darjah satu sampai darjah 6 yang selalu dengan aku main bola kat taman, yang selalu pergi skolah agama naik basikal lalu tepi sungai sama-sama dah pun menamatkan zaman bujang dia dengan gadis pilihan hati ketika umur 19 tahun..bile aku sebut kawan aku yg sama baya dengan aku ni dh kawin,terus dalam kepala orang pikir lain then tnya aku, "ada kes ker?"...jawapan aku mudah jer... "KUIH BENGKANG HANG"..kenapa mentaliti masyarakat kita ni mcm ni?!!!belum boleh nak terima lagi isu-isu istimewa mcm ni..kenapa pandang negatif orang yang kawin muda ni? ingat bile dengar orang kawin muda je mesti dh berlaku perkara tak baik sebelum tu?mcm tu? abis tu mcm mna pulak untuk orang-orang yang dh terlanjur dan sampai dh beranak tak kawin-kawin lagi??? jgn bagi aku jawapan " Ala,biasa la..perangai budak tgu mmg teruk"...Sekurang-kurangnya,kawan aku yang kawin muda ni berani amik risiko,sanggup bekerja keras untuk kawin...hantaran pun lebih 1K..aku tak nak sebut berapa....dia jugak amik keputusan yang tepat untuk kawin daripada berterusan kapel tak tentu arah,duit dah abis ratus-ratus beli hadiah,belanja makan,bawak jalan,agak2 dh tak "sehaluan" katanya,pastu putus..abis,mcm tu.?YAKUZA LA wey!! (cari makna yakuza tu)

Berbalik semula kepada isu kawin..masa lepas abis akad nikah kawan aku ni,aku duk lepak la dengan sorang lagi kawan aku,then ada pak cik kampung aku mencelah,katanya "Kawan ko sudah,ko bile lagi?" aku cakap" Eh? lama lagi kot".."ko jgn eh?eh?..patutnya Insha-Allah..kawan ko dh bukak jalan"..aku pun senyum jer la bila dia cakap mcm tu..

Then bile hari majlis kat umah kawan aku ni,bapa angkat aku yang duduk kat sebelah rumah pulak dari jauh tengah mkan cakap, "Ko kalau nak belajar,belajar dengan Si Piee tu ha(nama kawan aku yg kawin tu Shafiee)"..makna "belajar" tu bererti "KAWIN"...aku speechless lagi..haishh




So keadaan sekeliling aku nampaknya menekan sikit..aku bukan apa,berat hati sebenarnya..memang tak biasa dengan keadaan mcm ni..yelah,dari dulu lagi aku dh elakkan secara keras gosip-gosip cintan cintun ni..sampaikan kalau ada khabar angin bertiup yg kaitkan aku dgn orang lain,aku buat dunno jer sampai la berita tu senyap..ada sekali tu masa form 3,boleh pulak budak-budak pompuan ni tnya terus terang, "Ko suka sapa?"..aku diam jer la buat muka mcm tak ada perasaan sedangkan setahun aku berperang dgn diri sendiri sebab crush aku sekelas dgn aku..Ada jugak sekali tu,mama (mak baru) aku tnya,"Ko dh ada makwa ke?kalau tak ada mama carikan"...arghhhhhh..punya la terkejut aku dengan statement tu!fuhh..ampun bnyak-bnyak..aku sendiri tak dapat bayangkan sekuat mana ataupun seberani mana aku kalau ada makwa nak kenalkan pada ayah dgn mama aku..serius aku tak dapat bayangkan keadaan tu..aku penah jer tengok sepupu aku bawak gf dia jumpa bapa dia...waktu tu pakcik aku cool jer..tapi bila aku letakkan diri aku dlam situasi tu,aku rasa mcm lagi baik aku suruh family aku terus merisik...better family bertemu family...

So,aku tak merancang perkara ni akan berlaku dalam masa terdekat cuma berserah kepada Allah dan dalam masa yang sama berusaha seiring dengan doa dan tawakal..mengharapkan Iman ni masih kental walaupun sekarang aku berdepan dengan putri-putri Kolej Universiti Islam Melaka tempat aku bekerja hampir setiap hari,,mmg dugaan yang besar sebenarnya...apa pun, jika umur ini masih panjang,aku harap penyusunan perancangan aku berjalan dengan sebaiknya,apa pun perancangan Allah juga yang terbaik..Insha-Allah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...