Monday, April 2, 2012

Takdir dan Hakikat



Bismillahirrahmanirrahim...

hurm,waktu ni aku tngh tergamam sekejap..kira mcm shock!..hahahahaha..sepatutnya malam ni(malam lgi ker kalau dh pukul 3.51 pagi ni?) aku nak story pasal sorang budak ni..kira kembar atau kalau orng kampung aku sebut 'twin" la yg aku jumpa masa aku kat dalam kem Plkn nasuha dulu...tp aku rasa tak jadi sebab aku bru aja dikejutkan dgn satu statement(aku tak thu la memain ker apa)yg buat aku tersentak and idea aku nak citer pasal twin aku ni dh lari jauh....kuat btol effect statement tu....fuhh..sabar jer la..istighfar bnyak2...mgkin bnda kejutan ni kifarah utk dosa2 aku..bak kata cikgu aku' Apa-apa pun yg terjadi,sebut Alhamdulillah'..so,Alhamdulillah...mungkin ada hikmah yg tersembunyi..sorang lagi cikgu aku penah cakap, 'Hikmah tu,kita tak boley NAMPAK,tapi boley RASA'..so hikmah yg Allah beri tu aku boley anggap sebagai rezeki yang tidak di sangka-sangka dan satu bnda yg ajaib...baik,kita balik semula pada bnda sebenar yg aku nak bawak malam ni..



Ku rindu kasih sayangmu
Kau pergi tinggalkanku
Masih lekat di hati ini
Kau bilang ku mutiara hati…

Ya Allah berikanlah aku
Bunda yang berhati mulia
Sebagai ganti dia yang pergi
‘Tuk membimbing menuju Ridho-Mu



Dalam kepala aku ada tersimpan kukuh lagi satu kenangan kat Kem Nasuha...kenangan tu ada kaitan dgn video and bait-bait lagu kat atas....peristiwa tu berlaku lepas maghrib yang mana waktu tu jurulatih fizikal aku,Cikgu Harizan bawak satu topik yang agak berat sebenarnya.dalam ceramah dia...sebab apa aku kata berat?,ceramah maghrib dia tu menuntut pelatih2 yg dengar waktu tu untuk nanges(bukan senang nak buat orng menanges beb kecuali ko cubit hidung dia kuat2..ahhaha)....tajuknya berkisar tentang Ibu Bapa...tujuannya waktu tu untk kami yg ada dalam surau waktu tu,mengenang,mengimbas serta mengerti betapa pentingnya ibu bapa kepada kita...dalam sedu-sedan pertengahan ceramah,aku kira belum nanges lagi la sebab waktu aku dah set dalam kepala aku"tak payah nanges,tahan okay"...AWATNYA HANG EGO SANGAT NI SAMPAI TAK NAK NANGES??...mgkin ada yg tertanya-tanya kenapa aku tak nak nanges,tp aku ada sebab tersendiri..Insya-Allah,akhir post ni aku bg thu....


Masa pertengahan ceramah tu,tiba2 cikgu aku ni cabar pada kita orng,sapa yang berani nak citer pasal mak ayah dia...tiba2 ada sorang budak kompeni Delta (APIZ) bngon and cerita pasal parents dia...habis jer dia story semua,cikgu cabar lagi sapa yg nak citer pasal parents dia...aku masa tu,tah mana punya berani dtng tah bangon untk cerita...waktu tu dalam kepala aku mcm dh set satu bnda jer aku nak citer..aku nak citer "Saat-saat terakhir arwah emak tersayang aku(Hajah Norizah bte Hj Jantan)"..aku rasa bnda tu perlu dicerita sebab bg aku,mcm biasa yg aku cakap "Semoga ada sekelumit manfaat untuk orng lain"..so aku harap waktu tu,ada bergunanya aku dgn citer aku pada orng lain malam tu...waktu bercerita tu,aku hampir2 nanges sebenarnya...walaupun nmpak mcm relax jer,tp kenyataannya aku hampir nanges...tp air mata tak jatuh sebab masa tu Cikgu Harizan gosok belakang aku..so,aku rasa mcm dapat semangat untk tahan nanges...habis jer aku bercerita,Cikgu Harizan pulak bercerita mngenai saat2 terakhir pemergian ayahandanya..and waktu tu dia menangis sebab ada perkara yang dikesalkan...pastu,cikgu Harizan panggil semua pelatih lelaki and perempuan yg dh tak ada ibu atau bapa atau kedua2-duanya(termasuk aku) berdiri kat depan..diberi ruang kat bebrapa pelatih untuk sampaikan sedikit pesanan pada pelatih2 yg masih ada lagi ayah dan ibu...waktu tu baru kita orng semua ni kenal mana pelatih2 yg dh tak ada orng yg tersayang..


Waktu cikgu Harizan tengah cakap2,ada satu bnda yg dia sebut,tiba2 pelatih2 yg tengah duduk ni,bangon dan peluk kita orng yg tengah berdiri ni...ada la dalam 4 ke 5 orng peluk aku masa tu..and waktu tu rasa sangat hiba sedih...diorang ucap kat aku 'mintak maaf Imran,aku tak thu pon cerita ni', 'sabar Imran sabar'....aku hanya mampu sebut 'tak per2..TAKDIR'....perkataan TAKDIR tu sebenarnya yg menjelaskan kenapa aku tak menangis sangat2 malam tu...selepas tu,aku minta izin pada cikgu nak buat sikit pesanan dan lepas tu aku nyanyikan sikit potongan lagu Mutiara hati(yg video kat atas tu)..apa yg buatkan aku terkejut,aku nampak ada pelatih wirawati yg menangis sangat2 bila dngar bait-bait lagu yg aku nyanyi tu..hiba btol dia masa tu...pelatih lelaki pon ada yg menangis jugak....aku mgharapkan air mata yang mengalir itu ada manfaatnya seperti kata-kata ni "semoga air mata keinsafan yang mengalir itu akan memadamkan api neraka daripada membakar kita'..

Baik,secara amnya..TAKDIR itu biasanya orang kata ketentuan daripada Allah dan Hakikat itu adalah perkara yang sebenarnya...selama ni,kita boleh dikatakan sukar untuk menerima kedua-dua situasi ini..kita sebenarnya kena biasakan untuk cepat menerima kedua-dua perkara ini supaya masa kita itu tidak terbuang dengan sia-sia..sebagai contoh,kita ada satu bantal peluk yang sangat kita sayang...kita tak boleh nak tidur kalau tak ada bantal peluk tu..tp malangnya,satu hari,kita bercuti dan tido kat hotel,then bantal tersayang tu tertinggal kat rumah..adakah waktu itu kita akan menerima HAKIKAT bantal tu dah tertinggal kat rumah?pasti kita sukar nak terima and kita akan kata "Mcm mana nak tido,bantal peluk tak ada"..pastu,bukan takat tu aja,kita akan mngamuk and buatkan orng lain tak boley tido sebab nak tenangkan diri kita...cuba waktu tu,kita kata pada diri kita,"Ko kena belajar terima hakikat yg bantal ko tu kat rumah!"..then msti kita boley tido nyenyak malam tu,orng lain pon tak susah..haaa..panjang tak entry aku kali ni???panjang kan?tak per bukan selalu pon...

Last sekali untuk entry ni,aku nak citer kenapa aku tak nanges masa malam tu,jawapan aku senang jer. "Aku tak nak orng tengok aku nanges sedu sedan kat dalam surau jer,pastu bape saat lepas keluar surau aku ketawa mcm orng gila..seolah-olah aku tak insaf pon dgn apa ceramah yg orng sampaikan"..tp itu cuma pandangan aku jer...okay la,jam dh pukul 5.03..aku nak out dulu..salam.. :D


teringat pulak mesej twin aku
lepas ceramah malam tu
dia tulis mcm ni
"twin,be strong ;)"
thank you very much Nursyafinaz

6 comments:

  1. wah terharu jap :') memang sbijik sbijik kau salin ayat aku tu. haha rase nak nangis lak ttbe huuu~

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. hahahah..tak yah nak terharu sangat la kan... :P aku simpan lama kot mesej tu.. :D

    ReplyDelete
  4. awesome laa kacang. kau memg strong la kan nak face tuh semua.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...