SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 2012 semua!!
Hari raya korban taun ni jatuh hari Jumaat,,so kaum2 adam akan berasa agak lemau sket pasal kena dengar 2 khutbah,,hahaha..tapi jgn anggap benda tu terpaksa,,,yg kita tak suka tu kadang2 manfaat dia lagi besar berbanding dgn bnda yg kita suka...
Aku ingt lagi masa kecik2 dulu..aku kurang gemar kalau2 hari raya sama ada aidiladha or aidilfitri jatuh pada hari Jumaat,Sabtu and Ahad...aku tak brapa gemar hari raya masa Jumaat sebabnya seperti di atas la..tapi tuk hari Sabtu dgn Ahad ada sebab yg menarik..hehehe..jap aku story..
Kampung aku biasanya bila solat raya,dia akan start pukul 8.30 pagi..so masa dulu aku ada satu kampung jer pasal mak ayah aku kan sekampung...pagi2 raya biasanya family aku mesti singgah umah nenek aku dulu pasal biasanya pak cik makcik aku akan berkampung kat situ dulu pagi raya and then berkonvoi g masjid jalan kaki..sebab keduanya aku g umah nenek aku pagi tu ialah confirm-confirm la nak sebat duit raya drpada pakcik2 aku..pagi tu buat la muka tersenyum-senyum depan depa...ko bayangkan dalam masa satu pagi sampai la abis solat raya aku boley kumpul bnyak duit raya,,,pasal family belah mak aku besar..sekarang ni pun sepupu aku dh cecah 40 lebih..ko bnyangkan la mcm mna pening ker idak pak cik makcik aku nak bg duit raya..tapi kanak ribena mcm aku jer la yg dapat....
Atuk belah mak aku,dia ni bekas Imam kampung,,jadinya bila pagi raya,,dia mesti pergi masjid awal sebab nak takbir raya..kalau aku pergi masjid nak solat raya,jgn harap la nak jumpa atuk aku ni kat tngh masjid ker apa..port dia mesti kat depan sekali...so biasala,pagi raya ada orang lead takbir guna microphone...biasanya yang lead takbir ni orang yg duk saf paling depaaaaannnnnn sekali...jadinya,masa ikut takbir raya,aku duk meneka ni suara orang yang lead takbir ni...time tiba turn atuk aku yang lead,bukan main suka+bangga lagi..biasa la,,siapa tak bangga suara atuk sendiri berkumandang satu kampung..hahah
Berbalik pada sebab kenapa aku tak brapa gemar raya hari sabtu or ahad ialah kebiasaannya solat raya tempat aku akan mula 8.30 sperti mana yang aku cakap tadi and then lepas solat raya ada khutbah...khutbah tu start dalam lebih kurang 8.50 or 9.00 pagi something la...so,bila abis jer solat raya,aku dh mula resah...aku dah tak senang duduk dah asyik pandang jam....pasal apa?pasal dulu masa aku kecik2 citer Dragon Ball start around 9pagi or 9.30 pagi..aku pun tak ingat dah...aku jarang miss citer 7 bola naga tu..jadinya kalau khutbah abis lambat,aku akan terlepas citer tu dan rasa menyesal tak sudah..tu yg tak duduk diam dalam masjid masa khutbah raya..haa,,begitulah ceritanya...
Keluarga SuperSaiya!
END FOR BOLA NAGA
No comments:
Post a Comment