Sunday, November 21, 2010

Datuk Lee Chong Wei Tewas Kepada Lin Dan di Final Sukan Asia Guangzhou, China 2010


Wira badminton perseorangan lelaki negara iaitu Datuk Lee Chong Wei tewas kepada seteru utamanya dari negara China iaitu Lin Dan pada perlawanan akhir badminton Sukan Asia di Guangzhou, China 2010.Aksi pada set yang pertama memperlihatkan kedua-dua pemain mempamerkan permainan yang begitu berhati-hati bagi mengelakkan kesilapan berlaku seterusnya memberikan mata percuma kepada pihak lawan.Tetapi set pertama berjaya dimenangi oleh Lin Dan dengan keputusan 21-13.Seawal set kedua bermula,Datuk Lee Chong Wei mula mengubah rentak permainan daripada permainan yang disifatkan sebagai berhati-hati pada set pertama kepada permainan yang bercorak agresif bagi menumbangkan Wira China tersebut dan seterusnya mengheret permainan ke set yang ketiga.Corak permainan agresif yang ditunjukkan beliau ternyata membuahkan hasil apabila memperoleh kemenangan di set yang kedua dengan keputusan 21-15.Pada set penentuan pula iaitu set yang ketiga memperlihatkan kemahiran sebenar Datuk Lee Chong Wei diuji dengan begitu kuat sekali apabila Lin Dan mempamerkan corak permainannya yang sebenar.Lin Dan menguasai rentak permainan dengan mengutip satu demi satu mata daripada Wira negara kita.Lin Dan meninggal Datuk Lee Chong Wei dengan jarak mata yang begitu besar iaitu 4-o pada mulanya.Seterusnya jarak mata diperbesarkan lagi kepada 8-1 sebelum menang muda dengan keputusan akhir 21-10.

Inilah lumrah bagi setiap pertandingan,ada yang menang dan ada yang kalah.Walaupun Datuk Lee Chong Wei tewas buat kali yang kedua di temasya sukan yang begitu besar yang diadakan di China di tangan Lin Dan,tetapi kita perlu berterima kasih kepada beliau kerana telah menunjukkan semangat dan kesungguhan yang tinggi ketika menghadapi seteru utamanya itu.Mungkin Lin dan nasib menyebelahi Lin Dan kerana mendapat suntikan moral yang cukup tinggi daripada jurulatih serta kelebihan bertanding di halaman sendiri dimana penyokong beliau yang hadir cukup ramai baginya menyerap seluruh kekuatan untuk memenangi perlawanan menentang Datuk Lee Chong Wei.Apapun kita perlu memberikan sokongan yang padu dan berterusan kepada Datuk Lee Chong Wei.Kami rakyat Malaysia mengucapkan SELAMAT MAJU JAYA KEPADA DATUK.

Ini sajalah tuk post kali ni mengenai perlawanan akhir badminton antara Wira Perseorangan Negara kita menentang Wira dari negara Tembok Besar yang aku tengok hari tu..Ternyata tembok besar itu masih kukuh dipertahankan oleh Lin Dan.Insya-Allah aku akn tulis lagi dalam blog ini pada masa akan datang.....MY LIFE STORY.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...