

Hari aku bertarikhkan 18 November 2010,aku diuji oleh Allah S.W.T. dengan demam yang sangat teruk...sebenarnya aku dah berasa kurang sihat lebih kurang 2 minggu lepas(lepas jawap kertas Prinsip Akaun 2-hari Khamis)..tp aku dah makan panadol yang aku beli masa pergi semayang Jumaat..keadaan aku menjadi lebih teruk waktu petang Jumaat tu.Pikir punya pikir,aku buat keputusan nak jogging petang tu tuk kluarkan peluh...petang tu aku pon jogging la dgn beberapa orng kawan baik aku,,,kitaorang berlari pusing maktab..Alhamdulillah,aku sudah pulih sedikit lepas tu tp masalah lain lak yang datang...kaki aku rasa longgar pulak lepas lari 3 round non-stop(sapa suruh x turun riadah selalu)...berhari-hari kaki aku terasa longgar....lama la jugak nak baik... Sewaktu hari terakir sekolah(Jumaat-12.10.2010) demam aku x der la teruk sangat..hari tu aku happy sngt sebab x sabar nak balik umah..petang hari tu ada majlis perkahwinan.Aku pon join la majlis tu tanpa amik peduli aku punya saket...sepanjang majlis perkahwinan tu berlangsung selama 3 hari(Jumaat sampai Ahad) aku x banyak membantu sebab aku bnyak menghabiskan masa tuk rehatkan badan sebab badan terasa lemah.Hari Ahad tu,waktu aku nak balik ke rumah dgn ayah aku,aku singgah jap kedai D'Mart kt depan umah aku tuk beli panadol soluble...Aku ingt lepas tu aku sembuh la tp tak rupanya...
Hari ini(18.10.2010) demam aku menjadi sngat teruk,mula2 x der apa2 tp dalam lebih kurang pukul 2 petang,aku diserang sakit kepala yang teramat sangat....kepala aku dah macam nak pecah...mata aku dah merah...aku rasa macam aku ni HARRY POTTER jer sebab sakit teramat sangat terasa kat dahi..aku call mama aku,tanya balik kol berapa sebab aku dah x tahan lagi sakit kepala...dia kata dia balik kol 6 petang..aku pon cakap x per la,aku cuba tahan saket tu...
tp susah jugak aku nak tahan saket tu...aku rasa dah macam nyawa2 ikan dh masa tu...mata aku dh meleleh air mata...aku amik kain,basahkan pastu letak kat kepala tp langsung x effect...last skali aku bukak kipas yang berdiri tu laju2,pastu letak muka aku kat situ.....pastu aku tertidur..
Dalam kol 8 malam,ayah,mama dgn adik aku bawak aku g klinik Srimas kat Cheng...sampai2 jer aku tengok orang tengh ramai...terpaksa aku tunggu(naseb baik waktu tu x saket sangat)..lepas dh lama tunggu,nurse panggil aku masuk...doktor yang berambut ala-ala askar pon check la aku...dia kata aku punya suhu dah turun dan dia x suspect aku ada penyakit kronik..dia bg aku ubat demam,antibiotik,batuk,selsema,dgn ubat tahan sakit...aku pon balik la lepas tu.....sampai kat umah aku makan nasi pastu teros makan ubat dan Alamdulillah,aku dah rasa baik sedikit....Tp yang pasti aku baik bukan sebab ubat tu tp sebab kehendak ALLAH S.W.T......semoga aku cepat sembuh..Amin.
Itulah kisah bagaimana aku dilanda dengan demam yang menjerat diri hampir 2 minggu lamanya....Kesimpulannya,apabila kita dah rasa badan kita tak sihat,cepat2 lah pergi jumpa doktor kerana mencegah itu lebih baik daripada mengubat.Tapi jangan lupa tuk memohon kesihatan yang baik daripada Allah kerana segalanya adalah kehendak-Nya....Itu saja tuk kali ini dan inilah blog MY LIFE STORY.
No comments:
Post a Comment