AMARAN! Anda dilarang tuk baca post ni sekiranya anda TIDAK membaca lagi PART 1..haha
Hari kedua
Lepas semalaman aku duk pikir sajak mana yang aku nak pilih,last-last aku pilih sajak Lagu 31 Ogos..aku tak berapa nak reti eja nama penulis dia...sajak ni mcm patriotik sket la..so,boley la up suara tinggi-tinggi sket..
Habis jer berlatih silat,aku pun jumpa la JL aku cakap aku dh pilih sajak...aku mmg kayu sket bab bersajak ni..aku rasa orang yang bersajak ni jiwa dia lembut dan ala-ala romantik sket..aku lak jenis yang keras mcm kayu jati..mmg kayu la jadinya masa berlatih..yang jadi tak semengah nya,masa JL aku tunjukkan kan cara bersajak,aku boley pulak main-main kan dia..aku bukan ajuk apa,aku just buat mcm dia tunjuk,tapi bila mamat kayu buat mmg pelik la kan..hahah..rasa mcm mngingkar cakap cikgu pun ada..pastu dia suruh aku berlatih lagi..hafalkan sajak and tentukan gaya..
Duk sibuk hafal sajak yang tak berapa nak panjang tuk,aku tinggalkan kejap persembahan silat tu..alih-alih bila aku nak berlatih balik ,budak-budak ni cakap yang jurulatih aku (JL Harizan) dh ubah step silat..HAH?..masak la aku mcm ni...aku amik masa satu hari nak hafal step silat tu..alih-alih dah tukar jer?mcm mna aku nak catch up balik step tu..last2 aku stop latihan silat and focus kat latihan sjak..ada hikmah jugak aku tak truskan silat tu..tapi mcm kecewa jugak la masa tu..
Masa duk sibuk berlatih sajak,aku sempat jugak usha kumpulan-kumpulan lain punya wakil penyajak..yang sorang penyajak ni budak skolah aku (Najihah Bahrain@ Labu)..sorang lagi tu budak skolah lama aku masa Form 1 sampai F3(Akmaliyah)..tapi aku tak berapa kenal la..yang satu lagi team punya wakil,sorang brader ni..umur atas aku.. Din tak silap nama dia..tapi dia ni sempoi..kepala mcm kitaorang jugak..BOTAK..ahha..so tak ada masalh nak join kitaorang yg umur bawah dia ni..
Masa undi giliran persembahan,aku dapat no 4..si Najihah Labu no 1..hahah..aku dh gelakkan dia gila2 bila dpt tahu dia kena perform yang pertama..memndangkan aku persembahan no 4,so aku ada masa nak hafal sajak tu lagi..sebab sampai ke malam persembahan aku tak hafal bnda sajak tu..haishh..
Malam tu,orang semua sibuk tengok persembahan...mmg warna warni la malam tu...selama ni tengok budak2 ni pakai baju biru PLKN,tapi malam tu semua pakai lawa-lawa..yang tak menahan nya bila ada budak Cina pakai baju Melayu siap songkok..yg pakai kopiah tak pikr pulak..dah mcm Melayu btol pun ada gak..hebat diowng ni..aku pulak masa tuk gi masa dalam kelas CB yg gelak and still lagi hafal sajak..masa tu aku dok pikir,mcm mna nak tarik audien dgr aku punya sajak..tiba2 datang idea yang tak disangka-sangka(Allah bantu masa tu)..aku plan,aku naik jer atas pentas,aku akan buat-buat baling sesuatu bnda kat atas...masa tu dalam otak aku pikir,aku nak tengok brapa ramai yang mata dia tengok atas padahal aku tak baling apa2..hahahah..aku rasa dengan komanden2 terkena sekali malam tu..
Berbalik kepada persembahan aku,aku buat persembahan yang paling lassssst sekali..masa yang aku rasa paling strategik tuk orang tido pasal dh malam sangat..aku pun just buat la mcm yang dirancang..scene baling bnda kat atas pun aku buat..and aku rasa ada jugak la segelintir orang yang terkena..hahah..sebab ada budak aku kata dia duk tengok kat atas apa bnda aku baling..padahal tak bnda pun..
Yang spoilnya pasal persembahan malam tu,aku boley terlupa ayat dalam sjak tu..masa tu aku tengah tutup mata,tiba2 tu terlupa pulak ayat seterusnya..dalam aku kata "Masak aku mcm ni"...tiba2 terpacul pulak ayat lain..ayat yang aku buat:
"Kita lupakan saja perkara lampau,
kita kuburkan kesialan lampau"
padahal yang sebenar mcm ni
"Kita lupakan saja hari malang,
kita kuburkan kesialan lampau"
tak kesah la...audiens masa tu tak tahu pun sajak tu btol salah..aku cakap apa yg terlintas jer dalam kepala aku masa tu...apa pun,Alhamdulillah..aku dh berjaya up satu tingkat dalam pengalaman hidup aku yang selama ni tak berani nak bersajak..walaupun sajak malam tu tak bunyi mcm sajak,sekurang-kurangnnya aku dah cuba..and aku rasa bnda tu sangat manis mcm lolipop :D
END FOR LAGU 31 OGOS (PART 2)
No comments:
Post a Comment