Sunday, August 29, 2010

Berita Yang Amat Menyedihkan




Astagfirullahalazim....pada pukul 2 petang lebih td,aku mndapat satu berita yang cukup tuk buatkan aku terasa sedih dan menitiskan air mata.....aku dapat berita yang salah seorang drpada kawan aku telah kehilangan ayah yang sangat disayanginya...berita ini membuatkan aku merasa sedih sangat sebab aku terlebih dahulu telah merasa bagaimana perasaan seorang insan apabila kehilangan orang yang sangat disayangi dan yang telah menjaga dan memberikan sepenuh kasih sayang kepada diri kita...tp dalam situasi kawan ini berbeza sedikit kerana kawan baik aku tu kehilangan ayah yang disayangi beberapa hari yang lepas sedangkan aku kehilangan emak yang sangat aku rindu sekarang ini......lepas dapat tahu berita ini,aku tiba2 mnjadi sedikit marah sebab tak ada sesiapa pon yang bg mesej kat aku tentang berita ini...tp tidak mengapa,bukan salah kawan2 aku....

Kehilangan orng yang tersayang memang suatu perkara yg sangat menyedihkan dan sangat menyeksakan.....aku telah merasai pengalaman tersebut 2 tahun yang lepas di mana emak aku telah kembali ke rahmatullah selepas 4 hari pulang drpd menunaikan haji.....klu dikenang kan balik hari,jam,minit,saat dan detik kejadian tu berlaku,aku rasa mcm bru aje perkara tu berlaku....hati aku masa tu mcm dh berkecai jer sebab bnyk perkara yang aku pikir...sapa nak masak tuk aku?sapa nak lawat aku kat asrama telok mas?sapa yang nak amik aku masa balik asrama?dan mcm2 perkara lagi.....setiap kali aku bercerita balik tentang peristiwa tu,badan aku akn tiba2 menggigil.....aku pon x tahu kenapa...

Kepada kawan baik aku tu,mungkin ini nasihat yang ke-100 ko dgr...BERSABAR lah,sesungguhnya setiapa apa yang berlaku pada kita ada hikmah nya.....mungkin waktu sebegini ko rasa perit sangat nk telan hakikat ni tp jgn ko putus asa sebab ko kne ingat Allah sentiasa ada tuk bantu kita dan mintak lah pertolongan Allah di waktu senang dan susah...Aku doakan semoga roh bapa kau dicucuri rahmat dan mndapat tempat disisi Allah....mulakan hidup baru dan jgn lupakn kenangan dan jasa beliau.....

Kepada semua pembaca,inilah lumrah kehidupan,kita tidak penah tahu bila kita kan kembali kepada pencipta kita iaitu Allah Yang Maha Mengetahui.....oleh itu marilah kita bersama-sama sedekah kan Al-Fatihah untuk arwah kepada kawan baik saya dan bersama-sama kita tingkatkan amal ibadat kita...Insya-Allah....
Itulah cerita yang aku nk kongsikan kepada semua....Insya-Allah aku akan berkongsi story lagi sebab blog ni MY LIFE STORY......

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...