Tuesday, July 3, 2012

Kisah 3 Tukang Rumah

Start with Bismillahirrahmanirrahim...
Ada tiga orang Tukang Rumah yang berlainan di datangi oleh seorang budak..lalu budak tu bertanya kepada Tukang Rumah(TR) yang pertama :

Budak : Pak Cik,Pak cik...Pak Cik buat apa tu?
TR 1   : Owh..pak cik tengah ketuk batu(untuk siapkan rumah)

Selepas itu,budak tersebut berjumpa dgn TR 2

Budak :  Pak Cik,Pak cik...Pak Cik buat apa tu?
TR 2   :  Owh,pak cik tengah cari nafkah untuk isteri dan anak pak cik


Selepas itu,budak tersebut berjumpa dengan TR 3


Budak :  Pak Cik,Pak cik...Pak Cik buat apa tu?
TR 3   : Owh..pak cik sedang beribadat kepada Allah..




CUBA TEKA APA YANG TUKANG-TUKANG RUMAH INI DAPAT SETELAH SIAP KERJA MEREKA?

Jawapannya :

Tukang Rumah 1
-Dia berjaya siapkan rumah

Tukang Rumah 2
-Dia berjaya siapkan rumah
-Dia berjaya beri isteri dan anak nafkah

Tukang Rumah 3
-Dia berjaya siapkan rumah
-Dia berjaya beri isteri dan anak nafkah
-Dia berjaya mendapat pahala atas kerja yang dilakukan


Haa....Kenapa pekerjaan yang SAMA tapi DAPATAN yang BERBEZA?

Semuanya bermula dengan NIAT kita semasa melakukan sesuatu pekerjaan.

P/S: Cerita ni aku dapat masa dalam kelas Perisian Komputer.Aku tergamam sekejap bila lecturer aku cerita bnda ni..samalah mcm apa NIAT kita bila dah masuk Universiti ni,sekadar nak Graduasi dengan CGPA tinggi atau Nak Dapat Kerja Bagus atau Beribadat kepada Allah?Kalau kita pilih untuk beribadat kepada Allah,insya-Allah kita akan bergraduasi dengan CGPA tinggi dan dapat kerja yang baik..

credit to Cik  Muzalifah(lecturer Perisian Komputer)

END FOR KISAH 3 TUKANG RUMAH

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...